View: 1803|Reply: 12
|
Lelaki, Kanak-kanak Dipercayai Dihanyutkan Arus Ketika Redah Air Di Padang Bola
[Copy link]
|
|
Dua lelaki termasuk kanak-kanak dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika meredah air di kawasan padang bola berhampiran Bangunan UMNO di Mentakab, Temerloh pada Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 3.15 petang sebelum menggerakkan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab ke lokasi kejadian.
Gambar hiasan
"Kenyataan saksi kepada polis mendakwa terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak meredah air di kawasan tersebut sebelum dihanyutkan arus dan hilang. Bagaimanapun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa semalam menggunakan bot aluminium dan dijalankan secara surface searching atau pencarian di kawasan permukaan air di lokasi kejadian dengan radius pencarian seluas 500 meter persegi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Ismail berkata, operasi ditangguhkan pada jam 5.15 petang Selasa dan bersambung pada pagi Rabu.
Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lalu masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer serta di kawasan sawit seluas 10 hektar.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tak tau nak ckp.. doa pd Allah je laa.. tak mampu buat ape |
|
|
|
|
|
|
|
Moga semuanya selamat hendaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
takpe beb, doa tu pon pertolongan utk mereka jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga mereka segera ditemui. Bahaya main raduk air time banjir ni susah nak pasti mana kawasan ada longkang ke hapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang tu air datang deras tak dijangka. Semoga kita semua sentiasa dibawah lindungannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga mangsa selamat ditemui dalam apa jua rintangan.. amin yra |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, operasi SAR terhadap Mohd Firdaus Supiardi, 26, yang dilaporkan hilang selepas terjun ke Sungai Belat, Kuantan pada Sabtu lalu masih diteruskan dan telah meliputi jarak 20 kilometer serta di kawasan sawit seluas 10 hektar.
bunuh diri ke ape ni
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar hiasan x sesuai lansung...ngeri tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
tali? teringat kes bomba aritu...kes tali nie lah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 22-12-2021 05:14 PM
tali? teringat kes bomba aritu...kes tali nie lah..
Kes kepala air kan?
Iols nampak banjir kalini orang guna tali |
|
|
|
|
|
|
| |
|