CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selebriti Internet Didenda RM886 Juta Sebab Elak Cukai

22-12-2021 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2046| Komen: 6

Description: Selebriti Internet China, Huang Wei atau lebih popular dengan panggilan Viya diperintah membayar cukai dan denda 1.34 bilion yuan (kira-kira RM886 juta).
Selebriti Internet China, Huang Wei atau lebih popular dengan panggilan Viya diperintah membayar cukai dan denda 1.34 bilion yuan (kira-kira RM886 juta).


Jumlah itu perlu dibayar kepada Perkhidmatan Cukai Wilayah Zhejiang, menurut Pentadbiran Percukaian Negeri (STA).

Ini adalah kali kedua penalti cukai dikenakan terhadap selebriti media sosial sejak November lalu.


Kredit foto: CNN

Pihak berkuasa percukaian mendapati laporan cukai Huang menunjukkan keuntungan diperolehnya hasil daripada perkongsian perniagaan di Shanghai.


Sebagai tambahan, Huang juga gagal mengisytiharkan pendapatan daripada perniagaan lain yang dijalankan, menurut kenyataan itu.

Huang juga mengelak daripada membayar cukai berjumlah 643 juta yuan (kira-kira RM425 juta) bersamaan 60 juta yuan (kira-kira RM39 juta) untuk cukai terkurang bayar.

Berdasarkan undang-undang Republik Rakyat China mengenai kutipan cukai, Huang akan didakwa dengan penalti 0.6 hingga empat kali ganda cukai yang perlu dibayar.

Kenyataan itu berkata, Huang sudah diberikan pengurangan penalti 78 peratus lebih rendah, daripada jumlah yang sepatutnya.

Hangzhou adalah bandar utama di timur Zhejiang yang menjadi ibu pejabat syarikat e-dagang terkemuka Alibaba.

Kerjasama antara aplikasi beli-belah dalam talian Taobao bersama Huang dan Li Jiaqi berjaya memperoleh pendapatan hasil jualan gincu menggunakan platform penstriman.

Pengumuman itu juga menyebabkan syarikat Huang dan Li turut diminta untuk mengisytiharkan cukai.

"Kami beroperasi secara jujur dan penstriman langsung adalah tugas yang kami jalankan selain semua operasi syarikat adalah normal," kata Mei One, syarikat utama Li kepada Chengsu Economic Daily.

Pada November lalu, dua pempengaruh, Zhu Chenhui yang dikenali sebagai Xueli Cherie dan Lin Shanshan didenda 93.2 juta yuan (kira-kira RM61.2 juta) atas kesalahan cukai.

Kedai elektronik (e-shop) milik mereka dalam aplikasi Taobao juga sudah ditutup.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bangcak 22-12-2021 03:25 PM
.....tetiba teringat selaburiti negara yg elak cukai 1.6jota tu
Quote belilies 22-12-2021 03:32 PM
Mak aih. Bukan berpuluh ribu tapi beratus juta! Botak betis kaki nak membayarnya
Quote Mulotkoyak 22-12-2021 03:48 PM
Sebenarnya yg kebanyakkan yg kne denda and penalti tax ni bukan sebab ape. Agensi die xbuat kje or semak byrn dgn betol. Xpun sendiri nk elak and tipu tax. Bile kne mengamuk. Nasib iols PCB je xde tax lain. Tax pintu and kenderaan pun ok. Kne selalu semak jugak byrn majikan tuh. Masuk ke tidak. Xdela mengelupur tetibe kne CP38.
Quote sukacactus 22-12-2021 04:22 PM
Liziqi mana? Dah disenyapkan ke
Dah berbulan dah xde video baru kat youtube
Quote musangbodoh 22-12-2021 04:38 PM
org kita pun sama...g le tanya sape2 yg kerja firma odit tu...lg2 retis
Quote dudaberhias 22-12-2021 04:47 PM
Banyaknya, so income heshe berapa?
Bukan ke dia live streamer dan hanya dapat comission je dari setiap jualan kan.

Tapi iols percaya je sebab di China kan.

Sedangkan Pimrypie dari Thailand tu pun jualan 10 Juta sebulan dari hasil Live Stream.

Produk2 dia siap masuk Malaysia dan terjual ribu2 jugak dekat Shopee tu.

Dia jual budu kat Malaysia RM6 je sebotol tak silap. Mana tak 10 juta sebulan.

Sekali dia bagi bantuan, satu kampung dia tolong. Pakai duit sendiri sahaja takde kutip derma.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070364 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top