CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Peti Suara Makin Pulih, Nabila Razali Nak Bertanding Di AJL

22-12-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4520| Komen: 53

Description: Keadaan peti suara penyanyi Nabila Razali, 29, yang sebelum ini bermasalah kini diakui beransur pulih dan semakin membaik.
Keadaan peti suara penyanyi Nabila Razali, 29, yang sebelum ini bermasalah kini diakui beransur pulih dan semakin membaik.

Nabila berkata, dia sangat bersyukur masalah peti suara dialami semakin baik kerana nyanyian juga adalah sebahagian sumber rezekinya.


Kredit foto: IG Nabila

"Sebelum ini, saya memang ada buat rawatan kerana masalah peti suara itu dan alhamdulillah sekarang ia beransur pulih dan semakin baik.

"Kini, saya masih lagi melakukan langkah-langkah penjagaan untuk pulih dan kurangkan bengkak pada bahagian tekak itu, mengikut apa yang disarankan oleh doktor.


"Antaranya doktor pesan jangan makan makanan yang pedas sangat, elak minum ais, sebab benda-benda asas yang selalu kita lupa ini, saya kena ingat. Termasuk, cuba kurangkan makanan berminyak," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG Nabila

Menurut pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas dan Seindah 7 Warna Pelangi ini, walaupun sebenarnya sukar untuk dia mengikuti apa disarankan itu tetapi, terpaksa buat juga kerana menyanyi adalah mata pencariannya.

"Apapun, syukur keadaan peti suara saya sekarang sangat-sangat baik dan harapnya ia boleh baik sepenuhnya sebab benda di dalam dan tak nampak. Cuma, setakat ini saya rasa selesa untuk menyanyi serta tak rasa sakit lagi.

"Kini, fokus saya memang pada nyanyian dan berterima kasih kepada semua yang menyokong single Putus. Jika sebelum ini saya berhadapan masalah peti suara, kini harapnya semoga semua dipermudahkan," katanya.

Nabila yang dihubungi baru-baru ini berkata, dia masih lagi menyimpan impian mahu bertanding dipentas Anugerah Juara Lagu (AJL) sekiranya berpeluang pada masa akan datang.



Jelasnya, dia akan lebih memperkuatkan mental supaya tidak terlalu gementar atau gugup sangat ketika di atas pentas, termasuk perbanyakkan buat latihan persembahan.

Terdahulu, tahun lalu persembahan nyanyian Nabila pernah dikecam dan dipertikaikan netizen selepas dia sering 'terkucil' ketika menyanyikan lagu 'hits' Peluang Kedua secara langsung.

Lebih mengejutkan lagi, persembahan Nabila di pentas kemuncak AJL ke-35 pada Mac lalu juga sekali lagi dikritik apabila dia berterusan 'terkucil lagi' ketika menyanyi 'live'.


Kredit foto: IG Nabila

Bagaimanapun pada Disember tahun lalu juga, Nabila pernah memaklumkan dia sebenarnya berhadapan masalah peti suara sehingga terpaksa menolak tawaran menyanyi serta kerja yang memerlukan dia bercakap banyak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerboss 22-12-2021 03:33 PM
Fresh face......I loiked
Quote Kurex 22-12-2021 03:34 PM
Suara kau memang tak sedap langsung la pompuan! Lepas tu kau salahkan peti suara. Hanya bodoh je yg percaya
Quote Mulotkoyak 22-12-2021 04:45 PM
Berangan... Tlg stop nyanyi dh suara mmg xsedap and cannot go.
Quote anggeriklatifah 22-12-2021 04:58 PM
2021 :

Hael nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk


2022 :

Aina Abdul nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk



2023:

Erni Zakri nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk

2024:

Syamel nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk


2025:

Misha Omar nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk

2026:

Adibah Nor nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk

2027:

Niki Palikat  nyanyi lagu yg GANTI KAN nabila ( atas alasan nabila tak sihat) di suku akhir/semi final.
Dapat pergi final.Di final nabila dpt nyanyi atas ehsan tetbe keluar  suara chipmunk






Quote fazila17 22-12-2021 05:00 PM
Maknanya sejak AF lagi peti suaranya tak sihat kah
Quote awex^returns 22-12-2021 05:10 PM
suara tak pernah sedap tak yah lah sibuk2 nyanyi
baik ko keje basuh berak orang je kak bil oi
semak lah ko ni
Quote awenda507 22-12-2021 07:25 PM
suara kau memang tak sedap nabbb
Quote acikbajuhijau 22-12-2021 07:42 PM
Rosak atau tak, acik sarankan tak payah la dik. X waste time and energy.
Quote lyshafull 22-12-2021 08:19 PM
Selma ni mmg rosak kan
Quote dudaberhias 22-12-2021 08:24 PM
Nauzubiah min zalik, tak payah lah nyah, suara kau lagi teruk dari misai kontot yang suka pesen rambut sana sini tapi tetap hauk tu.

Haritu dengar dekat meletop pun terkejut yach kaka dengar kau nyanyi dan hanya mampu berserah kepada ilahi.

Dah la suara macam katak minta kena panah petir tak pasal2 ribut dan banjir lagi kang nyah oiii
Quote mojarean_X 22-12-2021 08:25 PM
You can do it kak nab. Percaya pada diri sendiri
Quote harkktuih 22-12-2021 08:32 PM
Konpiden tinggi minah ni
Quote aechae 22-12-2021 08:40 PM
Lagu Putus tu klu dgr xtau nk rasa apa…ya ampunnn x sedap nya suara tu yg kluar kt radio tu blum live lg
Quote Afifi82 22-12-2021 09:07 PM
Rosak ka tak rosak ka sore ko tetap hauk. Kbai.
Quote kitmal 22-12-2021 09:14 PM
mmmmm takpa meramaikan peserta ajl................
Quote 3chanceno 22-12-2021 09:16 PM
Satu lagik manusia blame tactic sedangkan memang sora tak sedap penampilan pun tak de aura penyanyi melainkan tahap konpiden tinggi
Quote che-cikL 22-12-2021 09:21 PM
Dia ni bercakap pun tak sedap, sedighhh!
Quote mrsbale 22-12-2021 09:23 PM
Kesiannya..
26 tahun dah peti suara rosak ye
Quote Hoola 22-12-2021 09:36 PM
Test mic one two..test cubaan ujian

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.065955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top