CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mangsa Banjir Diarah Pose Dan Berlakon Depan Rumah Musnah, Catriana Ross Bengang Dengan Wartawan Biadab

21-12-2021 02:08 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 6540| Komen: 25|Original author: Oleh: Saiful

Description: Catriona Ross kecewa sungguh dengan segelintir media yang didakwa sebagi biadab.
Catriona Ross kecewa sungguh dengan segelintir media yang didakwa sebagi biadab.

Ini susulan sebuah video yang mengarahkan mangsa banjir untuk berlakon di depan kamera sewaktu mengambil gambar rumahnya yang musnah akibat banjir.



Foto: IG

Difahamkan, mangsa banjir, Ruhana Mahfodz kelihatan sugul melihat kediamannya hanya tinggal tangga sahaja dalam kejadian banjir di Hulu Langat.


Foto: Kosmo


Apa yang mengecewakan, ada suara media yang menyuruh wanita berkenaan untuk panjat tangga terseut sebagai modal mendapat foto yang baik.



"Tarik baju belakang tu. Sentuh-sentuh sikit kak. Panjat sikit. Naik atas," arah seorang individu dipercayai petugas media.

Ramai yang mendakwa ia adalah wartawan Kosmo namun pihak tersebut menafikannya.


"Suara yang anda dengar memberi arahan bukan wartawan kosmo!" jelas Kosmo.

Siapa pun suara tersebut, mohon muhasabah diri. Kepada mangsa banjir mohon bertabah menghadapi ujian getir ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 21-12-2021 02:16 PM
"Suara yang anda dengar memberi arahan bukan wartawan kosmo!" jelas Kosmo.


itu suara mahluk halus tuh....... serammnyaa...
Quote makadek 21-12-2021 02:25 PM
Sesuai kerja dgn team media yebit
Quote kiah_mai_pulak 21-12-2021 02:28 PM
tersangat biadapppp
Quote mamajawie 21-12-2021 02:54 PM
habis suara sapa lak tu?suara atok ceo kosmo dalam kubur?hanjenggg
Quote Normabaru 21-12-2021 03:18 PM
Kosmo xmo kena kecam tp amik video xbuang suara..pastu letak disclaimer..motip chuols pakai hasil keje reporter lain????
Quote Kurex 21-12-2021 03:19 PM
Sementara tu, pose ni paling popular..
Quote wtvmjls 21-12-2021 03:24 PM
Edited by wtvmjls at 21-12-2021 03:28 PM

jap. baru nampak from ig story putreeo . kawan dia tu anak buah makcik ni..boleh dengar one of them cakap “naik atas maklong”.so yg dengar dalam video tu family dia, bukan reporter yg suruh. family dorang pun dah minta maaf dekat reporter based on ws conversation. Dia pun ada tweet pasal ni @anisamalina18
Quote missHaidiD 21-12-2021 03:34 PM
Baca komen td ada yg ckp fmly acik ni jgk. Siap kt da explain kt twitter. Kalau betol baik dicilikan je mulut pompuan tu
Quote eLiaD 21-12-2021 04:19 PM
drama sgt macik
tu la byk sgt tonton drama bongok tb3
RiP
Quote opie5662 21-12-2021 07:35 PM
Org kg aku... Kesian makcik ni.. Dh la dok sorang... Rumah pon habis hilang sekelip mata
Quote dua_chzy 21-12-2021 07:37 PM
Bukan wartawan Kosmo tapi Kosmo online yang post. Keh.
Quote umie 21-12-2021 07:58 PM
Tu suara anak2 saudara. Kat ig anak saudara dia ada tulis tak perlu risaukan aunty dorang. Tapi sian gak makcik ni jadi puppet saudara mara utk meraih glamor
Quote awenda507 22-12-2021 03:01 PM
handau je makcik ni jadi bahan org gila glamer
Quote doubleharmonic 22-12-2021 03:07 PM
apa noreen sangat perangai ko ni? suruh panjat sikit panjat sikit ko tu yang elok dipanjat dan disondol jah dek noreen hutan baru ko tahu nasib ko kan noreen?
Quote Mulotkoyak 22-12-2021 04:20 PM
Semua media gampang bile ade isu mcm ni. Ikut sgt politik korg. Mmg hanjjjjjjj...
Quote haruslah 22-12-2021 04:38 PM
Kalau sedara sendri yg suruh pose gitu lagi la
Quote BoongaKertas 22-12-2021 04:41 PM
kdg2 berita mcm ni, kena dgr dedua side of the story. kesian gak wartawan tu. dia nak report buat kerja jer. hmm..tp syahdu lah tgk muka nenek tu duduk situ, even ada mask tp tgk dari mata dia yg redup, iols nak nangis. teringat nenek sendiri.
Quote Jiddin 22-12-2021 07:46 PM
Kdg media dan politicians sama ja level khianatnya. Td jumpa video tiktok prof sebut depan2 pengacara media tak berminat nak cover amaran banjir yg dia dh expose 2 bulan lalu smpi seorang pengacara tu mcm nk stopkan heols.

Dan selaku marhaen, meols baru perasan last October dah ada start kempen siapsiaga Malaysia 2021 utk prepare natural disaster. Tp media tak blow up isu penting mcm ni pun.

That's why I think media and reporters kat mesia ni sama Naik rancak BERDOSA mcm politicians jugak

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.065174 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top