CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bakar Gudang Minyak Bengang Dimarahi Bos Kerana Prestasi Tak Bagus

15-12-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1397| Komen: 3

Description: Seorang wanita didakwa membakar gudang minyak tempat dia bekerja kerana marah terhadap bosnya.
Seorang wanita didakwa membakar gudang minyak tempat dia bekerja kerana marah terhadap bosnya.

Ann Sriya atau Sirisini, 38, dipercayai menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum melemparkannya ke dalam bekas bahan api di gudang minyak Prapakorn di Thailand.


Kredit foto: Independent

Kebakaran yang merebak ke seluruh bangunan yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak menyebabkan syarikat itu kerugian sebanyak 40 juta baht Thai (RM5 juta).

Gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan bebola api dan asap hitam tebal mengepul ke udara di wilayah Nakhon Pathon.


Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan wanita itu masuk ke dalam gudang dengan sekeping kertas di tangan sebelum hilang di sebalik deretan kontena di sebuah unik rak.


Kredit foto: Daily Mail

Memetik laporan The Independent, Leftenan Jeneral Wilayah Thanayut Wuttijarathamron berkata, Sriya ditangkap di rumahnya di daerah Sam Phran.

Sriya yang didakwa kemudiannya mengaku melakukan pembakaran itu kerana tidak berpuas hati kepada bosnya yang telah memarahinya dan mempersoalkan prestasi kerjanya.


Kredit foto: Daily Mail

Ini merupakan kebakaran kedua di kilang itu dalam beberapa bulan ini, menurut Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon.

“Wanita itu telah bekerja dengan Prapakorn Oil selama sembilan tahun.

“Dia berkata bosnya mengadu kepadanya dan mendesak dia setiap hari dan tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan menyebabkan kerosakan seperti ini.” Lapor MailOnline.


Kredit foto: Daily Mail

Lebih 40 jentera bomba memadamkan kebakaran itu selama empat jam.
 
Pakar dari Unit operasi perlindugan alam sekitar juga dihantar ke lokasi kebakaran untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:28 PM
Wah macam si Harley Quinn stylenya tu kasi letup baru puas hati
Quote hareeeesah 15-12-2021 06:00 PM
Haaaa pueb hati biar semua rugi kekdahnya.. masuk jail apo pun tak dapek aduhai…
Quote cik_kuntum36 16-12-2021 02:18 PM
Aduhaiii... mgkn dia xsangka kebakaran jd seteruk tu kot... ruji RM5juta kot... mcm mne nak gantu tu... insurance cover ke?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.048122 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top