CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilarang Main 8,000 Tahun Sebab Letak Gambar Kim Jong-Un Pada Logo KFC

15-12-2021 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1762| Komen: 10

Description: Seorang pemain dilarang bermain permainan video Forza Horizon 5 hampir 8,000 tahun kerana membuat dekorasi kereta dengan menukar gambar ‘kolonel sanders’ pada logo KFC kepada imej Pemimpin Korea Uta ...
Seorang pemain dilarang bermain permainan video Forza Horizon 5 hampir 8,000 tahun kerana membuat dekorasi kereta dengan menukar gambar ‘kolonel sanders’ pada logo KFC kepada imej Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor Daily Star.


Perkara tersebut dimuat naik menerusi aplikasi Reddit oleh pemilik akaun bernama @AllThingsRacing.


Kredit foto: Today in 24 English

Menurut pemilik akaun tersebut, rakannya mendapat mesej daripada Pasukan Komuniti Forza yang menyatakan bahawa dia tidak akan dapat bermain permainan itu sehingga 31 Disember 9999. 

Hal itu disebabkan pemain tersebut telah membuat dekorasi kereta yang menggantikan gambar Kolonel Sanders pada logo KFC kepada wajah Kim Jong-un.

Pemain itu turut menambah perkataan ‘#SendNukes’, menggantikan jenama Pirelli kepada Pyongyang dan menukar jenama Nike dan New Balance kepada Nuke dan Nuke Balance.

Disebabkan perkara itu dilihat boleh membangkitkan isu politik, ada pihak berkuasa yang tidak setuju dengan jenaka yang cuba dilakukan lalu mengutarakan larangan dilakukan. 




Larangan tersebut adalah bukan daripada syarikat yang menghasilkan permainan video Forza Horizon 5 iaitu Playground Games tetapi sebaliknya daripada Turn 10 Studios yang merupakan pencipta kepada permainan video Forza Motorsport. 

Perkara itu menyebabkan pemain-pemain lain enggan mengubah dekorasi  kereta mereka ‘selama-lamanya’ kerana tidak berpuas hati dengan larangan yang dikenakan. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-12-2021 03:32 PM
amboi, lamanya
Quote lipans 15-12-2021 04:10 PM
Mak aih... 31 dec 9999.

Sistem aku, maximum pun aku set 31 dec 2999.
Quote Artemesiaa 15-12-2021 04:12 PM
Nyaya Pak Karim lama tu
Quote dua_chzy 15-12-2021 04:12 PM
Fadan muka.
Quote supernaturalee 15-12-2021 04:25 PM
asal kt bwh tmpt nk reply ni ada iklan besar tajuk Siti Nurhaliza Skandal Besar
siap dgn gmbr tokti

sape pny keje ni
xde keje sgt dh ea
Quote ifanonline 15-12-2021 04:28 PM
komuniti forza ni bapok ke semua? sensitip semacam aje...
Quote hareeeesah 15-12-2021 06:03 PM
Tak selera nak makan kfc kalau betul tukar rupa pingpong ni ahahah
Quote Kuasaberganda 15-12-2021 08:55 PM
hareeeesah: Tak selera nak makan kfc kalau ...
hhahahahaha.
Quote VioletsAre_Blue 15-12-2021 08:57 PM
Edited by VioletsAre_Blue at 15-12-2021 08:58 PM

Kreatif, akak main heat dan payback pun macam2 corak yang ada. Forza ni level dia paling tinggi untuk game racing tapi ada kat esbok dan pc je.
Quote Lagubestbest 15-12-2021 09:13 PM
Haha, main Roblox jela kalau dah macam tu.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057206 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top