CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hati Saya Sudah Berpunya' - Tengku Zafrul

15-12-2021 03:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9317| Komen: 87

Description: "Kalau ada yang menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah," kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Kalau ada yang menyamar sebagai Menteri Kewangan, menjanjikan cinta, tolonglah tolak mentah-mentah," kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Pesanan itu dititipkan Tengku Zafrul susulan satu kes penipuan di Pahang yang dikaitkan dengan 'Menteri Kewangan'.


Kredit foto: IG Tengku Zafrul

Tengku Zafrul berkata, beliau terkejut apabila membaca berita seorang wanita terpedaya dengan janji manis individu yang mengaku Menteri Kewangan sehingga menyerahkan wang sebanyak RM4,200.

Menurutnya, masyarakat perlu lebih berhati-hati jika didatangi individu yang mencurigakan serta menawarkan pelbagai janji manis.


"Semak dengan pihak berkuasa kalau ada perkara yang mencurigakan dan jangan mudah percaya dengan janji manis orang yang tidak dikenali.

"Hati saya sudah berpunya dan saya tidak berminat nak cari nombor dua (isteri kedua)," katanya dalam hantaran di laman sosial.



Portal Harian Metro semalam melaporkan seorang guru tadika mendakwa kerugian RM4,200 selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai 'menteri' menerusi laman FB, awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof dilapor berkata, mangsa wanita berusia 59 tahun itu mendakwa ditawarkan wang tunai RM1 juta dan kereta mewah Rolls-Royce sekiranya bersetuju menjadi isteri 'menteri' berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zafira 15-12-2021 03:30 PM
omaiiii.... tak tahu nak gelak ke nak nangis...
Quote babelina 15-12-2021 03:44 PM
ayooooooo... berangan nye ko sampaikn ko ingt menteri suka ko dik oiiiiiii...
Quote rikiruj 15-12-2021 03:48 PM
RM4200 tu agaknya loose change dalam kereta dia je kot. Dia ex-ceo cimb, duit dah bukan reason dia bekerja.  
Quote TeropongThaico 15-12-2021 03:50 PM
Kan... Tapi confident level akak ni mmg dahsyat ar. Kesian pun ada
Quote musangbodoh 15-12-2021 03:55 PM
Tengku Datuk Seri


datuk seri dulu ka tengku dulu???
Quote spankee_fili 15-12-2021 04:39 PM
musangbodoh replied at 15-12-2021 03:55 PM
datuk seri dulu ka tengku dulu???

Tengku dulu kot, rasa macam Tengku Raja ni kat depan baru follow dengan Datuk Datin
Quote no_el 15-12-2021 04:41 PM
Ko setakat jadi guru tadila berangan nk kawin menteri. Euwwwww sgt. Konpiden sgt ko ye. Muka ala2 zahirah mcwilson kah. Ade x gambornye. Nak tgk????
Quote musangbodoh 15-12-2021 04:46 PM
spankee_fili replied at 15-12-2021 04:39 PM
Tengku dulu kot, rasa macam Tengku Raja ni kat depan baru follow dengan Datuk Datin

mekasih info...
Quote JunkMail 15-12-2021 04:48 PM
babelina replied at 15-12-2021 03:44 PM
ayooooooo... berangan nye ko sampaikn ko ingt menteri suka ko dik oiiiiiii...

Sis umur berapa?? Mangsa umur 59 tahun tawww..bukan 19
Quote babelina 15-12-2021 04:56 PM
JunkMail replied at 15-12-2021 04:48 PM
Sis umur berapa?? Mangsa umur 59 tahun tawww..bukan 19

haha.. tu ckp ala2 geram la..
Quote hareeeesah 15-12-2021 06:05 PM
Ahhahaha… acik feeling rosnah mat aris nak yang muda kot [em:4:]
Quote nolya 15-12-2021 06:19 PM
senyummu tuan senyum menawan
wajahmu manis menawan hati
walaupun hatimu sudah ditawan
If I like, I don't care what will be

Jgn marah, seloroh je.......
Quote naina 15-12-2021 06:22 PM
Tolong lah ganti kan rm4200 tu Tengku. Kesian acik tu. Kurang2 terubat luka dihati. Celah gigi Tengku je 4200 tu. huhu
Bangga isteri nya suami buat kenyataan cmtu..tenang hati dan bahagia tak risau suami mencurang
Quote lo_la 15-12-2021 06:32 PM
This is funny. Terkomen jugak dia because nama dah kena petik ya, although he doesn’t need to
Quote jas7512 15-12-2021 07:11 PM
I suka tgk zafrul ni....dan suka juga as finance minister cuma rasanya dia x zesuai jd politician..x ckp licik
Quote kemaruk 15-12-2021 07:17 PM
"tahi saya sudah berpunya" - bangkem
Quote Decaffeinated 15-12-2021 09:51 PM
musangbodoh replied at 15-12-2021 03:55 PM
datuk seri dulu ka tengku dulu???

Turutan ikut yang lebih tinggi sebut dulu.
Tengku Tan Sri Datuk Hj Musang Berjanggut


Quote Missjass 15-12-2021 09:55 PM
jas7512 replied at 15-12-2021 07:11 PM
I suka tgk zafrul ni....dan suka juga as finance minister cuma rasanya dia x zesuai jd politician..x ...

Yes wlaupn org tk hbs2 kecam dia psl KSWP etc but I still ada soft spot dkt TZ n family dia
Quote downiey 16-12-2021 06:12 AM
xtau nk response cmne. hahhhaa.. naseb hilang 4200 je.. kalo 40k

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070228 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top