CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecerdasan Saintis Roket, Pakar Bedah Biasa-Biasa Je

15-12-2021 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1147| Komen: 1

Description: Satu kajian baharu menunjukkan kerjaya dalam sains roket dan neurologi tidak begitu sukar seperti disangkakan ramai.
Satu kajian baharu menunjukkan kerjaya dalam sains roket dan neurologi tidak begitu sukar seperti disangkakan ramai.

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik dari University College London mengkaji tahap kecerdasan saintis roket dan pakar bedah otak serta membandingkan profesion itu dengan orang awam.


Gambar hiasan

Hasil kajian mendapati jurutera aeroangkasa dan pakar bedah saraf mempunyai kebijaksanaan yang sama seperti individu lain.

Dalam kajian itu, pasukan penyelidik membandingkan tahap kecerdasan membabitkan 329 jurutera aeroangkasa, 72 pakar bedah saraf dan 18,257 orang awam.


Para peserta diminta melengkapkan ujian dalam talian untuk mengukur beberapa aspek kebijaksanaan berbeza antaranya perancangan, pemantauan dan pemprosesan emosi.

Faktor lain seperti jantina dan pengalaman dalam kepakaran turut diambil kira dalam kajian ini.

Hasil keputusan menunjukkan jurutera aeroangkasa dan pakar bedah saraf memaparkan ciri hampir sama dalam kebanyakan aspek.

Apabila keputusan itu dibandingkan dengan orang awam, jurutera aeroangkasa tidak menunjukkan perbezaan ketara dalam sebarang aspek tersebut.

Pakar bedah saraf pula mampu menyelesaikan masalah dengan lebih cepat berbanding orang awam namun memaparkan daya ingatan semula yang agak perlahan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 15-12-2021 03:35 PM
Edited by KIM.K at 15-12-2021 03:37 PM

IQ > 135 - gifted, nobel prize, genius
IQ 135 - phd
IQ125 - pakar
IQ 100 - average
Lebih kurang la

Test ni mudah sangat utk pool sample

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.276839 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top