CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Antara Penerima Vaksin Yang Tidak Bernasib Baik,"- Amerul Affendi

7-12-2021 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4388| Komen: 23

Description: Atas alasan kesihatan dan kebenaran pakar perubatan, pelakon Amerul Affendi dibenarkan menangguhkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19.
Atas alasan kesihatan dan kebenaran pakar perubatan, pelakon Amerul Affendi dibenarkan menangguhkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19.

Pemilik nama sebenar Mohd. Amerul Affendi Mohd Mawardi, 35, itu berkata, dia sebenarnya mempunyai masalah ekzema dan asma sejak kecil. Bagaimanapun penyakit yang pulih sewaktu usianya remaja itu kembali menjadi semakin kronik ketika ini.


Foto: Kosmo

“Mungkin saya antara penerima vaksin yang tidak bernasib baik kerana penyakit lama iaitu masalah asma serta timbul ruam di serata badan datang selepas ambil dos pertama pada Julai lalu.

“Memang masa kecil saya mempunyai masalah ini tetapi sekitar umur 14 tahun kedua-dua gejala ini tidak lagi muncul sampailah beberapa bulan lalu.

“Selain lelah, saya perasan tidak lagi boleh mengambil makanan laut yang mengakibatkan keadaan ekzema saya bertambah teruk sedangkan sebelum ini tiada masalah langsung.

“Buat masa ini saya masih bawah pemantauan pakar memandangkan ini kes terpencil sebelum saya dibenarkan mengambil dos kedua atau perlu tukar vaksin lain,” katanya ketika sesi wawancara drama bersiri Jangan Ganggu Jodohku, baru-baru ini.


Menerusi drama bersiri siaran Astro Ria yang bakal bermula 29 November ini, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 itu menggalas watak jin bernama Abu.

Di sebalik kisah vaksin dos kedua dan naskhah baharunya, ada kisah yang harus Amerul perjelaskan.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir dan kerja penggambaran disambung semula, tempat Amerul dalam Jangan Ganggu Jodohku sebenarnya terpaksa digantikan oleh Aloy Paradoks berikutan masalah kesihatannya.



“Keadaan tubuh saya yang ketika itu agak teruk menyukarkan saya kembali bekerja. Saya hanya sempat berlakon untuk 10 episod, manakala bakinya diambil alih Aloy.

“Alhamdulillah, keadaan saya semakin pulih, malah saya kini sudah boleh menerima tawaran berlakon dengan mana-mana produksi selepas mendapat surat kebenaran atas sokongan doktor daripada hospital kerajaan.

“Surat pelepasan dari Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) memaklumkan mengenai masalah yang belum membolehkan saya menerima vaksin kedua atas faktor kesihatan.



“Jadi saya boleh terbabit dalam projek penerbitan baharu biarpun belum lengkap vaksin Covid-19. Apa pun saya akur dan sentiasa positif menerima ujian Allah ini,” katanya lagi.

Selain Amerul dan Aloy, drama bersiri 24 episod arahan Jamal Khan tersebut turut membariskan Shaza Bae, Yusof Bahrin, Shah Iskandar, Azizah Mahzan, Sabbi Sadhi, Sherry Ibrahim, Hasnul Rahmat dan Salina Saibi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerGV 7-12-2021 01:47 PM
Vaksin yg tidak mustahil berperanan sebagai catalyst...a triggering mechanism yg mencanakkhen  kembali atau merangsang kearah kemudaratan pada your pre existing medical conditions....
Quote prince_marhaen 7-12-2021 01:52 PM
oklah dah justify.... pastu? sambung balik royanan bersama artis-artis acah 'art' artis 'deep', artis 'bukan komersial', walhal geng-geng tu sendiri tak mesra media.. acuh tak acuh dengan peminat..
Quote bloodyamuk 7-12-2021 01:56 PM
'kes terpencil' until it happened to you, your family and your friends...
Quote Mooverine 7-12-2021 01:58 PM
bertabahlah bang.. malas dah nak mengadu pasal vaksin ni..
ada orang, takleh mengadu pun pasal effect vaksin ni.. terus kena cop antivaxx..
sedangkan kita bukan setakat vaksin, siap booster dah ni.
Quote jas7512 7-12-2021 02:00 PM
Kes dia sama mcm i..doctor x bg vaksin tapi akhirnya dah selamat juga dua dos 2 minggu lepas...after have 3rd opinion..bkn apa x vaksin dilayan mcm criminal je kat ofis i ni...so pasrah je lah..mujur xde sgt teruk2 side effect sekadar sakit kepala kjp2 je
Quote musangbodoh 7-12-2021 02:09 PM
stingerGV replied at 7-12-2021 01:47 PM
Vaksin yg tidak mustahil berperanan sebagai catalyst...a triggering mechanism yg mencanakkhen  kemba ...

yes...cancer boleh dari stage 1 tros naik ke stage 4
Quote stingerGV 7-12-2021 02:13 PM
musangbodoh replied at 7-12-2021 02:09 PM
yes...cancer boleh dari stage 1 tros naik ke stage 4

Dah nak masuk 3 tahun isu vaksin ini...the side effects that it causes hanya tertakluk pada demam deman besa...so we are made to believe

Kahkahkahkahkah

Siyalll punya hanat.....kheunz?
Quote musangbodoh 7-12-2021 02:17 PM
stingerGV replied at 7-12-2021 02:13 PM
Dah nak masuk 3 tahun isu vaksin ini...the side effects that it causes hanya tertakluk pada demam  ...

dorang lama dh rancang kita je lalai....hahahhahaha amik obatttttt....
Quote naina 7-12-2021 02:21 PM
Thread ni bakalan sendu
Tapi kalau thread Rita berduyun2 kutuk antivax
Quote stingerGV 7-12-2021 02:23 PM
musangbodoh replied at 7-12-2021 02:17 PM
dorang lama dh rancang kita je lalai....hahahhahaha amik obatttttt....

Sedangkheunz anak jiran aku yg 3 tahun iteww sendiri persoalkheun...we are into the 3rd year of this cobid thingey...all we can show for is vaksin after vaksin, boosters after boosters? No breakthrough of the REAL UBAT of shorts? Dan terus selindungkheun fakta kesan buruk that vaksins bring?
Quote mai 7-12-2021 02:45 PM
Teringat dia ni berlakon drama kawen dgn pompuan anak org kaya. Dia ni dah la miskin, sombong x bertempat. Sakit hati aku tgk drama tu.
Quote Normabaru 7-12-2021 02:56 PM
jas7512: Kes dia sama mcm i..doctor x b ...


Kasihannya awk dik..semoga CPT sembuh..kaka alhmdlh..masing2 org sekeliling kaka xmarah pon..rilek je bila kaka open bgtau xprone to vaccine..

Lgpon kaka punya kerja xmenuntut utk wajibkn vaksin n kaka sendiri Masih was2 dgn kesan vaksin.so kaka chillax je.. everything online..ada gk masuk butik scan mysejahtera..tp xpula kena halau even xlengkap 2 dos
Quote dudaberhias 7-12-2021 02:59 PM
kesiannya... takpe lah tangguhkan dulu kalau tak boleh sebab bahaya untuk kesihatan...
cari job lelain lah dik sementara ni yachhh... kalau boleh online..
Quote Suchi 7-12-2021 03:05 PM
Normabaru replied at 7-12-2021 02:56 PM
Kasihannya awk dik..semoga CPT sembuh..kaka alhmdlh..masing2 org sekeliling kaka xmarah pon..rilek ...

Shopping mall semua boleh masuk laa asalkan tak merah my sejahtera tu bukan tgh kuarantin ke apa.
Pastu shop dlm shopping mall tu mmg ada yg nak tgk status vaksin dan ada juga tak kesah pun.
Sbb  MKN mmg tak wajibkan tp tak halang kalau owner kedai tu nk tgk vaksin juga ke apa.hanya hotel ngn dine in kat restoran je yg wajib lengkap 2 dos tu selain merentas negeri.
Bersepah2 je yg tak vaksin ke sana sini termasuk merentas negeri.
Takde sapa pun kesah janji korang takyah la provok2 dan kecoh2 kat public ngaku antivak bagai.
Senyap2 dh laa takde nya sesapa nk report tp kalau dh provok n nganjing2 org haa mesti risau gak nk kesana sini sbb takut kantoi.
Mcm artis2 tu laa kan dh rasa kena tindas bagai cer diam2 je tah2 dh selamat merentas negeri ke sana sini.
Quote Normabaru 7-12-2021 03:09 PM
Suchi replied at 7-12-2021 05:05 PM
Shopping mall semua boleh masuk laa asalkan tak merah my sejahtera tu bukan tgh kuarantin ke apa.
...

Xjugak..butik yg kaka masuk ni by right akan cek..sbb kaka pernah nmpk dorg minta check..tp biasala..msia ni mana ada yang konsisten..awal2 je Beria mrata..then blk ke asal..langgar semua..

Nway just disclaimer kaka pon xabuse..kaka masuk sbb nk return item beli before pkp may lalu..so kena return offline..that's all..dine in Sume kaka xmo..and xnk pon..sebab kita pon xselesa Kes Masih tinggi
Quote Normabaru 7-12-2021 03:11 PM
Suchi replied at 7-12-2021 05:05 PM
Shopping mall semua boleh masuk laa asalkan tak merah my sejahtera tu bukan tgh kuarantin ke apa.
...

Si Rita rude ni mmg bodoh laa..dia ibarat ckp dgn cermin..dok provok2 tp sendiri pon mcm ketam jln senget..nk ckp psl Quran Sunnah segala..sendiri xtutup aurat..ah ghisauuuu
Quote jas7512 7-12-2021 03:17 PM
Normabaru replied at 7-12-2021 02:56 PM
Kasihannya awk dik..semoga CPT sembuh..kaka alhmdlh..masing2 org sekeliling kaka xmarah pon..rilek ...

Thanks kak @Normabaru .moga kak pun sihat sentiasa....bestnya blh chillax2...xpe lah.. dah ngajar anak org. I fhm knp pentadbir suh vaksin...huhu....
Quote Normabaru 7-12-2021 03:24 PM
jas7512 replied at 7-12-2021 05:17 PM
Thanks kak @Normabaru .moga kak pun sihat sentiasa....bestnya blh chillax2...xpe lah.. ...

Amin..thanks dik jas..xpe..awk amalkan gaya hidup sihat n habbatus sauda ya..kaka Amal tu jugak..since 2008..rabun dgn resdung semua dh hilang dgn Izinnya..syarat kena consistent la..kaka makan and bg kawan2 makan juga rekomen benda sama..ada yang kesihatan batin pon meningkat..xpyh amik benda2 maajun tongkat Ali etc
Quote twins 7-12-2021 04:34 PM
antara sebab aku tengok drama Jgn Ganggu Jodoh ku ni sebab Amerul ni la... aku ngan husband mmg suka sngt lakunan dia...tak best la di tak der...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.054363 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top