CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amirul Asyhwad Berhenti Kerja Pegawai Penjara Sebab Nak Jadi Pelakon

6-12-2021 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5944| Komen: 79

Description: Melepaskan kerjaya sebagai kakitangan kerajaan iaitu pegawai penjara, pelakon baharu Amirul Asyhwad tidak pernah berasa menyesal atau ralat.
Melepaskan kerjaya sebagai kakitangan kerajaan iaitu pegawai penjara, pelakon baharu Amirul Asyhwad tidak pernah berasa menyesal atau ralat.

Amirul atau nama sebenarnya Ahmad Amirul Asyhwad Ahmad Nizan, 25, dia membuat keputusan berat itu sejak setahun lalu bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pelakon.


Foto: via mStar

“Jujurnya, pada awalnya saya terima kerjaya sebagai penjawat awam kerana memenuhi permintaan orang tua saya.

Amirul bersyukur hasratnya melangkah jauh dalam industri semakin luas.

“Tetapi selepas beberapa tahun berkhidmat, tiada keikhlasan dalam hati saya untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.

“Akhirnya, saya membuat keputusan meletakkan jawatan dan mengejar impian menjadi pelakon," ujarnya kepada mStar.


Foto: via mStar

Amirul yang muncul sebagai watak sampingan dalam drama Budak Tebing 2 bersyukur kewujudannya mula mencuri perhatian penonton.

Biarpun tidak mempunyai banyak babak, namun dia gembira kehadirannya menerima respons positif penonton drama itu.

“Ketika ditawarkan peluang ini, saya terus bersetuju menerimanya.

“Sebaik membaca skrip, rupanya peranan saya berhubung rapat dengan watak hero," katanya.

Foto: via mStar
Sementara itu, Amirul juga bersyukur hasratnya untuk melangkah jauh dalam industri seni semakin luas. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 6-12-2021 11:14 AM
Edited by cheezel at 6-12-2021 08:04 PM

Satu je nak cakap. Org lain zaman pandemik punyala cari kerja tetap. Kau plk sebaliknya
Quote lanse 6-12-2021 11:18 AM
Ruginya pi berhenti. Dah la susah nak dapat keja tetap waktu waktu macamn. Berlakon tak boleh buat part time ka?
Quote yum3 6-12-2021 11:20 AM
aduhai...  adik ko tak fikir pjg ke dik. Dah elok2 ada kerja yg bagus, nak jadi retis aduhaiii...   
Quote Ashna21 6-12-2021 11:25 AM
Rugi besarrrrrrrr org kejar2 nk jadi pekerjagomen
Ni kejar nk jd artis

Sesangat rugiiiiiii
Quote kuchenta_81 6-12-2021 11:26 AM
Haah la, bodo ni kau ni dik.
Quote ashcroft86 6-12-2021 11:29 AM
Kalau sebab minat betul or passionate untuk berlakon ok la. Ni kalau nak kejar glamor, sangat merugikan. Harapnya heols betul2 passionate la.
Quote nellyberry 6-12-2021 11:33 AM
Kau dah kenapa Dik?
Kau tahu tak berapa ramai yg apply nak kerja gomen dik?
Kau dah dapat tapi sanggup berhenti.
Semoga kau dapatlah jadi pelakon berjaya.
Berbaloi dgn pengorbanan kau berhenti tu.
Quote princessmiang 6-12-2021 11:34 AM
bodohnya...bukan senang nak masuk gomen kau boleh berhenti... ni seropa macam ex husband kawan incess.. heshe kerja pegawai dekat spital.. sekali masuk MLM dengan mak heshe, kawen dua.. ujong2 kena cerai dengan kawan incess..padan muka
Quote sleepandream 6-12-2021 11:54 AM
pegawai penjara gred 17 spm je khen? kalau level degree sayang laaa tangga gaji naik tiap2 tahun... ada pencen lagi...

heols ni orang nogori tak silap
Quote Kurex 6-12-2021 12:13 PM
Contohilah para artis yg buat kerja artis sekadar partime jah..
Quote makadek 6-12-2021 12:15 PM
Kalau anak aku ni
Aku luku lukuuuuuuuu
Quote Bihungoreng 6-12-2021 12:20 PM
Ruginya ko dek.. tolak pencen.. tak kenal pon ko sape dek.. pastu ingat senang ke nak masuk keje kerajaan skang dgn exam la, ujian fizikal la.. memang 1 kerugian besar lah
Quote chocobozhere 6-12-2021 12:20 PM
Bodo lah. Tapi bagus jugak kasi peluang org lain yang nak keje gomen tapi apply tak dapat
Quote lasagna 6-12-2021 12:32 PM
rugi. hidup ni pilihan kan. esok lusa jgn menyesal.
pkcik iols seorg pesara gegawai penjara. keje tetap smp brsara, xde nk pikir nk jd artis. ehh tiber.
Quote TerataiMelur02 6-12-2021 12:35 PM
Pakej tak berapa nak hado tapi kompiden ya tinggalkan kerjaya yang sedia ada itu.
Quote chekacheku 6-12-2021 12:39 PM
Xblh nk komit nge time keje ke ni?xde pakej dik nk jd pelakon
Quote electricopop 6-12-2021 12:43 PM
Semoga berjaya lah...
Quote kotakominami 6-12-2021 12:45 PM
Aku sokong je dia berenti....mane2 yg kije gomen kalu takde keikhlasan baik brenti je...dari mengulor buat sakit mata baik bg pd yg betul nak keje...ini kaunter ade 10 yang bukak 2 .lain2 g ngeteh....itu tak kira lg yg call tak reti angkat....
Quote prettyuglybabe 6-12-2021 01:00 PM
umur baru 25 kau rasa happy la berhenti gomen nak berlakon..
kau tunggu umur 40 nanti..
masa tu baru kau tau dan kau rasa pahit manis masin masam berhenti gomen

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.106400 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top