CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dulu Nak Kahwin Atas Kapal, Sekarang Uyaina Arshad Nak Majlis Ringkas Je

6-12-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2682| Komen: 18

Description: Tahun ini ramai selebriti tanah air memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing.
Tahun ini ramai selebriti tanah air memilih untuk menamatkan zaman bujang dengan pasangan masing-masing.

Salah satu pasangan selebriti yang dinanti-nantikan oleh peminat yang bakal mendirikan rumah tangga ialah pelakon Uyaina Arshad dan Raja Syahiran.


Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia sudah melakukan beberapa persiapan menjelang hari bahagia mereka, namun masih belum mempunyai tarikh muktamad.

Foto: IG

"Saya happy bila tengok ramai kawan dah dirikan rumah tangga mungkin sebab dah tangguh kerana lockdown dan PKP... begitu juga kami sedang menuju ke arah menghalalkan hubungan.


"Persiapan itu ada, lagi-lagi pula ia melibatkan keluarga dan mereka tahu kita sedang berkawan tapi tarikh spesifik masih lagi pilih-pilih sebab kami nak tengok situasi semasa dulu.

"InsyaAllah nanti dah tentu tarikh dan ada perancangan barulah kita akan beritahu sebab sekarang ini kita perlu mengambil kira beberapa faktor,” katanya kepada mStar.



Bercakap mengenai perancangan majlis perkahwinannya kelak, Uyaina berkata dia hanya mahukan sebuah majlis ringkas dan intim untuk diraikan bersama tetamu jemputan.

"Kalau dulu orang tanya apa wedding idaman, saya kata mahu kahwin atas kapal... benda-benda yang extravagant tapi bila dah semakin matang ni rasa nak simple sahaja, intimate.




"Saya tak mahu terlalu bermajlis... cukup yang ringkas sahaja, lagi pula sekarang dalam pandemik kena mengambil kira beberapa faktor dan sebagainya.

"Risau juga dalam keadaan sekarang ni kes Covid-19 masih tinggi, kita tak tahu lagi macam mana... apa-apa berita baik nanti pasti saya akan kongsikan" ujarnya pelakon filem Siapa Tutup Lampu ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 6-12-2021 12:27 PM
Apa produk sheolls?
Quote Kurex 6-12-2021 12:28 PM
Setiap yg ada pada kau, tak memberi impak! Lepas kawen, sila blah dari industry seni hiburan
Quote ninjago 6-12-2021 12:29 PM
korg..what is with mid-length skirt dgn hijabis skrg?? anywhere mesti akan jumpa hijabis pakai skirt senteng whyyy?? senteng sampai betis and nmpk kulit kaki. atas tudung litup tutup dada. whyyy???
Quote lyshafull 6-12-2021 12:30 PM
Kalo iolls dapat kahwin pun dh okay
Quote Perawankota 6-12-2021 12:59 PM
Biasa2, tapi pandai rebut peluang.
Quote manehnya 6-12-2021 02:01 PM
Pastu? Ada org kessah kew? Kosser
Quote prince_marhaen 6-12-2021 03:05 PM
YIHHHH....try so hard..tetap nampak kephammm dan tak berbakat... Pengacara Nona yang paling sendu...selepas tu terus downgrade Mira Basic tu...dahhh sendu selamanya rancangan buah nyonya tuuu...
Quote NFBZCantik 6-12-2021 03:36 PM
ninjago replied at 6-12-2021 12:29 PM
korg..what is with mid-length skirt dgn hijabis skrg?? anywhere mesti akan jumpa hijabis pakai skirt ...

kannnnnn. iolls pun tk paham fashion ini.
Quote dudaberhias 6-12-2021 03:43 PM
sebenarnya dia nak bagitahu pitih takdok nak buat extravagant seperti sedemikian... bakal laki pun kelindan lori pendek sajorkkk kan.... gaji 5 ribu sebulan ulang alik johor kelantan... yihhhh...
Quote makadek 6-12-2021 03:45 PM
Ko nk kawen atas tongkak ke kapal karam pn tade sape keysah dek
Quote dudaberhias 6-12-2021 03:45 PM
prince_marhaen replied at 6-12-2021 03:05 PM
YIHHHH....try so hard..tetap nampak kephammm dan tak berbakat... Pengacara Nona yang paling sendu... ...

khenn yihh.... elok la rancangan nona tu terkambuihhh sekali dengan kambing2 perap dan susu pisang esen... lopa... ehh bukan lopa la ni farmfresh kan dah ada apa nak heran susu basi tu terkambuihhh
Quote LadyCarefree 6-12-2021 04:27 PM
ninjago replied at 6-12-2021 11:29 AM
korg..what is with mid-length skirt dgn hijabis skrg?? anywhere mesti akan jumpa hijabis pakai skirt ...

Ramai macam ni. Kain atas dari buku lali lek jr nampak kaki bogel. Dulu nampak nurin dn pahros selalu camni. Now bersepah dah.
Quote cikuduku 6-12-2021 04:38 PM
eh bukan dah nikah ke?
Quote princessmiang 6-12-2021 04:44 PM
pakaian macam budak uitm/msu outing beli barang dekat sacc
Quote ninjago 6-12-2021 04:53 PM
LadyCarefree replied at 6-12-2021 03:27 PM
Ramai macam ni. Kain atas dari buku lali lek jr nampak kaki bogel. Dulu nampak nurin dn pahros sel ...

omg malu tau. i penah terserempak sorg nie tgh jalan ngan bf kot pakai skirt senteng almost bawah lutut. skirt chiffon yg jarang. pakai strap sandals. org semua dok perati je dia, and ada chinese couple nie siap bisik2 between them and gelak. malu ok. tak cantik. tak payah pakai tudung la kalau nak fashion camtu.. nie cam serba tak kena dah.
Quote mawarkhayalan99 6-12-2021 04:54 PM
kawin jela, takde kepentingan pun untuk weols
Quote LadyCarefree 6-12-2021 08:06 PM
ninjago replied at 6-12-2021 03:53 PM
omg malu tau. i penah terserempak sorg nie tgh jalan ngan bf kot pakai skirt senteng almost bawah  ...

Cyst pon selalu seluar senteng kan?
Quote eely_shana 12-12-2021 10:37 PM
Smga cepat kawen

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.049955 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top