CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Ratu Kala Jengking, Tiada Tajuk Dan Wira Antara Filem Bertanding Rebut Trofi Filem Terbaik FFM31

2-12-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2335| Komen: 13

Description: Sebanyak 55 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan bagi merebut trofi Filem Terbaik pada penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.
Sebanyak 55 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan bagi merebut trofi Filem Terbaik pada penganjuran Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) yang bakal berlangsung pada 10 Disember ini.


Daripada jumlah itu, sebanyak 32 filem berbahasa Melayu dicalonkan, manakala dua (Inggeris), lapan (Mandarin), dua (Iban) dan 11 (Tamil).

Antara filem dicalonkan pada acara berprestij itu termasuk Wira, Tiada Tajuk, Motif, Suatu Ketika, Sangkar, Pusaka, Mimaland, Ratu Kala Jengking, Geran dan Bulan & Pria Terhebat.


Filem Ratu Kala Jengking

Turut tercalon adalah Ejen Ali The Movie, Upin Ipin - Keris Siamang Tunggal, Ada Apa Dengan Dosa, Anak Perjanjian Syaitan, Wangi, Misteri Dilaila, Kron, Roh dan Misi Operasi X.


Pengumuman itu dibuat oleh Pengarah Sekreteriat FFM31, Raja Khairul Azman yang diadakan di Hotel Royale Chulan Petaling Jaya, Selangor pada petang Rabu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia Nasional Malaysia (Finas) merangkap Penasihat FFM31, Zakaria Abdul Hamid.

FFM31 bakal diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan akan disiarkan secara langsung menerusi TV2 dan YouTube Finas Malaysia.

Pemilihan lokasi itu dilihat bersesuaian kerana mampu menampung jumlah tetamu jemputan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis besar seperti ini.

Edisi kali ini bertemakan Sinema Malaysia dan Inspirasi Kecemerlangan Global serta Transformasi industri perfileman era 50-an sehingga yang terkini.


Filrm Tiada Tajuk


FFM31 menampilkan Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos.

Untuk karpet merah pula akan dikendalikan oleh Naz Rahman dan Natasha Charmaine.

Beberapa nama besar seperti Datuk M Nasir, Datuk Jamal Abdillah, Jaclyn Victor, Liza Hanim, Datuk Syafinaz Selamat, Sabri Yunus, Mus May dan Ella akan mengadakan persembahan.

Penyampai anugerah pada malam itu ialah AR Badul, Susan Lankester, Puan Sri Tiara Jacquelina, Bade Hj Azmi, Erra Fazira, Faizal Hussein, Adrian Teh, Sangeeta, Aziz M Osman, Fauziah Ahmad Daud dan Fimie Don.

Selain itu, Mimi Lana, Datin Lisa Surihani, Imuda, Raja Mukhriz, Liyana Jasmay, Saw Teong Hin, Lim Mei Fen dan Dr Vimala Perumal.


Filem Wira

Dalam pada itu, FFM31 edisi kali ini mempertandingkan 22 kategori termasuk enam anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman, Anugerah Penggiat Belakang Tabir, Anugerah Khas Juri 1, Anugerah Khas Juri 2, Anugerah Khas Juri 3 dan Anugerah Box Office.

Pemenang Filem Terbaik akan memenangi Trofi dan dana kandungan digital (DKD) berjumlah RM500,000.

Manakala kategori lain akan memenangi trofi bersama wang tunai. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 2-12-2021 10:24 AM
Kualiti terbaik calon2 kali ni
Bangga rase
/sarcasm
Quote mizruncing 2-12-2021 10:44 AM
low betol kualiti filem malaysia. ni je mampu top 3 btw semoga wira tak menang. kang bangga kekrul dok jaja cerita susah senang dulu
Quote supernaturalee 2-12-2021 04:05 PM
ada list top 5 tak

klu oscar, sebulan, 2 bln sblm dh keluar pencalonan


Quote Parit.Hilton 2-12-2021 04:07 PM
aku rasa cerita animasi yg akan menang ni. sama ada upin ipin atau ejen ali.
animasi Malaysia je boleh buat kita bangga. Filem guna pelakon manusia banyak merepek.
Quote dudaberhias 2-12-2021 04:10 PM
Nauzubillah min zalik, ni Malaysia ke Afrika selatan atau Sudan?

Ratu kalajengking tercalon? Yihhh.. tengok pree kat youtube pun rasa nak pecah skrin TV makcik2 pprt dengan muka penyek si mas khan pun ada dalam tu di tambah pula garfield kertu terlebih cucuk si nadia brian yang @Acikgomen kata duduk rumah sewa
Quote dudaberhias 2-12-2021 04:12 PM
mizruncing replied at 2-12-2021 10:44 AM
low betol kualiti filem malaysia. ni je mampu top 3  btw semoga wira tak menang. kang bangga ke ...

Jom pakat2 beliakkan bijik mata berjemaah hantar ain dan jeling2 pada kekrul

Yihhh!!! Tak sangka filem Malaysia dah sampai tahap Sudan dan Afrika Selatan

Ok takpelah dah memang terkambuih dah pun, akak nak sambung tengok netflix jap nak habiskan masa cari show2 yang ada jejan herlokkk korea, thai, turkish, spanish & omputeh.
Quote doubleharmonic 2-12-2021 04:12 PM
makin sampah anugerah pilem dah seropa abcph? pilem hauk low class pon boleh tercalon?
Quote beta_carotene 2-12-2021 04:15 PM
Edisi kali ini bertemakan Sinema Malaysia dan Inspirasi Kecemerlangan Global serta Transformasi industri perfileman era 50-an sehingga yang terkini.

tema tetapplah edisi RTM
Quote dudaberhias 2-12-2021 04:15 PM
So far yang tercalon filem best adalah animasi2 tu, Roh, misteri dilaila (walaupun tiru filem luar), suatu ketika, mimaland, dan bulan pria tu jer. Sangkar not bad walaupun bosan.
Quote beta_carotene 2-12-2021 04:17 PM
Bernard Chauly dah xnk buat movie ke?

meols suka filem2 heols.. pisau cukur dh berapa kali meols ulang tgk..
Quote RVP20 2-12-2021 04:23 PM
32 filem Melayu layak dipertandingkan.

Ada tapisan. Top 20 dah ada list. Space masa MK meninggal ada beritahu.
Quote mizruncing 3-12-2021 10:34 AM
dudaberhias replied at 2-12-2021 04:12 PM
Jom pakat2 beliakkan bijik mata berjemaah hantar ain dan jeling2 pada kekrul

Yihhh!!! Tak sang ...

kahkah baik tgk  money heist sambung season baru hari ni
Quote mizruncing 3-12-2021 10:35 AM
doubleharmonic replied at 2-12-2021 04:12 PM
makin sampah anugerah pilem dah seropa abcph? pilem hauk low class pon boleh tercalon?

tu la pasal. hauk btol film cenggini paling top kat malaysia

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.052093 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top