CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Filem & Drama Lihat artikel

Drama Kisah Cinta Kita Tiru Drama Korea?

6-12-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3863| Komen: 30

Description: Sejak akhir-akhir ini, banyak babak drama Melayu tular dalam media sosial. Sekarang giliran drama Kisah Cinta Kita.
Sejak akhir-akhir ini, banyak babak drama Melayu tular dalam media sosial. Sekarang giliran drama Kisah Cinta Kita.

Drama lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu tular selepas salah satu babaknya dikatakan mirip babak yang pernah disiarkan dalam naskhah bersiri Korea popular, Descendants of the Sun (DOTS).

Dalam babak tersebut, Aedy yang memegang watak Amer menepis telefon bimbit yang dipegang Amelia (Aleesa) sebelum menyambutnya dengan sebelah tangan lain.



Momen tersebut dikatakan sama dengan babak yang dilakonkan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo dalam siri berkenaan yang disiarkan pada 2016.


Meninjau ruangan komen, terdapat segelintir netizen mengecam babak sehingga ada yang mengatakan drama berkenaan meniru bulat-bulat daripada siri DOTS.

Foto: Google

“Ini bukan K-drama tapi sudah jadi M-drama,” tulis seorang netizen.

“Dia ingat penonton tidak tahu ke babak ini sama dengan drama DOTS? Rasa-rasanya Song Joong-ki saja yang boleh melakukan aksi tersebut,” komen seorang pengguna TikTok.

Selain kecaman, masih terdapat netizen tetap memuji drama Melayu yang semakin menunjukkan peningkatan dan tidak tipikal seperti naskhah sedia ada sebelum ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 6-12-2021 12:14 PM
Tak bernapsu nak tengok drama Melayu mcm ni.. takde standard
Quote Perawankota 6-12-2021 12:56 PM
Mmg kebanyakan drama pon adaptasi drama luar..
Quote chinta89 6-12-2021 03:08 PM
at least ada la jugak penambahbaikan dari jalan cerita yg tipikal maleis.

korang k-pop ni mmg x leh eh ada tiru sikit2 korean drama? biasalah kalau ada tersama sikit2 tu. kan kalau jalan cter hambar, korang gak samakan dgn taraf drama korea yg lbh bagus...
Quote dudaberhias 6-12-2021 03:57 PM
first of all nak komen pasal a. aida ni punya production pakai kamera tahun bila? rekod pakai kalkulator kot?... memang hauk sungguh la kamera quality a aida ni sejak dulu... jauh ketinggalan berbanding korea, thailand dan china... kadang2 rasa macam deorang pakai kamera tahun 2002 yang kena pergi kedai cuci tu... lepastu hero apa ke kucate ko pergi bubuh aedy ashraf? dah takde hero muda herlokk hensem ke? ni nak juga bubuh misai ikan keli ni jadi hero...

then tak habis2 dok tayang keta mustang tu... yihhh ko ingat akak impress??? tak mewah pun dik nampak rempit jah macam taraf2 jejan tayang myvi modified penuh sticker kartun...

rugi je kalau tiru jalan cerita pun rhoper production taraf GRED Z... macam beli barang dekat shopee gambar cantik... sampai2 haukkk sehauknyaaa

katanya all out... hujung2 taraf tengok ratu kala jengking je pun... yihhh
Quote fadz84 9-12-2021 07:40 AM
dudaberhias replied at 6-12-2021 03:57 PM
first of all nak komen pasal a. aida ni punya production pakai kamera tahun bila? rekod pakai kalkul ...

Ada ke org tgk ratu kala jengking tu.. hahaha
Quote hayrin86 9-12-2021 08:51 AM
Kurex replied at 6-12-2021 12:14 PM
Tak bernapsu nak tengok drama Melayu mcm ni.. takde standard

Sama la.. Tak suka drama TV3 jam 7, baik tgk Berita TV9 jam 7 malam dan Nadi Arena serta Awani 7.45..

Quote sofinamini 9-12-2021 09:02 AM
so dia tiru sebijik cerita atau dia tiru sekadar babak nan satu itu ? nie bukan adaptasi novel la kan ?
Quote jejaka_hensem 9-12-2021 12:33 PM
Perangai peminat kpoo  skrg ni tak semenggah,tak mcm peminat dulu2.
Dulu aman2 je layan kdrama,xde kecoh2.
Sebab tu iols dah stop tgok kdrama,runningman,variety show dorang.
Last kdrama iols tengok 18 again dan sempat ulang tengok drama temptation.
Quote ketupatnasi 9-12-2021 12:35 PM
boraklahhhhhh!
kalau tade ciri kpop kang chuols gak yang ngak mauk nonton
Quote Aikiko 9-12-2021 01:12 PM
Tak tengok
Baik layan wanthong
Quote Fly_over 9-12-2021 01:29 PM
Edited by Fly_over at 9-12-2021 01:40 PM
dudaberhias replied at 6-12-2021 03:57 PM
first of all nak komen pasal a. aida ni punya production pakai kamera tahun bila? rekod pakai kalkul ...


kannn… youtube channel budak2 punya lagi terang benderang dari drama tayang kt tv. dah kenapa hauk kusam sgt kualiti kamera drama2 ni….
Quote dudaberhias 9-12-2021 01:50 PM
Fly_over replied at 9-12-2021 01:29 PM
kannn… youtube channel budak2 punya lagi terang benderang dari drama tayang kt tv. dah kenapa hau ...

khenn... yihh... nampak sangat pakai kamera lama tahun 2002... sekarang shoot pakai cannon, sony pun lagi cantik dek oiiii...

lepastu sengkek nak bayar editor... korea, china atau thailand tu selalu sebelum di tayangkan editor akan edit kulit pelakon tu bagi blur2 licin gittew... walaupun ada pelakon2 tu memang kulit dah licin... ni malaysia ni hauk sehauknya video editor bukan mahal mana pun nak bayar suruh edit... dan nak render pun kejap je sebab sekadar pakai after effects... haiyoooo rugi la keluar duit ribu riban tapi kualiti masih taraf ni...
Quote AshkieLa 10-12-2021 09:17 AM
dudaberhias replied at 6-12-2021 03:57 PM
first of all nak komen pasal a. aida ni punya production pakai kamera tahun bila? rekod pakai kalkul ...

kang kalu clear, lagi byk panau hero muncul...
skang pun dah nampak kat tengkuk bila kamera closed up..
belum pipi gerutu lagi...
Quote AshkieLa 10-12-2021 09:19 AM
sofinamini replied at 9-12-2021 09:02 AM
so dia tiru sebijik cerita atau dia tiru sekadar babak nan satu itu ? nie bukan adaptasi novel la ka ...

rasa ade certain scene je... bukan citer bulat2
tapi agak cringe laa bila Mdrama buat mcm moment2 gini...
apepun, ade peningkatan laa drpd yg drama megah holding sebelum2 ni...
Quote sofinamini 10-12-2021 09:27 AM
AshkieLa replied at 10-12-2021 09:19 AM
rasa ade certain scene je... bukan citer bulat2
tapi agak cringe laa bila Mdrama buat mcm moment2  ...

berangan betul . apa punnnnn, i start layan jgk cerita ni
Quote takayama 10-12-2021 01:50 PM
okaylah nnt nak try tgk
aedy okay juga berlakon
Klu part ada persamaan scene tu memana negara pun ada jd xyah gelabah teks sgt
Quote azimodin 10-12-2021 02:19 PM
Iouls xde masalah pon kalau local production buat adaptation drama luar tapi bila tiru sikit2 dengan harapan orang x perasan tu mmg ewww sangat. 2-3 tahun ke belakang ni i rasa drama keluaran china & taiwan banyak yg bagus2. I nak suggest a few (tiber)

1. Joy of life - period + politic, selit2 parody
2. Ode to Joy - modern slice of life. Ala2 sex in the city
3. Insect Detective - pakar serangga tolong polis selesaikan kes bunuh & dalam masa yg sama nak siasat kes "suicide" mak dia
4. Ashes of Love - kisah cinta between immortals.
5. My heroic husband - seorang lelaki time travel ke masa silam termasuk dalam badan playboy x guna, dipaksa kawen dengan anak perempuan tauke kain. Citer arrange marriage ala2 megah holding tapi versi kelakar.
Quote imanda 10-12-2021 03:13 PM
sofinamini replied at 10-12-2021 09:27 AM
berangan betul . apa punnnnn, i start layan jgk cerita ni

i pon hahaha sb dah lama xlyn drama tp kali ni blh la tgk wpon agak cringe dgn watak mak kpd hero, mcm gedik je bsuara xmcm ms dia blakon jd mak Cinderella (haliza misbun) dulu.
Quote Zeatyisaac 10-12-2021 03:41 PM
Frankly speaking, Kisah cinta kita adalah drama yang menarik. Ia mungkin meniru dari K drama, so what? Yang penting ia menepati ciri2 Malaysia.
Sekadar untuk ditonton secara santai dan tak perlu berfikir tentang setiap episode dan kesinambungan cerita.
Not so underated Mdrama. Well done!

Lihat semua komen(30)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-1-2022 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069281 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top