CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suka Cakap Kotor, Menggatal Dengan Perempuan- Ada Individu Menyamar Jadi Aniq Suhair

1-12-2021 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1838| Komen: 7

Description: Pelakon Aniq Suhair kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan menyamar menjadi dirinya di aplikasi sembang, Telegram.
Pelakon Aniq Suhair kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan foto dan menyamar menjadi dirinya di aplikasi sembang, Telegram.

Menurut Aniq, 20, dia mengetahui mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh peminat di laman Instagram, baru-baru ini.


Foto: IG

"Minggu lepas saya menerima beberapa mesej dari peminat perempuan memberitahu katanya ada orang menggunakan nama dan gambar saya di Telegram.

"Mereka DM dan tanya akaun tu memang betul saya ke? Sebab yang menyamar jadi saya tu mengatal dengan ramai perempuan di aplikasi tersebut.


"Saya kesal dengan benda ni sebab tak baik untuk reputasi saya, kalau orang yang dia tipu tu percaya bulat-bulat, tak fasal-fasal benda ini boleh jadi fitnah," katanya kepada mStar.


Foto: Via mStar 

Sebelum itu, menerusi Instastory, pelakon drama Tahyul ini memuat naik status bengang dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Dia turut melampirkan paparan skrin perbualan individu di sebalik akaun palsu menggunakan foto dan namanya dengan beberapa wanita yang menjadi mangsa penipuan.

"Untuk orang yang buat ni, jangan nak cuba jadi saya untuk jatuhkan saya. Saya tak tahu apa niat awak, saya tak buat apa-apa dan buat hal awak sendiri.

"Tolong sedar kita ada undang-undang dan saya boleh ambil tindakan terhadap perkara ini," tulisnya.



Sementara itu, Aniq berkata dia hanya memberi amaran kepada individu berkenaan, namun tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika mereka masih terus berdegil dan meneruskan penipuan tersebut.

"Saya bagi amaran dahulu di Instagram supaya dia sedar yang saya tahu tentang akaun palsu ini dan jika tak ada perubahan memang saya akan ambil tindakan.




"Saya risau kalau orang yang menyamar menjadi saya itu dirty talk (bercakap kotor), ia boleh rosakkan reputasi saya. Kalau saya biarkan, saya risau dengan impak yang terjadi pada diri saya sendiri nanti.

"Saya harap orang kat luar lebih berhati-hati dan jangan mudah percaya dengan orang yang suka pakai cipta akaun palsu ini. Jika ada orang terkena dapat mesej macam ni, jangan diamkan diri, maklumkan kepada pemilik sebenar," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 1-12-2021 12:23 PM
sebab heolsss herlokkk soo akak percaya tu fake account dan heols ni tak pernah menggatal dengan cikki2...

lagipun taste heols kan pompuan2 rhoper lessy macam cik B, adibah noor, dayang nurfaizah, elly suriati, jaclyn victor dan alicia amin...

eee tak baik la korang buat2 fake account orang lain ni...

lain la shuk dan tauke... yang tu kalau dia kata fake account yang mesej lucah dengan orang pun jangan lah korang percaya... tu mesti deorang sendiri yang buat fake account untuk menggatal dengan orang lain... ada ke yang tergamak nak buat fake account pakai gambar theyols? yihhhhh
Quote prince_marhaen 1-12-2021 01:49 PM
dudaberhias replied at 1-12-2021 12:23 PM
sebab heolsss herlokkk soo akak percaya tu fake account dan heols ni tak pernah menggatal dengan cik ...

hahahahahahaha cetan la cikki berwajah lessy...
meols pun tak pecaya heols ganggu cikki, mesti cikki tu yang birah... takpun heols salah channel.. haha
Quote cruz2 1-12-2021 01:51 PM
Yg pompuan ponnnn...asal nama retis jer excited nk melayan.terutama budak2 berhijab skrg ni
Quote Whitepinkrider 1-12-2021 01:54 PM
gigihnya nk melayan & dilayan
Quote fealefea 2-12-2021 04:47 PM
Ni ke jodoh DSV katenye
Quote Kurex 2-12-2021 05:49 PM
mana mungkin, sebab hp dia iols yg kawal selia
Quote lattehazelnut 2-12-2021 06:26 PM
Ok aniq sabar ek.. nnti i massage u ek tenangkan fikiran..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044901 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top