CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Dan PU Riz Dilepas Tanpa Dibebaskan

1-12-2021 12:25 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20451| Komen: 281|Original author: Oleh: Saiful

Description: Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.
Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu.

Ia berkaitan pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kedai permaidani di Nilai, Mei lepas.


Menurut mStar Online,Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas mengambil kira hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.


Foto: mStar

Tarikh 21 Disember ditetapkan bagi perintah pelepasan dan pembebasan (DNA).

Sebelum ini pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal melakukan imbasan MySejahtera atau mendaftar maklumat secara manual sebelum memasuki sebuah kedai karpet yang terletak di Kawasan Perindustrian Nilai 3 pada pukul 4 petang 2 Mei semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dikuatkuasakan.




Muhammad Haris juga mengaku diadili atas tuduhan lain kerana tidak memakai topeng muka di tempat awam di tempat dan waktu yang sama.


Foto: Harian Metro

Mereka didakwa berdasarkan Peraturan 19 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih dari enam bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote princessmiang 1-12-2021 12:28 PM
maksudnya apa? incess kurang paham.


yang incess paham kapel ni makin hari makin kepam.

dulu2 bukan main tetek torpedo terpaling. sekali jadi makin terpaling hauk
Quote dudaberhias 1-12-2021 12:30 PM
kesiannya jahlop... tengah sarat mengandung pun kena naik mahkamah lagi... patutnya gambar tu usap2 la perut sikit baru akak boleh rasa kesian dan simpati... ni dah la dua2 kepam... macam pelakon bangladesh baru habis sesi shooting... kalau herlokk boleh jugak di maafkan macam aliff aziz...
Quote Masukkeluar 1-12-2021 12:33 PM
Edited by Masukkeluar at 1-12-2021 12:34 PM
dudaberhias replied at 1-12-2021 12:30 PM
kesiannya jahlop... tengah sarat mengandung pun kena naik mahkamah lagi... patutnya gambar tu usap2  ...
psgn zuhud ni


[ig]https://www.instagram.com/p/CWr1tT4AxuG/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CWRxGYphthQ/[/ig]
Quote Normabaru 1-12-2021 12:35 PM
hmmm mahkamah malaysia ni gilaaaaaa
Quote 3chanceno 1-12-2021 12:39 PM
Ok pentaksub dah boleh plan babyshower  Tiberrrrrr....

Hujung2 lepas..
Quote MyLadyMarmalade 1-12-2021 12:39 PM
Edited by MyLadyMarmalade at 1-12-2021 01:14 PM

Dilepaskan buat sementara waktu sbb jah nak bersalin ke? Tapi tak dibebaskan sbb nanti alan dibicarakan semula?
Calling all lawyers or law students utk enlightened kami
Quote TeropongThaico 1-12-2021 12:39 PM
Kayangan.... Bila buat salah pun tak pe. Maafkan je
Quote dudaberhias 1-12-2021 12:40 PM

gambar bawah sekali tu dah macam makcik pati myanmar yang meniaga dekat pasar selayang dah...yang duk angkut sayur buruk dalam stroller dan kereta sorong...
lakinya duduk dekat stall tengah pilih2 sayur elok...

Quote meteorspeed 1-12-2021 12:41 PM
Hahaha kayangan.. Bertabah la malaysia
Quote eira2310 1-12-2021 12:42 PM
Edited by eira2310 at 1-12-2021 12:45 PM

"Sebarang pertuduhan yang digugurkan sewaktu perbicaraan belum bermula dan saksi belum dipanggil adalah ‘dilepaskan tanpa dibebaskan’ menurut pakar undang-undang.
Dilepaskan tanpa dibebaskan merupakan sesuatu kes terhadap seseorang individu yang dituduh itu digugurkan, namun pihak berkenaan tidak dibebaskan oleh mahkamah.



"Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan."
Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah berkata, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan lagi kerana keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan. ---->> ni antara alasan nya..
Quote Nurul_007 1-12-2021 12:42 PM
Patut tt ni post lah story yang panjang.


Seremban: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan selebriti dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling menarik balik semua pertuduhan

Bagaimanapun mahkamah menetapkan 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.
Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 4 petang, 2 Mei lalu.


Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh sama.Sementara itu, peguam bela Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah ketika ditemui di luar bilik perbicaraan berkata, pihak pendakwaan menarik balik semua pertuduhan iaitu dua pertuduhan terhadap Muhammad Haris dan satu pertuduhan terhadap Neelofa.
"Pihak pendakwaan juga sudah menerima dokumen representasi yang kita dikemukakan sebelum ini dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara ini bukanlah begitu besar tetapi dibesar-besarkan.
"Satu proses kompaun akan berlaku sama ada hari ini atau esok (norminal amaun) dan selepas kita bayar kita datang balik, sebab kompaun bukan sesuatu perintah yang sama dengan didapati bersalah. Ia neutral tidak ada rekod langsung.
"Kita akan kembali di sini pada 21 Disember nanti untuk keputusan dilepaskan dan dibebaskan.
"Sungguhpun ketiga-tiga tuduhan itu kita boleh lawan dan mungkin dengan senang kita boleh menang, tapi ia akan berlarutan," katanya.
Peguam itu berkata, perkara itu tidak harus dipanjangkan atau berlarutan lagi kerana keadaan Neelofa yang sedang hamil dan tidak sesuai kes berkenaan terus berjalan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan kadar kompaun yang akan dikenakan namun menjangkakan ia adalah rendah.
"Kami berpuas hati dengan keputusan perbicaraan hari ini, jadi pada 21 Disember nanti keputusan akan dibuat daripada melepas tanpa membebaskan kepada dilepas dan dibebaskan," katanya.
Terdahulu, Neelofa dan Muhammad Haris tiba di Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9.30 pagi.
Neelofa yang berjubah kebiruan dan Muhammad Haris berbaju sut biru memasuki pintu pengawal kompleks dengan mengikut SOP ditetapkan.
Mereka kemudian menuju ke kamar bicara sambil diiringi Muhammad Shafie dan beberapa peguam yang lain.
Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.Mereka berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Quote winky1 1-12-2021 12:44 PM
Dah mula pakai blazerrrr
Quote Nurul_007 1-12-2021 12:44 PM
Nurul_007 replied at 1-12-2021 12:42 PM
Patut tt ni post lah story yang panjang.



Sebab vip buat salah boleh lepas alasan mengandung.sebelum ni banyak ibu mengandung kena penjara sebab kesalahan.undang2 is undang2 lah.
Quote princessmiang 1-12-2021 12:48 PM

jelek betol orang tak reti iron baju ni..yihhhhh pemalas betul laki bini ni...selekeh! opis incess ada sorang ni plus size..tp bergaya.. baju semua sharp, nampak presentable walaupun plus size
Quote Tokeybundle 1-12-2021 12:49 PM
Kayangan....
Kepam...
Ok tu je nak komen
Quote iluma 1-12-2021 12:50 PM
sory makin kepam.
hanya LOBENAK je yg agungkan depa ni.
Quote ezacbee 1-12-2021 12:56 PM
Nape kepam sgt ni...
Biasanya lepas kawen berseri2, ni terbalik.
Quote Fazzbulous 1-12-2021 01:00 PM
kluar dgn muka bangga...laki bini ku pangkah..takyah la support produk diorg lg
Quote Tudungpink 1-12-2021 01:08 PM
Huntongla... Usetaz la konon.. Ko tunggu la pulak balasan ko nant.. Boleh tak nak cakap cenggini

Lihat semua komen(281)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068277 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top