CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berbasikal Ke Hospital Ketika Kontraksi, Ahli Parlimen Selamat Bersalin Sejam Kemudian

1-12-2021 10:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1728| Komen: 6

Description: Seorang ahli parlimen New Zealand menjadi tajuk berita antarabangsa selepas dia berbasikal ke hospital untuk melahirkan bayi, pada Ahad.
Seorang ahli parlimen New Zealand menjadi tajuk berita antarabangsa selepas dia berbasikal ke hospital untuk melahirkan bayi, pada Ahad.

Menerusi catatan di media sosialnya, Julie Anne Genter menunggang basikalnya pada awal pagi Ahad dan menuju ke hospital ketika dia mula mengalami sakit hendak bersalin.

Genter tiba di hospital dengan selamat dan melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat, sejam kemudian.


Foto: India.com

Genter yang merupakan seorang penyokong sukan berbasikal, menulis di dalam perkongsian di Instagram bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk berbasikal ketika mahu melahirkan bayi.


Jelas ahli parlimen yang berusia 41 tahun itu, sebaliknya insiden tersebut berlaku secara spontan.

Genter memberitahu bahawa kontraksinya 'tidak begitu teruk' pada peringkat awal.

Bagaimanapun, kontraksi semakin kuat apabila dia tiba di hospital kira-kira 10 minit kemudian.

"Pada pukul 3.04 pagi ini, kami mengalu-alukan ahli keluarga terbaru. Saya benar-benar tidak merancang untuk berbasikal semasa bersalin, tetapi ia akhirnya berlaku," tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram beberapa jam kemudian, Genter turut memuat naik gambar suami dan bayinya. -CARI

Sumber: mStar/ India.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 1-12-2021 10:54 AM
bodoh...tu ja komen aku
Quote Thunderclouds 1-12-2021 11:53 AM
Confident betol mujur sempat smpi & sepital dekat.
Quote gideoncross 1-12-2021 12:16 PM
Klau crita Mulayu TV3 msti dh wtak pompuannya trjerit2 mcm trnmpk polong hahahaha.
Quote Artemesiaa 1-12-2021 12:19 PM
Confident tahap tinggi nasib tak jadi apa2 diperjalanan
Quote wallflower 1-12-2021 05:04 PM
gideoncross: Klau crita Mulayu TV3 msti dh  ...

Padahal bukan mcm tu pon kan. Utk kes yg rare je anak jerlus keluar.
Quote batmana 1-12-2021 05:35 PM
mana pi somi dia? bagi penampo sket
apa punya mak lak..tu nasib baik tak jadi pape
dibuatnya jatuh basikal terus gugur lagi parah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050240 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top