CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Pokok Keladi Sampai Puluhan Ribu Ringgit, Apa Hukumnya?

1-12-2021 09:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5162| Komen: 67

Description: Kuala Terengganu: Penjualan pokok hiasan termasuk keladi eksotik pelbagai spesies pada harga yang mahal tidak bercanggah dengan ajaran Islam dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju.
Kuala Terengganu: Penjualan pokok hiasan termasuk keladi eksotik pelbagai spesies pada harga yang mahal tidak bercanggah dengan ajaran Islam dengan syarat kedua-dua pihak bersetuju.


Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman berkata, penjualan keladi pada harga mahal tidak salah kerana ia bukan berbentuk barangan keperluan asasi seperti makanan.

Gambar Hiasan


"Bergantung kepada pilihan dan kesediaan pembeli itu sendiri, jika sanggup membayar dengan harga yang mahal ditetapkan penjual tidak menjadi kesalahan di sisi agama.

"Selagi tiada elemen paksaan dan penganiayaan kepada pembeli ia tidak menimbulkan masalah dan bercanggah dengan ajaran Islam.


"Pembeli sudah sedia maklum dengan harga ditetapkan, jika pembeli sanggup membayarnya tiada masalah dan paling penting tiada paksaan dalam proses jual beli yang dijalankan kerana perbuatan memaksa pembeli membeli barangan dengan harga yang tinggi adalah batil dan tidak sah di sisi Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Harian Metro mengenai fenomena penjualan keladi eksotik dengan harga puluhan ribu ringgit sejak akhir-akhir ini.


Sahibul Fadilah Ahadi Othman, Foto: Harian Metro

Keladi pelbagai spesies termasuk topeng, mojito, milky way dan midnight yang dijual dengan harga RM10,000 hingga RM38,000 sepokok sehingga menjadi kegilaan dan buruan penjenayah.

Ahadi berkata, jualan barangan bukan keperluan itu bergantung kepada kesanggupan pembeli atau pengguna ketika berurusniaga.

"Bagi peminat keladi yang mempunyai wang, mereka tidak mempunyai masalah untuk membeli barangan yang diminati biarpun dengan harga yang mahal.

"Semua orang mempunyai minat dan hobi masing-masing, sebelum ini pernah heboh barangan antik yang dipungut di kawasan pelupusan sampah boleh dijual dengan harga ribuan ringgit.

"Oleh itu tiada masalah untuk berjual beli dengan harga yang tinggi asalkan ada kesediaan daripada kedua-dua pihak," katanya.

Tambahnya, barangan yang berbentuk makanan asasi seperti nasi yang menjadi keperluan manusia perlu dijual pada harga pasaran dan tidak boleh dijual terlalu mahal sehingga menzalimi pengguna.

"Barangan lain yang dirasakan mempunyai 'nilai sentimental' tersendiri diharuskan untuk dijual pada harga yang dirasakan relevan oleh pemiliknya dan ia tidak menjadi masalah.

"Semua orang tahu, keladi eksotik berharga tinggi kerana permintaannya yang meningkat. Oleh itu tidak hairanlah keladi yang selama ini berharga murah menjadi mahal sekarang," katanya.

Menurutnya, beliau berharap peniaga keladi ekostik menjual keladi mengikut harga yang sepatutnya dan tiada elemen penipuan dalam berurusniaga.

"Jual mahal dan sesuai dengan kualiti serta nilai barangan tiada masalah tetapi jika menjual mahal kerana ingin meraih keuntungan dan mengambil kesempatan ialah perbuatan yang berdosa," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 1-12-2021 10:04 AM
Keladi yg mahal tu biasanya import dr Thai / Siam. Tgk jenis la..tak kuase iols nak menghabiskan duit beli yang rege ribu riban tu.
Kang kena songlap/kiok pokok tu..
habis duit gitu je.

Iols nye pokok keladi kt rumah ni yang id biase2 je..yang putih ada..pink..
Janji lawoo
Quote adm7 1-12-2021 10:05 AM
Kerja orang2 bingai.
Rakyat malaysia memang suka beli dan buat benda2 bodoh. Lepas tu merempan duit tak cukup, harga barang naik.

Bodoh
Baghal
Bortuqal
Quote Decaffeinated 1-12-2021 10:09 AM
Lepas ni harian metrol tolong telepon mufti tanya hukum jual beli painting mona lisa juta2 please... sah ka tak aku nak beli ni.


Quote adm7 1-12-2021 10:10 AM
aku sokong hobi orang tanam pokok, kalau ada orang nak tanam pokok/anak pokok pun aku suka sponsor tapi nak menanam tu pun biarlah bukan jenis harga kapitalis bangsat mcm ni.
Quote rospinki 1-12-2021 10:15 AM
byk aku jumpa masa gi ostesen baru2 ni. yg bintik2 tu macam mcam kaler ada..tapi xminat obses benda tk pekdah. minat sikit2 gtu jah. tapi ada jugak tanam baru pokok daun broken heart..yg daun lebar2 belobang, mak uteh iols panggil daun broken heart
Quote syamzana 1-12-2021 10:18 AM
baru tgk yt pasal penjual keladi kak zee ni juai keladi 38k. org seberang marang. byk giler kot keladi2 mcm2 nama cun2 gak la rupa paras keladinya tu. kalau tgk yt tu yg beli mahal2 tu chinese kaya raya pedulik hapa depa ribu2 ke juta2 skalipun. yg xdop pitih dok tepi tgk saje je la
Quote Thunderclouds 1-12-2021 11:39 AM
Ada menda pakai common sense. Bukan sikit2 nk hello mopti/setad. Makin merapu lah. Xdak sapa paksa beli. I xminat lgsung pokok keladi nih. Xdak bunga,xdak buah. Baik i beli desert rose (rambang mata nk pilih kt nursery seblah kk sg buloh tu) bunga lawa2 ngn tnm pokok pisang. Daun boleh pakai buah leh mkn.
Quote helicornia 1-12-2021 11:57 AM
ada tak org cuci duit dengan beli keladi mahal?
Quote True-X 1-12-2021 12:06 PM
bende ni pon timb mufti kene masuk campur?..

ape kata org2 penguat kuasa agama ni g ceramah sape buang sampah merata berdosa besar masuk neraka,,,, tak berkat solat 40 hari 40 malam.. tangan akan disimbah cecair tembaga panas

mungkin nnt PPRT akan jadi bersih
Quote Shazid 1-12-2021 12:09 PM
Keladi pun nak jual mahal...klu tanam dalam ruma sush nk jaga. Tapi kat hutan subur je die
Quote nolya 1-12-2021 12:09 PM
Harga pokok keladi hias seharga 38K dah selevel dgn harga biayai naik haji dah thn depan.   Boleh juga pegi umrah berkali2 kalau sorang atau bawa anak isteri.
Quote Artemesiaa 1-12-2021 12:11 PM
Dulu orang tak pandang pun di nursery tapi sebab viral terus berganda2 harganya.  Pada hal boleh je dapat free hanya nak kena rajin sikit mencari.  Selalu kat tepi2 area kelapa sawit banyak je tumbuh meliar tak ada siapa peduli macam2 warna macam2 jenis.  Tapi bila dah masuk nursery terus jadi harga kayangan.
Quote Samerosie 1-12-2021 12:19 PM
Jual pokok keladi pun nak berhukum hakam? Gosh orang melayu ni dah tak de kerja kut.
Quote ninja boy 1-12-2021 12:25 PM
Keladi ada tanda harga, ikan takdak
Quote _blackbird 1-12-2021 12:41 PM
kesian pada netizen miskin yg mengalami syndrom FOMO. org beli keladi mahal dia pon nak beli keladi mahal. pastu merempan peniaga menzalimi dia sebab letak harga yahudi
Quote Kitty_catz 1-12-2021 02:00 PM
peniaga yg amek kesempatan.. puiii!!!
rega setahun yg lalu dgn sekarang bukan sekali ganda, tp berganda2.. deme yg push rega gitu.. jgn tertipu la bila masuk group2 sembang pokok2 keladi ke monstera ni.. sbb MO sebijik mcm produk timbang kilo.. yg up2 rega tu konco2 deme gak, yg bg testimoni ke haper pun geng2 deme gak.. customers bodo2 tak biasa beli mmg le terjebak.. tokeh2 tersenyum sumbing, pehtu sombong namatey saip kondem kata tak mampu nak beli sila jgn komen.. sepanjang meols menega ni, tak penah la haku ckp sebegitu ke kastermer meols.. penega2 begini mmg species kampung.com albo_cari.jpg mtc_cari.jpg burleMax_cari.jpg


ni koleksi meols beli.. berapa sen jah setahun dulu, sekarang rega monstera albo sama mtc tu deme charge ikut daun. satu daun rm1-2K.. apa gileeeeeee... yg biasa beli pepokoks ni sampai boikot membeli ngan seller2 mcm gini.. yg terhasut harus la yg baru nak belajo2 membeli.. yg otai2 pepokoks ni skang buat plant swap sajork..

kut deme kata org siam mampo.. suruh aje org siam itu beli.. simpan le duit tu beli makanan lagi baloi.. pepokok ni bukan keperluan pun... keinginan je..
Quote cik_sssara 1-12-2021 02:10 PM
Keladi daun merah tu mahal sangat ke? Patutlah ramai datang rumah mintak anak pokok, belum tumbuh anak lagi tetap suruh simpan. Bagi ikut giliran siapa mintak dululah.
Quote Firenzza 1-12-2021 02:13 PM
Ada org tnya mopti x nape mael lantik punahsihat agama & lain2 lg walhal muntri agame dah ada? Kata membazir amalan syaitooon
Quote Kitty_catz 1-12-2021 02:15 PM
cik_sssara replied at 1-12-2021 02:10 PM
Keladi daun merah tu mahal sangat ke? Patutlah ramai datang rumah mintak anak pokok, belum tumbuh an ...

meols dulu beli rm12.50 jah chuols yg fannie munson tu, yg daun pink
tp kaler pink ni byk ID nyehh


skang ni ntah, 2,3 daun deme juai rm50.. haku tersenyum kambeng je lah...





Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.072241 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top