CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koma Didera Suami: Jahidah Selamat Bersalin Bayi Lelaki

1-12-2021 10:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6480| Komen: 89

Description: Seremban: Mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki dalam kandungannya di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini malam tadi.
Seremban: Mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 43, selamat melahirkan bayi lelaki dalam kandungannya di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini malam tadi.


Menurut adiknya, Fauziah Nordin, 40, kakaknya itu telah menjalani pembedahan kecemasan kira-kira pukul 9 malam.

“Alhamdulillah kak Jahidah sudah lahirkan baby, pembedahan kecemasan pukul 9. Esok kena ke hospital tengok baby,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.


Foto: Utusan Online

Tambah Fauziah, keadaan kakaknya itu kini berada dalam pemantauan 24 jam oleh petugas hospital.


Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan Jahidah yang sedang hamil dijangka bakal melahirkan bayi dalam kandungannya secara pembedahan hari ini.

Jahidah telah dimasukkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi, HTJ sejak 22 November lalu tetapi pihak keluarga tidak dibenarkan melawat kerana prosedur sangat ketat.

Doktor memaklumkan bahawa wanita itu bakal berhadapan pelbagai komplikasi respiratory distress (kesukaran pernafasan), pendarahan, jangkitan kuman, cardiact arrest (jantung terhenti) dan kematian.

Dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah, yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun. 

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Sebelum ini pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd. Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damian_lee 1-12-2021 10:53 AM
semoga dipermudahkan segala urusan .....
Quote Thunderclouds 1-12-2021 11:27 AM
Ni kalo simpan jgk wat laki xtau nk habaq la. Moga dpermudahkn urusan. Amin3.
Quote cap_ayam 1-12-2021 11:33 AM
Semoga mudah segala urusan..
Quote d_anne04 1-12-2021 11:35 AM
sejenis jantan pukul isteri semasa sedang hamil sepatutnya di'vasectomy'

semoga Kak Jahidah dipermudahkan segala urusan
Quote acikku 1-12-2021 11:37 AM
semoga dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat.untuk suami jantan tagune tu semoga dapat balasan setimpal selayaknya
Quote margo20 1-12-2021 11:47 AM
Semoga takde org nak jd bini baru lakinye
Quote aTiKah_aYuNi 1-12-2021 11:56 AM
Semoga mudah segala urusan..
Quote Plain-tif 1-12-2021 12:00 PM
Semoga bayi dan emaknya sihat
Quote ifanonline 1-12-2021 12:02 PM
lelaki ni pun satu, kalau dah tak suka, pulangkan balik kpd keluarga dia secara terhormat...ape yg kau dpt pukul2 wanita ni? dayus tul lelaki sebegini
Quote lattehazelnut 1-12-2021 12:04 PM
margo20 replied at 1-12-2021 11:47 AM
Semoga takde org nak jd bini baru lakinye

Bukan sbb pukul nak kawin lg satu ke
Quote shy79 1-12-2021 12:19 PM
alhamdulillah dah selamat melahirkan..
pengajaran utk yg bakal berkahwin..nk pilih bakal suami biar kenal betul2 termasuk familynya..takut terpilih yg spesis laki mcm ni, naya kt bini
Quote Artemesiaa 1-12-2021 12:22 PM
Semoga semuanya baik2 saja
Quote margo20 1-12-2021 12:55 PM
lattehazelnut replied at 1-12-2021 12:04 PM
Bukan sbb pukul nak kawin lg satu ke

Yela harap perempuan tu ubah fikiran mad:
Quote Decaffeinated 1-12-2021 01:03 PM
tu pasal orang barat tak kalut nak kawin. dah sahih padan serba serbi baru decide to live together2 till death do us part katanya.

Quote sukacactus 1-12-2021 01:04 PM
Masa awal dia kena dgn laki dia dl ni, aku harap dia keguguran
Sebab xnak ada sangkut paut dgn setan tu
Tp Alhamdulillah dpt ank laki, xgaduh nak cari bapak balik jd wali nnt
Quote prettyuglybabe 1-12-2021 01:38 PM
akibat salah pilih laki..
Quote mejaputih 1-12-2021 01:43 PM
just nak tanya, kalau in case anak tu dah besar, pastu dia takleh terima bapak dia (tiba2 bapak dia muncul kononnya dah insaf, suh anak terima dia dan nak duduk ngan anak sbb dah tua)...anak dia berdosa tak kalau tak terima ek?
Quote keane.somewhere 1-12-2021 01:43 PM
Walaupun meols gay...hubby meols tak pernah pukul meols.
Quote Kadbaru 1-12-2021 01:49 PM
lelaki mcm ni layak utk dipotong tontolou dia

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.064093 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top