CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Joe Flizzow Kemaruk Beli Kasut

22-11-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 531| Komen: 6

Description: Penampilan gaya itu penting bagi seseorang terutama selebriti. Ia umpama dari kepala hingga kaki perlu dipadankan dengan busana dan aksesori yang lengkap serta sesuai.
Penampilan gaya itu penting bagi seseorang terutama selebriti. Ia umpama dari kepala hingga kaki perlu dipadankan dengan busana dan aksesori yang lengkap serta sesuai.


Malah, untuk soal penampilan gaya ini sama ada lelaki dan wanita masing-masing pastinya memiliki cita rasa berbeza dan tersendiri. Namun, lelaki kebanyakannya lebih teliti dengan pemilihan kasut.

Bagi penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, 42, kasut bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi barangan penuh nilai sentimental kepada seseorang. Namun, untuk menjaga koleksi kasut yang sudah dipakai juga tidak mudah.

Foto: IG

"Saya adalah peminat kasut dan ketika kecil dulu pasti akan membeli banyak kasut setiap kali melancong ke luar negara untuk dijadikan koleksi. Bagi saya, ia satu kepuasan apalagi jika rekaannya begitu menambat hati.


"Sebagai 'sneaker head' atau mempunyai hobi mengumpul kasut, saya memang dah banyak kumpul koleksi sejak usia muda.

"Dahulu, boleh kata macam kemaruk juga sebab suka beli banyak kasut," katanya.



Menurut pemilik nama sebenar Johan Ishak ini, ke mana saja negara yang dikunjunginya pasti akan membeli kasut dan mesti dibawa balik ke Malaysia kira-kira 15 pasang.

"Bagaimanapun, sekarang koleksi kasut yang saya ada dalam jumlah kecil sekitar 300 pasang. Tapi, saya tak jual kasut ini kerana setiap tahun saya akan beri secara percuma kepada orang serta disumbangkan ke rumah kebajikan.

"Selalunya jika nak beri kepada orang, saya bawa ke kedai gunting rambut saya, Joe's Barbershop untuk diagihkan kepada semua pekerja. Sekali saya bawa ke kedai mungkin 50 pasang kasut dan pekerja pasti akan berebut," katanya.



Menurut anggota Too Phat ini, dia takkan pernah menjual kasut yang pernah dipakai dan masih dalam keadaan baik itu kepada orang lain. Katanya, dia lebih suka memberi saja kerana pernah melalui pengalaman hendak memiliki kasut diminati, tapi tidak berkemampuan.

"Lagi pun, nak menjaga kasut yang sudah dipakai ini tidak mudah kerana jika terus disimpan ia akan rosak juga. Jadi, dari rosak macam itu saja, bagi saya lebih baik berikan kepada orang atau disumbangkan ke rumah anak-anak yatim.

"Untuk menjual pula, memang saya tak akan buat. Macam saya kata, saya suka beri secara percuma saja. Malah, apabila tengok kasut itu dipakai oleh orang lain, saya dah rasa sangat puas dan gembira," katanya.

Ditanya juga mengenai koleksi kasutnya yang mungkin belum dipakai lagi, Joe berkata, setakat ini dia masih ada 100 pasang yang belum 'dibuka' dan tersimpan rapi dalam kotak.



Menurutnya, kasut yang belum dipakai tidak akan rosak kalau terus disimpan. Joe berkata, di rumahnya, dia menyimpan semua kasut itu dalam sebuah bilik khas untuk lebih teratur dan kemas.

Terdahulu, Joe ditemui media di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota ketika dia dipilih menjadi 'rapper' tempatan pertama berpeluang menjalin kolaborasi dengan jenama kasut premium antarabangsa, Giuseppe Zanotti.

Selain Joe, pada pengumuman itu juga penyanyi hip-hop, SonaOne pun terpilih untuk menjayakan kolaborasi menghasilkan rekaan kasut 'edisi terhad' jenama terkenal dari Itali itu.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 22-11-2021 11:05 AM
aku ada baca yg bapa dia ni pembaca berita TV3 ek, arwah dah,  

patut la petah berkata2
Quote dudaberhias 22-11-2021 11:06 AM
Bukan untuk jaga penampilan pun sebab kalau betul jaga penampilan takkan kepam jahhh??? Lain la rhoperrrn aliff aziz GV8... Kata je untuk kepuasan dan reward diri sendiri... Macam iolss ler tu
Quote babelina 22-11-2021 11:07 AM
kasut joe sure mahal2..
Quote ezacbee 22-11-2021 11:12 AM
Penuh 1 bilik utk kasut je kot
Quote hotmak 22-11-2021 11:13 AM
bestnya, untunglah klu sama saiz
Quote mawarkhayalan99 22-11-2021 11:20 AM
haruslah koleksi je dah 300 pasang kalau dah termasuk kasut brand2 besar sponsor tak gittewwwww

Lihat semua komen(6)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

28-11-2021 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.079004 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top