CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

35 Tahun Suara Maintain, Ramlah Ram Elak Minum Ais Dan Air Berkarbonat

22-11-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3207| Komen: 13

Description: Setiap penyanyi pastinya mempunyai tips atau petua tersendiri bagi memastikan mutu vokal kekal terjaga.
Setiap penyanyi pastinya mempunyai tips atau petua tersendiri bagi memastikan mutu vokal kekal terjaga.

Sama juga halnya dengan penyanyi terkenal Ramlah Ram yang mendedahkan tidak mengambil sebarang minuman berais dan berkarbonat demi menjaga kualiti suaranya.


Perkongsian petua tersebut tercetus selepas ramai yang bertanya bagaimana dia mengekalkan mutu vokal walaupun kini sudah berusia 56 tahun.

Foto: IG

“Sebenarnya bukanlah petua luar biasa pun, saya cuma mengelak daripada mengambil air berais dan minuman berkarbonat.

“Alhamdulillah, petua tersebut masih saya amalkan selepas lebih 30 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis resepsi Haqiem Rusli dan Aina Sofea di Cyberjaya malam kelmarin.




Selain petua, dia yang terkenal menerusi lagu Kau Kunci Cintaku itu mendedahkan tidak pernah menurunkan mana-mana ‘key’ lagu setiap kali membuat persembahan pentas.

“Ya, saya tak pernah turunkan ‘key’ lagu dan sehingga kini saya memang menyanyikan semua lagu saya mengikut ‘key’ asal. Alhamdulillah, masih belum terkucil.

“Jika saya turunkan, terasa seperti ada sesuatu yang kurang dalam nyanyian. Ibarat masakan tiada garam.

“Mungkin juga kerana sudah terbiasa sebab berulang kali menyanyi lagu sama sepanjang 35 tahun bergelar penyanyi. Selagi ada kudrat, ‘key’ nyanyian akan dikekalkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga sempat memanjatkan rasa syukur apabila masih ramai yang mengiktiraf bakatnya sebagai penyanyi selepas video nyanyiannya pada malam Anugerah Bintang Popular ke-34 tular dalam media sosial.



“Saya terkejut dan rasa terharu sangat melihat ramai yang beri komen positif terhadap persembahan pada malam tersebut.

“Sejujurnya tidak sangka sama sekali akan tular dalam media sosial. Apapun terima kasih untuk semua pujian dan kehadiran peminat generasi baharu,” tuturnya yang turut popular menerusi lagu Sesaat Kau Datang.



Semalam, Kosmo! melaporkan Ramlah menjadi tumpuan netizen sejak beberapa hari lalu selepas videonya menyanyikan lagu Siapa Yang Bersalah, Di Ambang Pintu Kasih dan Selamat Jalan Romeo tular dalam media sosial.

Rata-rata berpendapat, mutu nyanyiannya masih setanding ketika awal kemunculannya sekitar tahun 1986 dan bakatnya harus diangkat setanding dengan penyanyi senior lain. https://www.instagram.com/p/CNE4r5wHQmx/
Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 22-11-2021 10:24 AM
tapi minum air suam memang sangat bagus... batuk2 kahak ke apa akan cair yachhh...
air sejuk tu buat kahak lagi beku...
Quote prince_marhaen 22-11-2021 10:31 AM
kakak melah is on fayahhhhh...lagi hebat tak payah terkinja-kinja pakai baju terlalu aneh (walaupun pernah pakai baju hati lampu kelip-kelip..tapi itu dimaafkan sebab comel)..tak payah feeling high note walaupun bingit, takpayah terkengkang melutut depan Man Kidal...hahaha.. selamba je tarik tak pecah walaupun grafik 3D ABPBH haritu dalam lalang tepi highway...kak melah tetap pojaan!
Quote Orix 22-11-2021 10:31 AM
aduhh tak minum ais kalo iols sehari rasa cm x lengkap hidup gituh...iols hanya minum air suam green tea sajok di waktu pagi... selepas tu semua air berperisa wajib berais ataupun sejuk... tekak iols hanya boleh terima air mineral saja kalau tak sejuk
Quote mamajawie 22-11-2021 10:48 AM
please lah masa dia nyanyi time abpbh bebaru ni cam acik kantin menjerit kat bebudak skola soh beratur time amik makanan masa rehat..nyaring cm hape je
Quote wirazam 22-11-2021 10:56 AM
Next year masuk gv ye..boleh menang nih unless jac pun join juga lar next year hahaha
Quote VirusDetected 22-11-2021 01:11 PM
maintain kah???
Quote budakshinchan 22-11-2021 08:25 PM
mmg nice.. xde la tekepit kepit suara.. dahtu ramai penyanyi lain dok tiru kepit suara.. jadi boring dengo.. bila meningkat usia.. suara nk kepit pon x boleh sbb dah beso.. kak melah jugak ok.. xde Sapa nk tiru
Quote TeropongThaico 22-11-2021 10:20 PM
Rindu nak tengok kak melah pakai baju hati lip lap
Quote Suchi 22-11-2021 11:09 PM
Tapi saya suka smoothie

Janji tak buh gula, air suam pun kalau manis teda berguna juaaa
Jadi saya tak kisah takde pantang ais janji bukan air maneh leting.
Quote mojarean_X 22-11-2021 11:32 PM
Artis Mulia Syurga ranking no. 1 by Diva AA
Quote TerataiMelur02 22-11-2021 11:39 PM
Bagus la ada jugak bakat acik ram. Daripada anak sedara dia c dozah tu takde sumbangan langsung dalam industri.
Quote hanihan16 23-11-2021 12:34 AM
uiiii cuaca panas2 gini minum air ais sedaakkkk kak melah uii
Quote hanihan16 23-11-2021 12:35 AM
TerataiMelur02 replied at 22-11-2021 11:39 PM
Bagus la ada jugak bakat acik ram. Daripada anak sedara dia c dozah tu takde sumbangan langsung dala ...

i confuse sebenarnya. kejap kata memang anak sedara dia, kejap lagi kata tak ada kaitan. sebenarnya diorg berdua ni bersaudara ke idak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.055194 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top