Sekali lagi Iqbal kecewa apabila gambarnya disalah guna dan diletakkan di akaun Facebook palsu. Terkejut dibuatnya apabila pelantun lagu Hujan ini melihat wajahnya disunting dengan tubuh lelaki lain yang hanya memakai seluar dalam.
"Ini bukan tubuh saya. Menggeletar tangan untuk saya post gambar ini namun oleh kerana sudah mula tersebar, saya perlu tegaskan. "Jelas sekali tubuh badan saya tidak begini. Namun ada yang percaya. Bertubi-tubi saya terima mesej pagi ini, ramai bertanyakan adakah saya ada akaun FB baru? "Tidak! FB saya satu-satunya adalah Ahmad Iqbal Zulkefli. Saya lihat ada satu lagi page palsu yang bernama 'IQbal Zulkefli' mendapat komen beratus orang setiap post.
"Sebelum ini ada yang jadikan wajah saya seperti seekor bab*, namun kali ini saya fikir gurauan ini tidak sesuai," jelasnya menerusi Instastory. Iqbal juga memohon pertolongan netizen untuk membuat laporan terhadap akaun tersebut. "Tolong saya cuba report akaun tersebut: Iqbal Zul. Saya cuba cari sekarang tidak dapat jumpa mungkin mereka sudah sekat saya. "Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia. Apa-apa pun, saya tetap memilih untuk bertenang dan terus tabah.
|
msdummy.2018 replied at 18-11-2021 12:26 PM
Hoi tuan tanah..sejak bila dia ni retisssss? Sejak bila?
fadz84 replied at 18-11-2021 12:29 PM
Masalahnya sume thread pasal dia ni letak kat gosip retis.. Tp dh kuar lagu blh kira retis dh kot. ...
Jika berlarutan begini, mungkin saya tidak sesuai menjalani kehidupan di Malaysia.
toet2meoww replied at 18-11-2021 12:59 PM
nak ikut jejak langkah sajat ke?
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
26-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071966 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.