CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Tak Dapat Kawal Anxiety Dan Stage Fright, Punca Imran Ajmain Tolak Masuk GV8

18-11-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 745| Komen: 2

Description: Imran Ajmain mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia menolak untuk menyertai program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza.
Imran Ajmain mendedahkan dirinya mempunyai sebab yang tersendiri mengapa dia menolak untuk menyertai program realiti nyanyian popular, Gegar Vaganza.

Jelas Imran, dia sebenarnya tidak biasa untuk berada di dalam suasana yang kompetatif lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan para peserta lain.

Foto: IG

Katanya lagi, situasi tersebut akan meletakkan dirinya di dalam keadaan tertekan dan mengalami keresahan.

“Sejujurnya saya ini bukanlah seorang yang kompetatif. Semasa pembabitan awal di dalam dunia seni, saya bukan lahir daripada program pertandingan realiti. Saya tak biasa dengan dunia yang berlumba-lumba.


“Jadi, kalau nak letakkan saya dalam satu pertandingan, saya rasa tahap stresnya nanti akan terlalu tinggi untuk saya.

“Kalau tersingkir di minggu pertama saya boleh terima. Tapi kalau berjaya mengharungi minggu-minggu berikutnya, rasanya saya tak dapat nak kawal rasa resah (anxiety) atau perasaan gementar di atas pentas,” katanya kepada MH.



Penyanyi lagu, Seribu Tahun ini berkata  sedemikian ketika ditemui media di program Aya Real Food di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa.

Meskipun tidak terlibat secara langsung, Imran memaklumkan dia akan sentiasa menunjukkan sokongannya terhadap program yang telah menaikkan semula nama-nama artis senior tanah air itu.

“Saya ini seorang yang sangat tenang dan damai. Saya sukakan suasana yang ‘chill’ dan muzik saya pun begitu juga.

“Lantas, kalau saya diletakkan di dalam situasi yang dicabar untuk menyanyikan bermacam jenis genre lagu, saya rasa saya tidak layak.

“Sebagai penonton saya sangat sukakan program Gegar Vaganza. Tahun lepas, ramai kawan-kawan saya yang mengambil bahagian dan lagu-lagu saya juga telah kerap kali dinyanyikan.

“Setiap kali ada peserta yang menyanyikan lagu saya, pihak GV akan menjemput saya. Itu satu penghormatan yang sangat saya hargai,” ujarnya lagi.



Ketika ditanya adakah dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program GV, ini reaksi yang diberikan oleh Imran;

“Saya memang pernah ditawarkan untuk menyertai program GV. Sejujurnya daripada  musim-musim awal lagi tapi saya rasa pihak produksi GV tahu jenis peserta yang mereka inginkan.



“Bila saya cakap yang saya tidak layak, mereka pun tidak memaksa. GV ini merupakan program yang sangat besar bagi industri seni kita. Semua yang ambil bahagian pasti akan dikenali. Ia sama seperti Akademi Fantasia. Untuk gugurkan ‘AF’ di belakang nama tu memang susah,” kongsinya lagi.

Selain aktif menyanyi, Imran juga kini sedang sibuk menguruskan bisnes agensi kreatif miliknya sendri yang memberi fokus kepada khidmat penghasilan video, foto, seni reka grafik dan pengurusan sosial media. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-11-2021 11:19 AM
Skala menguap : 8.5/10

Heols pun macam private life kan walaupun aktif IG/FB/TikTok, tetap menguap ye...sebab jarang promo pasal kerjaya. Tapi nampak macam survive je lifestyle boleh tahan..maybe family pun ada-ada jugak kan...
Quote hareeeesah 18-11-2021 12:02 PM
Dia kan all the time dengan family chef abang adik sayang.. sedara mara ke kawan-kawan

Lihat semua komen(2)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

26-1-2022 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.078880 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top