CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menyanyi Tak Menjadi, Pereka Fesyen Ezuwan Ismail Jual Karipap

18-11-2021 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4875| Komen: 28

Description: Bagai jatuh ditimpa tangga apabila kerjaya nyanyian tidak menjadi, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut bergelut dalam bidang perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Bagai jatuh ditimpa tangga apabila kerjaya nyanyian tidak menjadi, pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail turut bergelut dalam bidang perniagaannya yang terjejas akibat pandemik Covid-19.


Ezuwan mengakui jualan baju rekaannya di atas talian juga tidak mendapat sambutan biarpun sudah memberikan harga promosi.

Bukan itu sahaja, pereka fesyen kelahiran Kelantan ini juga tidak menerima sebarang tempahan untuk busana pengantin sepanjang tahun ini.


Foto: mStar Online

"Pandemik yang muncul tiba-tiba tanpa diduga pernah hampir buat saya terduduk dan stres. Bayangkan operasi butik di Taman Dagang, Ampang tak boleh dibuka.


"Jualan baju online pun tak jalan. Tahun lalu masih ada yang nak membeli. Tahun ini lagi 'sakit' sebab kuasa membeli tiada walaupun diberi harga promosi.

"Jelas orang tak sanggup habiskan duit untuk tempah baju 'custom made' atau beli yang sedia pakai. Majlis kahwin pun tak boleh dibuat.

"Jadi baju kahwin pun pernah sampai tak ada permintaan langsung," kata Ezuwan kepada mStar.


E1 Band

Tahun lalu, Ezuwan turut berjinak-jinak dalam perniagaan makanan dengan menjual juadah di bawah jenama Mok Neko termasuk karipap mini, ketupat, murtabak dan kek coklat.

"Mahu atau tak, saya juga seperti pereka fesyen lain dan juga semua orang terpaksa cari alternatif lain untuk survival.

"Staf seramai sembilan orang di butik, saya tak buang. Tapi mereka dibayar gaji pokok saja. Realitinya, kuasa membeli makanan ada.

"Jualan aneka makanan dijual menjadi dan berterusan hingga sekarang. Yang paling laku keras ialah karipap mini.

"Lucunya apabila saya berniaga makanan ada yang sampai tahap anggap saya sudah gulung tikar sebagai pereka fesyen," ujarnya.

Dalam pada itu, Ezuwan memberitahu dia sepatutnya melancarkan sebuah lagu terbaharu berjudul Lambaian Pagi Syawal namun terpaksa ditangguh sehingga tahun hadapan.

"Ikutkan tahun ini saya muncul dengan single raya solo berjudul Lambaian Pagi Syawal ciptaan S Atan dan lirik Kopratasa. Sudah rekod pun 10 Mac lalu.

"Tapi saya rasa kena tunda ke tahun hadapan. Kalau tak dipromosikan di arus perdana dan hanya untuk projek koleksi pakaian rekaan sendiri pun okey saja," katanya.

Ezuwan pernah muncul dengan projek khas nyanyian bersama E1 Band disamping Zulyasrani dan Ariff Imran menerusi lagu Semalam Sahaja dan Rindu Lebaran. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 18-11-2021 09:42 AM
Kesian dengarnya.
Semoga berjaya dalam apa jua bidang.
Kalau baju pengantin tak ramai yang beli, apa kata buat baju biasa sahaja.
Quote hotmak 18-11-2021 09:47 AM
kesiannya, yelah org nak tempah baju pun, takde kenduri, pergi kerja pun tak, raya tak boleh balik kg

kena cari alternatif lain nak survive, makanan pun kadang org tak brp nak membeli sangat sebab, org akan beli brg mkn yg lg penting mcm beras dari kuih2 frozen ni
Quote ketupatnasi 18-11-2021 09:47 AM
Tayah nak projek khas lagik or nak melambai-lambai sangat di pagi Syawal, helok la continue je bisnes karipap mini.
Siapa tahu mungkin bisnes u akan lebih maju karna u jaga rezeki staff dalam keadaan sukar cenggini.
Quote hareeeesah 18-11-2021 10:45 AM
Dia ni penah buat hal ada kes tipu baju someone bukan local. orang tu call je dia tak jawab. 4k ok buat baju, datang kedai je tanya staff kata takde..
Quote SpyLeman 18-11-2021 12:54 PM
Pelaburan paling bodoh bila buat album tu. Sora hang mcm si kebal hujan
Quote dudaberhias 18-11-2021 12:59 PM
Kesiannya, baju dia mahal ke sampai takde yang nak beli? Tengok mask muka dia jual saja pun RM89.00

Elok la jual karipap harga mampu milik untuk semua. Yang kaya bukan ramai pun dalam Malaysia ni, minoriti je. Yang bajet2 nak nampak kaya ye ramai kat fb, ig semua.
Quote tipah89 18-11-2021 01:28 PM
memang xbeli la baju harga kemain tapi kualiti kain lap kaki lagi selesa.
Quote LadyCarefree 18-11-2021 01:37 PM
Ada ramai lg terkesan. Sibuk retis metis ni semua.
Quote sukacactus 18-11-2021 03:29 PM
Aku sampai terlupa dia ada lagu siap mv bagai
Camtu la sendunya dia
Quote Illayana 18-11-2021 08:59 PM
Designer lain byk jah daku tgk dpt tempahan bj kawen. Mankajang tak putus2 daku tgk, bkn pengantin jah, mak pengantin, pengapit, etc. Bkn masalah kuasa pembeli kurang. Sbb nengok rege  designer2 ni lps diskaun pn riban2 lg. Bj kawen bini topi tempah from dpkl. Boleh tahan lawa. Ramai org have2 kt msia ni. Takpe, this shall pass. Sabar kome semua.
Quote kiah_mai_pulak 18-11-2021 09:05 PM
dia ni yg kena kutuk ngn nek ta rso tu kan??
Quote cikbudu 18-11-2021 11:05 PM
kiah_mai_pulak replied at 18-11-2021 09:05 PM
dia ni yg kena kutuk ngn nek ta rso tu kan??

Pasai pe uolss?
Quote innocentsangat 18-11-2021 11:12 PM
dudaberhias replied at 18-11-2021 12:59 PM
Kesiannya, baju dia mahal ke sampai takde yang nak beli? Tengok mask muka dia jual saja pun RM89.00
...

Kalis covid mungkin.
Quote dudaberhias 18-11-2021 11:12 PM
Illayana replied at 18-11-2021 08:59 PM
Designer lain byk jah daku tgk dpt tempahan bj kawen. Mankajang tak putus2 daku tgk, bkn pengantin j ...

mungkin designer2 lain tu baju dan design lawa2 kot kaka... yang ezuwan ismail ni... rm50 pun iols takkan beli... choiii baju popia simpul kasih pun haderrr... nauzubillah min zalik... rega dia urmmm..... bukan sebab mahal tapi sebab tak berbaloi agitteww...
Quote dudaberhias 18-11-2021 11:15 PM

kaka dah tengok baju2 dia???

nama design semua pprt...rempeyek.. popia simpul kasih... sekut marie... choii!!
bukan design dia tak lawa langsung pun.... certain2 tu lawa je tapi nama very the kampung malut... kampung baru kl tu lagi moden namanya...
Quote dudaberhias 18-11-2021 11:17 PM
tumpang tanya... ni jual baju ke kuih raya uolsss??? kalau kuih raya boleh pos tak...

Quote innocentsangat 19-11-2021 12:36 AM
dudaberhias replied at 18-11-2021 11:15 PM
kaka dah tengok baju2 dia???

nama design semua pprt...rempeyek.. popia simpul kasih... sekut mari ...

Tak minat design. Tak kena dgn jiwa.
Quote Zaien 19-11-2021 12:40 AM
Sendu nyaaaa.. tulaa gatal nk buat album konon percaya diri ada bakat..
Move on plizzz jual jela biz kipap tu yach
Quote cepheid 19-11-2021 01:03 AM
Dulu pernah baca kat forum ni jugalah dia ni layan vip sajork datin-datin dan sewaktu dengannya je. Kalau orang biasa datang dia bolayan je suruh assistant dia layan.  So dapat cash le kot orang tak datang dah

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.155592 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top