CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Balkisyh Semundur Khan Hamil 7 Bulan, Rindu Suami Setiap Hari

18-11-2021 09:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3542| Komen: 12

Description: Balkisyh Semundur Khan yang kini hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.
Balkisyh Semundur Khan yang kini hamil anak ketiga menerusi perkahwinan keduanya bersama suami, Mohd Nazri Zakaria mengakui mengalami alahan teruk pada trimester pertama, namun kini beransur pulih.


Menurut Balkisyh, usia kandungannya kini sudah memasuki bulan ketujuh dan dijangka bersalin Februari depan.


Foto: IG

“Saya memang mempunyai asma, jadi bila tiba-tiba rasa kurang sihat, saya ke klinik untuk buat pemeriksaan.

“Jadi bila doktor sudah beritahu status kesihatan apa semua… waktu nak balik tu doktor ucap tahniah, kandungan sudah cecah sebulan. Macam-macam perasaan yang timbul sejurus dapat tahu. Alhamdulillah, doakan moga semua dipermudahkan,” katanya.


Balkisyh menambah, suami paling teruja apabila mengetahui dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.



“Selepas bernikah kami jalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri jarak jauh. Dia bertugas di Johor sementara saya pula di Kuala Lumpur.

“Suami yang paling gembira. Begitu juga dengan ahli keluarganya sebab bakal sambut cucu pertama.

“Apa pun saya bersyukur kerana ahli keluarganya turut menerima saya seadanya meski saya sudah mempunyai anak hasil perkahwinan terdahulu.



“Malah mertua pun layan kami dengan baik. Itulah  namanya rezeki Allah nak bagi, alhamdulillah,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini ditemui di majlis ‘Meet & Greet’ pelakon Putra Amaris bersama Anak Yatim, Tahfiz dan pesakit kanser yang dibawakan oleh Safelyte di Wangsa Walk Mall pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon siri Lockdown ini juga menyatakan kerinduan pada suami semakin bertambah sepanjang tempoh kehamilan.



“Kalau boleh mahu dia sentiasa ada dengan saya. Rindu bau dia dan sekarang makin suka tatap wajahnya. Setiap bulan suami akan pulang jengok kami dan selebihnya kerap lakukan panggilan video.

“Kerjayanya sebagai petugas barisan hadapan memerlukan dia untuk beri komitmen yang penuh.

“Syukur, dia berjaya imbangkan soal kerja dan keluarga. Suami menjalankan tanggungjawab sebagai keluarga dengan baik,” katanya lagi.



Untuk rekod, pasangan sebaya berusia 34 tahun itu berkahwin pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Balkisyh sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 18-11-2021 11:15 AM
Cantinya anak sheols...
Sheols ni kategori lawa, tapi kalau silap sikit tak bersiap memang auto-selekeh..harap-harap sheols kekal wongiiii macam ni sampai bebila...sebab sheols lawaaaa...
Quote lasagna 18-11-2021 11:15 AM
ahhh sheol dah bertemu jodoh kedua sbrnya.. idok ler tahu. anak ppuan, persis sheol sebijik! cute!
Quote Nenolen 18-11-2021 11:25 AM
Balqis nie cantik dan pandai bwk watak dgn baik…tahniah preggy dan rezeki dia mkn suka kat suami masa preggy…ada org bau suami pun tak suka rasa nak muntah apatah lagi tgk muka
Quote umbut 18-11-2021 11:29 AM
Muda lagi lupanya..cantikkk pun.. dulu kemain kepam plus watak dlm mak cun bertambah kepam..
Quote cruz2 18-11-2021 11:30 AM
Iols suka sgt balkisyh ni..berlakon watak apa pon menjadi.rupa pon ada.mujur tak hanyut terus zaman muda dia dulu.naif sgt bergambar mcm tu.dgn laki 1st dulu pon huru hara hidup dia.apa2 pon tahniah!semoga dipermudahkan
Quote shaiy 18-11-2021 11:33 AM
Anak perempuan dia sekali imbas serupa mek janna
Quote Mamason 18-11-2021 11:58 AM
Cantik dia ni selepas semakin kurus.  Owh dah kawin baru rupanya... Alhamdulillah.  Anak dia comei2
Quote Kurex 18-11-2021 12:23 PM
Dia & razali bintang audition yg berjaya... Yg lain.. haremmmmm
Quote KamikuP 18-11-2021 12:46 PM
Tereingat suatu ketika dulu beliau posing seksi nampak perut yg menggeleber
Quote princessmiang 18-11-2021 02:33 PM
meanwhile ummu qobis gigih memberi teka teki padahal perut buncit
Quote dudaberhias 18-11-2021 02:36 PM
Suka lakonan dia, tak kayu tapi tak pernah popular.... serhoperrr kak bedah tong gas nor kiriyah...
Quote sukacactus 18-11-2021 02:37 PM
Lawa ank dia
Semoga dia terus berbahagia lah dgn perkahwinan baru ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056949 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top