CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharol Shiro Mohon Pelawak Minta Izin Jika Nak Tiru Watak Seseorang

18-11-2021 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4150| Komen: 30

Description: Shahrol Shiro, 37, menyarankan kepada golongan pelawak yang mahu meniru watak seseorang perlulah meminta izin tuan badan terlebih dulu.
Shahrol Shiro, 37, menyarankan kepada golongan pelawak yang mahu meniru watak seseorang perlulah meminta izin tuan badan terlebih dulu.

Shahrol berkata, keizinan itu seelok-eloknya diminta dulu agar tidak menyinggung mana-mana pihak ketika ia dipersembahkan sebagai bahan lawak kepada penonton.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi menerusi hantaran di Instagram berkata, membuat persembahan meniru watak seseorang itu tidak salah, asalkan lebih manis didahulukan dengan meminta izin.

Foto: IG


"Dulu saya pun pernah meniru watak pelakon, Nasir Bilal Khan dan sebelum itu saya berhubung dengannya dan mohon keizinan terlebih dulu. Sebenarnya, watak seseorang yang ditiru itu tiada masalah tetapi dibimbangi netizen dan penonton jadi kurang senang," tulisnya.


Hantaran berbaur peringatan penting ini dibuat Shahrol di Instagram selepas berkongsi beberapa keping foto dia bersama anggota kumpulan Puteh iaitu Ali, Mamak dan Vicha bertemu dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Melaka untuk memohon maaf.

Sebelum ini, tular di media sosial video persembahan kumpulan Puteh di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021), malam Ahad lalu yang didakwa netizen mempersendakan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.



Justeru, kumpulan pelawak popular itu digesa memohon maaf secara terbuka.

Malah, Puteh yang menyedari kesilapan dilakukan mereka tidak berlengah tampil memohon maaf secara bersemuka dengan Najib.

Sementara itu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika ditemui media mengakui dia dan dua rakannya sudah membuat kesilapan apabila menjadikan Najib dan isteri, sebagai bahan jenaka mereka dalam persembahan di pentas MLM 2021 itu.



"Apa yang sudah berlaku dalam persembahan jenaka kami itu memang tidak disengajakan kerana niat sebenar hanya mahu menghiburkan semua peminat Puteh dan juga penonton.

"Malangnya saya akui ini adalah kekhilafan kami dan untuk itu perlulah berjumpa dengan beliau (Najib) untuk kami sendiri memohon maaf terus kepadanya secara terbuka," katanya.



Ali berkata, apa yang sudah berlaku memang kesilapan Puteh dan mereka bertiga sepakat mahu terus berjumpa Najib secara bersemuka untuk memohon maaf di atas kekhilafan dibuat.

Katanya, dia bersyukur sudah pun mendapat kemaafan daripada Najib dan selepas ini lebih berhati-hati dalam 'content' persembahan Puteh. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bebawang 18-11-2021 09:16 AM
Mnyampahnya lah tgk dia ni..bkn lawak sgt pun dulu.
Quote LadyCarefree 18-11-2021 09:19 AM
Bebawang: Mnyampahnya lah tgk dia ni..bk ...


Macam gud gud je. Merepeklah nk minta izin la apa la. Kalau dh publik figur hadap je la kalau kena kutuk kena parodi segala jadah
Quote prince_marhaen 18-11-2021 09:24 AM
Semua benda nak jadi orang tengah, nak ulas, nak terpaling wiseman....yihhh! Dah la kuat sentap... nasi himpit politician pulak tu..
Quote babelina 18-11-2021 09:25 AM
skrg nie dia asyik komen jer nape.. dia nie sapa.. kita mmg perlu tips dari dia ke apa.. dia sapa.. ke aku ketinggalan xtaw dia dh upgrade..
Quote tobobon 18-11-2021 09:26 AM
Siapa dia ni sampai everytime pasal pelawak dia kena menceceh sama?? Sebelum ni pun dia ada ckp something2 pasal group x dpt HA tu kan?? I mean penting sangat ke pendapat heols sampai nak kena tanya everytime mlm ada kontroversi?
Quote azimodin 18-11-2021 09:31 AM


I suka tengok pelawak korea. Dorang kalau buat impersonation mmg spot on. Baru ni viral parody rancangan Street Woman Fighter (dance show). Pelawak dorang cari baju  & wig lebih kurang sama. Tattoo & piercing pon dorang copy. Siap berlatih menari lagi.. sampai original dancer pon terbahak2 gelak & share kat Instagram.

Dalam gag concert, SNL, Rupaul Drag Race banyak je yg tiru politician - president korea yg kena penjara tu, kim jong un, trump, obama, melania Trump, queen Elizabeth. Xde pulak kena mohon maaf bagai.
Quote ketambangkang 18-11-2021 09:54 AM
arwah dato jamali & yusuf chong dulu selalu tiru suara vip, paling best dorg tiru suara samy vellu..lek2 je
Quote innocent_me 18-11-2021 09:54 AM
mamat ni ada bayar sponsor apa2 ke kat forum cari ni sampai semua pendapat dia yg tak penting kena buka thread???????
Quote Thunderclouds 18-11-2021 10:24 AM
Xpenah lg mna2 negara, comedians nk kna mintak izin baru bole troll/wat parody public figure. Lawak la malaysia nih. Masing2 dh mcm putera jamaica. Xleh kna cuit lgsung
Quote mawarkhayalan99 18-11-2021 10:43 AM
macai detected
Quote tipah89 18-11-2021 01:45 PM
macai level apa dia ni? acah2 terpalingggg bijak padahal org kenal ko pun hasil buat lawak2 bodo?da la jenis kuat sentap.. dia dgn ajak, aku rasa ajak yg cerdik sikit bila bukak mulut.
Quote makton 18-11-2021 02:03 PM
smua benda dia nak ulas. melawak pun mcm merepek2 aje.
acah2 otai ke skrg ni?
Quote johan-adx 18-11-2021 02:12 PM
karakter pemimpin ni kalau dh dilakonkan pentas lawak dan jd bahan contect utk lawak bmakna apa tu..pm2 dlu takde pun..tun pun takat org ulang2 apa nama apa nama...paklah pun takde..takat gmbr tidur tu biasa..dtg jiby nah..ajl ada,MLM ada..
Quote KelisaSilver 18-11-2021 02:40 PM
dia ni sekarang kerja ni mmg review balik pasal benda2 viral ek? dah takde kerja ke cemana? lagi pun ko dulu bkn la kelakar sgt... so so je..... so tak payah la nak sibuk2 bg nasihat bagai eh
Quote azimodin 18-11-2021 02:55 PM
prince_marhaen replied at 18-11-2021 09:24 AM
Semua benda nak jadi orang tengah, nak ulas, nak terpaling wiseman....yihhh! Dah la kuat sentap... n ...

Dah masuk line politikus ni biasa la, acah2 woke... kenapa x berjuang untuk blacklist terus artis yg bermasalah i.e syukepam, pendadih tegar or komen pasal dana finas yg diginakan untuk projek yg tidak bermutu?
Quote missyL 18-11-2021 02:56 PM
Knp die mcm wakil rakyat pelawak je

Mcm2 isu diutarakan oleh nya lol
Quote dudaberhias 18-11-2021 02:58 PM
Gigihnyaa dia pulak nak cakapkan untuk orang... Padahal bukannya lawak pun sama macam kumpulan Faraid tu nak tiru2 orang kalau lawak ok jer, ni dah la tak lawak. Kalau tak lawak choiiii buang masa je ko meniru karakter orang tu atas pentas kemain tiru dan menganjing orang itu ini, tapi bila nak rebut harta arwah abangnya kemain berkopiah siap bertasbih
Quote chacon 18-11-2021 03:01 PM
dia ni bwa watak bangla memang kena
Quote NazRysha 18-11-2021 03:44 PM
poyo jer
terimgat lagi dia tinggal exwife dia bila da glamer

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-5-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.060785 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top