CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penemuan Batuan Berlapis Bukti Hidupan Pernah Wujud Di Marikh?

9-11-2021 07:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1866| Komen: 12

Description: Kenderaan robotik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance menemukan satu lagi bukti baharu menunjukkan kehidupan mungkin wujud di Planet Marikh.
Kenderaan robotik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Perseverance menemukan satu lagi bukti baharu menunjukkan kehidupan mungkin wujud di Planet Marikh.


Perseverance baru-baru ini merakam gambar formasi batuan berlapis yang terletak di Kawah Jezero dan kumpulan pakar berpendapat, pembentukan formasi batuan itu disebabkan oleh aliran air.

Imej batuan tersebut dihantar ke Bumi pada minggu lepas untuk diteliti, sekali gus mengukuhkan teori terdapat kehidupan di Marikh sebelum ini.


Kredit foto: Space.com/NASA

Berkongsi imej itu dalam Twitter, NASA menjelaskan, batuan berlapis tersebut kebiasaannya terbentuk dalam air dan boleh memberi petunjuk jenis hidupan yang ada di dalam air tersebut.


Perkongsian itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang kebanyakannya tidak sabar untuk mengetahui jika benar Marikh pernah mempunyai hidupan sebelum ini.

Seorang pengguna Twitter bertanya, adakah lapisan batuan itu boleh mengandungi fosi seperti batuan di Bumi?

Ada juga pengguna Twitter berharap pasukan penyelidik akan menemukan fosil tumbuh-tumbuhan bagi menyokong teori kehidupan di Marikh.

Perseverance mendarat di Marikh pada 18 Februari tahun ini dengan tujuan mengumpul sampel untuk mengkaji jika terdapat hidupan di planet tersebut.

Kesemua sampel yang dikumpul akan dibawa pulang ke Bumi seawal tahun 2031 dan dihantar ke sejumlah makmal di seluruh dunia untuk diperiksa.

Setakat ini, kenderaan robotik tersebut sudah mengumpul dua sampel dari Marikh.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 9-11-2021 07:20 AM
teori saya...mengarut...semua poyo...mana ada hidupan di sana kecuali makhluk halus bukan untuk mata kita...
Quote ninja9 9-11-2021 07:48 AM
jika ini benar maka bumi pun tinggal tunggu sajalah...

ini mungkin disebabkan oleh marikh kehilangan atmosfera(lapisan udara disekeliling planet)...

ada teori mengatakan bahwa atmosfera marikh ini di tiup oleh angin matahari (solar wind - bukan udara, ianya adalah pancaran zarah dari matahari yang dipanggil corona). atmosfera marikh ni sepatutnya dilindungi oleh medan magnet tetapi somehow proses didalam planet marikh yang hasilkan medan magnet ini berhenti..
Quote Simunggu 9-11-2021 08:04 AM
hantar anti vaksin di sana..habis cerita
Quote Gingerly 9-11-2021 08:15 AM
Manusia rakus dan alien2 yg sewaktu dengannya, dah mendiami, menjahanamkan satu planet, pindah pula ke planet lain. Sampai la kiamat.
Quote angelofish 9-11-2021 09:03 AM
bangsa mat saleh ni.gara gara dia orang orang asli amerika mati berjuta juta.sedang kan orang asli amerika mempunyai tamadun yang hebat.tapi musnah sebab penyakit bawaan dan pembunuhan orang eropah.sekarang nak rosak kan marikh??
Quote AbukRokok 9-11-2021 10:12 AM
Simunggu replied at 9-11-2021 08:04 AM
hantar anti vaksin di sana..habis cerita

wah manyak happy.... bini dah xmengaruk lagi le tu

mmg masalah utama kaum lelaki ialah kaum pompuan
klu x.. lelaki aman2 ja hidup penuh zuhud


Quote ninja9 9-11-2021 10:17 AM
AbukRokok replied at 9-11-2021 10:12 AM
wah manyak happy.... bini dah xmengaruk lagi le tu

mmg masalah utama kaum lelaki ialah kaum pomp ...

lelaki tak aman kalau tak ada perempuan.. nanti dia nampak lembu mcm perempuan, habis.. hahah

problemnya ialah perempuan ni tak sama dimata lelaki... lelaki ada kepercayaan yang perempuan satu lebih hebat dan menarik dari perempuan dua... maka bermulailah lelaki secara naturalnya akan memikat perempuan kesukaannya dengan segala kodratnya...

Quote derp 9-11-2021 10:35 AM
apa kata geng FE ?
Quote AbukRokok 9-11-2021 10:44 AM
ninja9 replied at 9-11-2021 10:17 AM
lelaki tak aman kalau tak ada perempuan.. nanti dia nampak lembu mcm perempuan, habis.. hahah

pro ...

ye tak ye juga



Quote Artemesiaa 9-11-2021 01:03 PM
Ya kan jer kang bangkang marah pulak layan kan je
Quote Orix 9-11-2021 01:09 PM
menarik... mcm pernah terbaca gak teori kata maybe manusia dlu hidup kt marikh sebelum 'dihantar' ke bumi.....
Quote hyie 9-11-2021 01:12 PM
ala2 gambar planet marikh jauh bertiang lebih jelas berbanding imej yang ditangkap kalau nampak alien ke ufo ke...cam hanjeng sangat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050262 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top