CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Restoran 'Siakap Kayangan' Diarah KPDNHEP Jelaskan Kos Operasi

9-11-2021 07:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7900| Komen: 89

Description: Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos oper ...
Pemilik restoran terapung yang terbabit dalam isu hidangan ikan siakap berharga lebih RM1,000 di Taman Geoforest Karst Kilim, Langkawi, diberi masa lima hari untuk membuat penjelasan mengenai kos operasinya.


Ketua Pegawai Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, penjelasan itu perlu diberikan sebelum 11 November.



"KPDNHEP mengeluarkan notis kepada pemilik restoran berkenaan ketika tinjauan pegawai KPDNHEP pada 5 November. Penjelasan perlu diberikan pemilik restoran sebelum 11 November ini.

"Segala maklumat yang diberikan akan dianalisis mengikut kaedah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Antara keterangan yang diperlukan termasuk penyata kewangan syarikat selama tiga tahun dan harga-harga hidangan lain," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Shahran berkata, kes itu diklasifikasi sebagai dalam siasatan.

Beliau dalam pada itu menjelaskan, notis itu bagaimanapun tidak bermakna pemilik restoran terbabit sudah melakukan kesalahan.

Beberapa hari lepas tular mengenai kumpulan pelancong yang mendakwa dikenakan bayaran RM1,196.80 untuk ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang dipesan mereka.

Namun pemilik restoran menegaskan ikan itu biasanya tidak dijual, tetapi dipelihara sebagai sebahagian pertunjukan untuk tontonan pengunjung pengunjung restoran, malah harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu. 


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 9-11-2021 07:23 AM
dah tau mahal, kenapa nak makan juga???
Quote ultra78 9-11-2021 07:36 AM
Dua-dua pihak silap. Kalau tak nak jual jangan jual. Lepas timbang,terus keluarkan bil dan tunjuk kat customer. Ini supaya customer yg bodoh matematik tak terkejut.
Quote ayukpingu 9-11-2021 08:19 AM
mangsa kebanyakan memang berduit...sebab memasing expect dlm bil paling mahal pun 600-700.
owner tak salah...customer pun tak salah... kalau makan seafood kat tempat lain contohnya sabah...owner akan tunjuk ikan tu dulu kat customer...siap kira harga dulu. kalau setuju, baru proceed masak.  lepas ni harap owner kedai boleh buat cara mcm ni...jgn pulak kata size A4 paper, yang dihantar 7kg. ambik ko
Quote renko 9-11-2021 08:25 AM
Jadah harga siakap bela sekilo rm160..
Quote SedihPedih 9-11-2021 08:27 AM
ooo...byk ja cafe2 hipster tu yg jual harga ntah hape2..yg tu x kena justify ke harga?


kalau kedai2 yg overcharge ni, senang sj, pengguna boleh elak utk pergi. Better KPDNHEP fokus kt harga2 runcit bahan mentah lg afdol kot...minyak masak tu mahal nau sekarang..

or kenapa harga moto kalau nk beli cash lg mahal berbanding buat loan? ni isu dh lama yg x settle2
Quote Normabaru 9-11-2021 08:34 AM
Jap kpdnhep ni gila ke apa


sejak bila costing kena justified.. i hope owner tu pasang lawyer la ye.. ni mcm tgh set up nk charge for offence sambil2 korek cp500 hehe

Terima kasih Kak limah gelang!winkwink
Quote Rdizz 9-11-2021 08:43 AM
Caj gila2 mahal nk cekik darah, memang nk ambik kesempatan

KPDNHEP - memang menjaga hak pengguna, elok tu ambik tindakan
Quote makadek 9-11-2021 08:51 AM
ayukpingu replied at 9-11-2021 08:19 AM
mangsa kebanyakan memang berduit...sebab memasing expect dlm bil paling mahal pun 600-700.
owner ta ...

Betul tu cust yg p majority berduit
Mcm kakak aku pn pernah makan kt sana 1.7k
Dia tk bising sbb dh deal elok2 nak lak kakak aku ni particular aka cerewet...dia p tgk betul2 ikan
Cek harga gitu gini pastu proceed
Mmg tak nafi dia sendiri ckp mahal .... Kalau kt bawah separuh harga jah
Tpi itu pilhan dia ...kannnnn
So sama2 ok

Tak kalut..
Quote ninja9 9-11-2021 09:03 AM
Baguslah KPDNHEP dah mulai tunjuk dia ada sebenarnya, dan dia sebenarnya masih hidup.

Cara suruh tunjuk kos operasi ni antara lain nak pressure pekedai tulah, .. tak sure ada ruang untuk kenakan tindakan tak kalau didapati sebenarnya ada perbezaan besar antara kos operasi dengan keuntungan, itu pun kalau point itu yang mereka cari.

...tetapi adakah sebenarnya salah menjual barang dengan harga yahudi? .. kalau bukan harga kawalan, bukankah penjual akan rugi kalau dia menjual dengan harga mahal kerana tak ada yang nak beli, imej perniagaan buruk, persaingan, kehilangan pelanggan tetap, kerugian, bangkrap, kerosakan bahan mentah  ... maka jika dia nak bisnes berterusan dia perlu jual dengan harga kompetitif. ..

Jadi berapa pun dia nak jual, sepatutnya tak ada hal..  kalau kita tengok banyak sahaja restoran yang jual mahal beratus, beribu seperti restoran si tukang tabur garam . .. tanpa ada isu

.. hmm.. tetapi mungkin ramai yg rasa terpedaya bila nampak rupa restoran macam tempat pelarian (pinjam istilah forumer ) tetapi charge harga seperti tempat hotel ekslusif tempat jutawan-jutawan makan kan, dengan piring2 semua berkilat disalut emas takkan restoran spt kandang pun charge spt itu ... rasanya itu pun ada benarnya jugak..

.... jadi dengan mengambil kira tak semua ada pemikiran kritikal atau mahu berfikiran kritikal sepanjang masa, orang bercuti ni kan nak bermalas-malas tak ada masa nak congak-congak harga... .. maka cadangan ada sistem diletak di setiap restoran diseluruh negara untuk kenal price range jualan restoran itu ada baiknya...

contoh kalau sistem tu guna warna, katalah warna merah tunjuk price range boleh jual rm500 satu hidangan, maka bila kod merah ditampal di restoran serupa kandang kambing maka kita tahu bahawa restoran itu ada kemampuan untuk keluarkan masakan melebihi hotel ekslusif... hahahah


Quote namr 9-11-2021 09:07 AM
Kpdn baru bangun tido lettew
Quote KamikuP 9-11-2021 09:11 AM
Ikan siakap kat AEON RM8.70 seekor.
Kalau 115 ekor = RM1,000.50
Upah masak = RM5.00 seekor
Jumlah : (115 x RM5.00) + RM1,000.50 = RM1,575.50
Ok tak calculasi meolls nih utk 10 org makan?
Quote coco 9-11-2021 10:48 AM
kedai kedai macam ni selalunya perangkap pelanggan dengan harga 100 gram.  RM18/100gram.   sekali imbas mmg nampak la harga mcm di pasar.   kalau KG.  mampus la RM180.   GILA KE APA.  Dalam Islam pun tak boleh amik untung yang melampau
Quote rospinki 9-11-2021 10:49 AM
memang betul tapi ada unsur penyalahgunaan atau tidak telus dalam perniagaan. mengambil kesempatan pada pelanggan. sila saman didbawah akta pencatutan harga.
Quote degurlz 9-11-2021 10:55 AM
Yg paling penting tolong jgn benarkan resit tulis  tgn..terlalu tidak rasmi..must be proper resit utk audit
Quote kelip2_07 9-11-2021 10:57 AM
bkn dia nie sorang jer kn magsa dia?rsnye ade gak yg lain kena..air pn mhl
Quote DayangKirana 9-11-2021 11:05 AM
mesti dia menyumpah2 customer tuh..tak pasal2 kena justify..
dah lama dia buat gitu, baru la ni viral seantero benua..
Quote watie79 9-11-2021 11:24 AM
yeayyy...padan muka muka tokei kedai kedai kau kalau herlok mmg auto org tau mahal mcm hotel tuh..ini konsep kedai mcm kedai pelarian motif mahal ?? makan king crab pon tak semahal itu
Quote jahcomel 9-11-2021 11:27 AM
watie79 replied at 9-11-2021 11:24 AM
yeayyy...padan muka muka tokei kedai  kedai kau kalau herlok mmg auto org tau mahal mcm hotel t ...

kerusi plastik pinggan plastik jug plastik...rege makann yahudi
Quote watie79 9-11-2021 11:31 AM
jahcomel replied at 9-11-2021 11:27 AM
kerusi plastik pinggan plastik jug plastik...rege makann yahudi




Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.066478 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top