CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Myanmar Parah Cederakan Diri Sendiri

9-11-2021 07:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1868| Komen: 8

Description: Penduduk yang tinggal di Jalan Pelantar, Pantai Remis gempar apabila lelaki warga Myanmar tiba-tiba mengamuk dan mencederakan diri sendiri sehingga parah pagi semalam.
Penduduk yang tinggal di Jalan Pelantar, Pantai Remis gempar apabila lelaki warga Myanmar tiba-tiba mengamuk dan mencederakan diri sendiri sehingga parah pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, Balai Polis Pantai Remis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 10 pagi memaklumkan terdapat seorang lelaki mengamuk di sebuah rumah berdekatan dengan sebuah tokong berhampiran dengan kilang ikan di situ.


LELAKI warga Myanmar yang mengamuk dan bertindak agresif ditangkap dengan bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air di Pantai Remis hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK

“Suspek berumur 37 tahun, bekerja sebagai nelayan dikatakan sedang mengamuk, membaling batu, memecahkan cermin rumah serta bertindak agresif sambil memegang besi dan mencederakan dirinya sendiri,” katanya.


Menurut Nor Omar, suspek berjaya ditangkap dengan bantuan pihak bomba menggunakan pancutan air dan pemeriksaan mendapati lelaki itu tiada dokumen perjalanan yang sah.

Jelasnya, suspek dibawa ke Klinik Kesihatan Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan lanjut dan didapati mengalami kecederaan parah di bahagian pergelangan tangan kanan. 

“Buat masa ini, kes disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun atau denda maksimum RM10,000 dan boleh dikenakan sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu,” jelasnya.

Menurut beliau, setakat ini, punca kejadian masih belum dikenal pasti dan polis akan mendapatkan maklumat lanjut daripada majikan dan rakannya.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya yang tiba di tempat kejadian mendapati seorang lelaki mengamuk di rumah sewanya di tingkat dua dengan memegang sebilah parang.

“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis kemudian membuat semburan air terhadap lelaki itu bagi memudahkan operasi penangkapan dilakukan oleh pasukan polis,” katanya.

Beliau memberitahu operasi diketuai Komander Operasi Mohd Akmal Hussin itu tamat sepenuhnya pada pukul 12.30 tengah hari. 


Sumber: UTUSAN ONLINE 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jazaa100 9-11-2021 11:14 AM
Mabuk le tu...
Dah lah xde dokumen, berani mmgamuk pulak
Quote Artemesiaa 9-11-2021 11:43 AM
Buat onar kat negara orang siapa suruh kan dah mendapat
Quote Trumpettt 9-11-2021 11:48 AM
Hantar balik...
Quote KamikuP 9-11-2021 03:15 PM
Mabuk ketum ke?
Quote _blackbird 9-11-2021 03:26 PM
mabuk ke? ke ada masalah mental kronik. aku suka ikut org gi jumpa bomoh sebab aku suka tgk trick bomoh temberang dengan bomoh relevant, pernah skali aku join kawan aku jumpa bomoh regular dia then ada 2 org foreigner ni dtg dia bgtau sorg tu kena gangguan mahkluk halus, selalu dengar suara2 bisik kat dia suruh buat itu ini pukul 2-3 am then dia ckp dia selalu rasa mcm ada org perhatikan dia bla bla bla nampak bayangan lagi aku pon lupa . then bomoh pon mulakan rawatan, aku curi2 dengar bomoh tu bilang budak tu ada masalah mental suruh dptkan rawatan kat rumah sakit jiwa dia tak dpt nak tolong sebab bukan pasal gangguan hantu ke setan
Quote whimsicalmusic 9-11-2021 04:15 PM
Suspek dia..mangsa pn dia
Quote kelapaparut 9-11-2021 04:18 PM
nak kate rohingya, tp putih..
Quote Decaffeinated 9-11-2021 07:59 PM
kelapaparut replied at 9-11-2021 04:18 PM
nak kate rohingya, tp putih..

ini Myanmar species Aung San Suu Kyi.

Ramai je keje dgn cina.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.051498 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top