CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jutawan Merajuk, Keularkan Semua Duit Dalam Bank

27-10-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4645| Komen: 38

Description: Beijing: Seorang jutawan membuat keputusan mengeluarkan semua simpanannya di sebuah bank selepas berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.
Beijing: Seorang jutawan membuat keputusan mengeluarkan semua simpanannya di sebuah bank selepas berang ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Lelaki itu masuk ke dalam bank, namun tidak dibenarkan pengawal keselamatan, kerana dia tidak memakai pelitup muka.

Lelaki dikenali sebagai Sunwear itu kemudian dilaporkan mengeluarkan simpanannya di sebuah bank di Shanghai dianggarkan berjumlah 5 juta yuan (kira-kira RM3.2 juta).


Foto:Agensi


Itu adalah jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan dan jutawan itu bercadang akan pergi ke bank berkenaan setiap hari bagi mengeluarkan simpanannya.


Setiap kali pengeluaran dibuat, kakitangan bank perlu mengira setiap wang berkenaan secara manual.

Dalam video yang tular di laman sosial menunjukkan jutawan itu berang dengan layanan yang diterima daripada bank berkenaan.

Lelaki itu menuduh kakitangan bank tidak mempunyai sikap yang baik ketika melayan pelanggan sedangkan dia menyimpan jumlah wang yang banyak.

"Disebabkan tindakan itu, saya akan keluarkan semua wang dan menyimpannya di bank lain," katanya.

Video yang tular juga memaparkan wang yang banyak dimasukkan ke dalam beg dan dibawa masuk menaiki limosin.

Hantaran video itu menyebabkan pengikutnya meningkat menjadi 1.7 juta.

Dua pekerja bank mengambil masa dua jam untuk mengira semua wang yang dikeluarkan.

Bank berkenaan memaklumkan tiada seorang pun kakitangan mereka yang melakukan perkara didakwa jutawan terbabit.

"Pelanggan itu mengharapkan perkhidmatan kewangan yang sangat tinggi," lapor bank berkenaan.

Pengurus bank berkenaan berkata, jutawan berkenaan menjadi marah hanya disebabkan ditegur untuk memakai pelitup muka.

Namun sehingga kini, masih tidak diketahui sama ada semua wang di dalam akaun lelaki itu sudah dikeluarkan dari bank berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 27-10-2021 01:49 PM
Iqbal.. macam ni baru betul. Baru boleh percaya u kaya...walaupun nampak buduh sikit la sebab tak pakai online transfer.
Quote musangbodoh 27-10-2021 01:52 PM
x power lh bank sana ader max limit...cuba dtg mesia...mesti terkejut nye
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:52 PM
So boleh laa bagi sikit duit kat iol?
Quote missus_meow 27-10-2021 03:11 PM
bila jutawan merajuk .... respon bank?
Quote ayukpingu 27-10-2021 03:42 PM
org sini kalau merajuk, dia tikam duit..sambil berkata "perlu ke saya nak tunjuk semua ni, baru percaya sy kaya??perlu ke!??"
haa gitewww
Quote nononcrux 27-10-2021 04:08 PM
tunggu masa kena rompak.. padan muko
Quote Artemesiaa 27-10-2021 04:17 PM
Baguslah bertindak macam tu tak perlu hadap pada satu bank tu je kalau banyak sangat songehnya banyak je bank lain berbesar hati nak terima wangnya tu.  Kalau ramai yang bertindak macam tu mau tutup cawangan jadinya.
Quote edoraixora 27-10-2021 04:27 PM
pening pala nak melayan karenah jutawan2 nih
tak pakai mask je pun, ikut aje lah peraturan yg dh ditetapkan
ni macam kes dior klcc tu, acah2 privillege sangat
Quote syaz_lina 27-10-2021 04:38 PM
Hambik ko bank..kan dah rugi tak dpt rolling interest
Quote glump 27-10-2021 04:40 PM
Ada kawan tu ..marah ngan tbh haji ..keluarkan duit dia 250k Dr situ  transfer ke akaun bank lain. Tapi tbg haji Tak boleh execute  ..sebab kesilapan tabung haji bukak akaun Tak sama dengan ic pemilik .yg best orang yg bukak akaun pemilik tu dah jadi pengurus cawangan Masa tu. Kecoh lah kat Hq. ..dengar cerita pengurus tu retire awal. Now tbg haji had pengeluaran 30K  sehari.
Quote matamata 27-10-2021 04:58 PM
Rugi woo bank cawangan tersebut
Quote edayildiz 27-10-2021 05:05 PM
siannnn..nak tegur tengokk dulu kalau marhaen takpe
Quote Adrif 27-10-2021 07:12 PM
tak paham

hanya kerana sebab dia jutawan, dia berduit,
automatik apa dia buat tu, betul di mata orang ke??

dekat 3 tahun Bumi di landa covid.
face mask adalah satu norma sekarang di tempat awam.
sanitizer lagi. scan suhu lagi.

3 tahun encik. hampir 3 tahun.
masih benak lagi kah nak kena tegur, "Encik, facemask tak pakai, tak boleh masuk."
security tu cuma buat kerja dia ja,
bukan dia tau sapa customer yang masuk bank untuk berurusan tu.
lain la kalau dia pakai nametag, 'Biggest shareholder', atau, 'VVIP Customer'.
haaa, baru security tu keluarkan kotak emas, pakai glove, serahkan facemask premium dari pihak bank, untuk mereka.

apa guna kaya harta
miskin akhlak
miskin akal

kang kena covid, ko tabur la duit macam hujan sekalipun
akhirnya kiok jua
Quote chazey 27-10-2021 08:07 PM
Kenapa kau orang sokong perbuatan takda adab takda akhlak jutawan ni? Birds of the same species?
Quote trexxxxxi 27-10-2021 08:35 PM
Urmm kenapa pokcik tu takmau pakai face mask?
Quote Cik_jantung 27-10-2021 08:57 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:34 PM

..........
Quote fortiori13 27-10-2021 09:10 PM
edoraixora: pening pala nak melayan karena ...

Itulah, ikut je la sop kan.
Quote Suchi 27-10-2021 10:21 PM
Pastu simpan kat mana lak duit bebanyok tu? Ko boleh je kan online transfer ke tak boleh kalau bebanyak cam tu nk pindah ke akaun bank lain?
Quote Suchi 27-10-2021 10:22 PM
Adrif replied at 27-10-2021 07:12 PM
tak paham

hanya kerana sebab dia jutawan, dia berduit,

3 tahun? Bukan ke baru nak masuk 2 tahun.
Bulan 11/12 ni genap 2 tahun.
Sbb kes mula dikesan penghujung 2019 camtu.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.172951 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top