CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salah Mahu Gaji RM2.85 Juta Seminggu

27-10-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2272| Komen: 10

Description: London: Mohamed Salah mahu menikmati gaji lumayan £500,000 (RM2.85 juta) seminggu untuk terus kekal di Liverpool, menurut laporan media hari ini.
London: Mohamed Salah mahu menikmati gaji lumayan £500,000 (RM2.85 juta) seminggu untuk terus kekal di Liverpool, menurut laporan media hari ini.

Penyerang sensasi Mesir itu meningkatkan tekanan ke atas pemilik Fenway Sports Group (FSG) minggu lalu dengan menegaskan dia mahu menamatkan kariernya di Anfield.

FSG yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyedari mereka bukan hanya bakal menjadikan Salah, 29, pemain bergaji paling banyak dalam sejarah kelab malah antara yang berpendapatan paling tinggi di dunia.


Foto: AFP

Dipercayai wakil Salah, Ramy Abbas mahu kontrak £500,000 seminggu untuk penyerang itu dan dia membayangkan berhak mendapat apa yang dihajatinya menerusi jaringan hatrik ketika membelasah Man United 5-0 pada Ahad lalu.


Ia perlawanan ke-10 berturut-turut menyaksikan Salah menembusi gawang lawan untuk jumlah keseluruhan 15 jaringan dalam 12 perlawanan.

Tumpuan kini terarah ke Boston untuk melihat sejauh mana kesanggupan mereka mengekalkan Salah yang dianggap pengendali, Jurgen Klopp pemain terbaik di dunia.

Rundingan di antara Liverpool dan bintang Mesir itu masih berjalan dengan kontrak sekarang tamat 2023.

Awal tahun ini, Liverpool bersetuju melanjutkan kontrak rakan sepasukan Salah seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker, Jordan Henderson, Fabinho, Trent Alexander-Arnold dan Andrew Robertson. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matamata 27-10-2021 01:43 PM
Letakla currency rupiah lain kali... Barula nampak besar jumlah duit tu
Quote nakkomenjugak 27-10-2021 01:53 PM
Salahhhh ni
Patut iol yang dapat gaji banyak tu
Heheehhe
Quote musangbodoh 27-10-2021 01:54 PM
errr...negara j###r xnk amik ke??
Quote axl_bach 27-10-2021 02:06 PM
Jika mahu gaji rm2.85 juta seminggu itu salah,  yg betulnya berapa?
Quote Skuau 27-10-2021 02:25 PM
matamata replied at 27-10-2021 01:43 PM
Letakla currency rupiah lain kali... Barula nampak besar jumlah duit tu

safee sali pernh dapat gaji 87 juta seminggu di Indonesia....
Quote kemaruk 27-10-2021 03:15 PM
axl_bach replied at 27-10-2021 02:06 PM
Jika mahu gaji rm2.85 juta seminggu itu salah,  yg betulnya berapa?

teringat bangkem netizen melenting bila ada gambar dengan caption "salah bergambar dengan pokok krismas" hahahhaahha
Quote Cik_jantung 27-10-2021 08:59 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:34 PM

..........
Quote Cik_jantung 27-10-2021 09:00 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 02:33 PM

..........
Quote DubaiChiller 28-10-2021 12:34 AM
Excellent article, thank you for sharing this amazing information
Quote KamikuP 28-10-2021 03:04 PM
Tak salah SALAH mintak gaji sebanyak itu sebab salah betul bukan salah lagi

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.121553 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top