CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Tahan Sakit 36 Jam, Amir Floor88 Setuju Pembedahan Sambut Anak Sulung

28-10-2021 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3071| Komen: 9

Description: Selepas 36 jam menahan sakit akibat kontraksi, akhirnya isteri kepada pemain gitar kumpulan Floor88, Amir iaitu Zarith Shawara selamat bersalin anak sulung mereka.
Selepas 36 jam menahan sakit akibat kontraksi, akhirnya isteri kepada pemain gitar kumpulan Floor88, Amir iaitu Zarith Shawara selamat bersalin anak sulung mereka.


Menurut Amir atau nama sebenar Amirul Affeq, 30, isterinya itu melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 9 malam, Selasa.

Foto: IG


"Alhamdulillah selepas menahan sakit sejak Isnin akhirnya isteri selamat lahirkan anak sulung kami. Bayangkan 36 jam dia menahan sakit nak bersalin tapi masih belum ada jalan untuk baby keluar, akhirnya doktor mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan.

"Demi keselamatan isteri dan anak, kami bersetuju pembedahan dilakukan. Memang sedih sangat sebab tak dapat nak teman isteri sakit seorang diri dalam bilik bersalin. Sepanjang tempoh menunggu itu, saya hanya setakat dapat buat video call dan jumpa lima minit sebelum pembedahan.

"Isteri pun tak sihat sebab beberapa hari sebelum masuk hospital, dia diserang demam campak atau chicken pox. Tapi Alhamdulillah lepas makan ubat sekarang ini keadaan dia semakin baik cuma belum boleh sentuh baby lagi, saya pun petang ini baru dapat jumpa baby," katanya kepada mStar.



Sementara itu, Amir berkata kesukaran isteri melahirkan cahaya mata sulung mereka ini benar-benar membuka matanya untuk lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

"Tengok sendiri sakit yang isteri tanggung baru saya sedar pengorbanan seorang ibu. Kita sebagai lelaki tak boleh nak balas betapa besar jasa ibu melahirkan kita.

"Mereka bertarung nyawa semasa bersalin. Pengalaman pertama ini menjadikan saya lebih menghargai ibu dan isteri. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar dan kedua-duanya sihat,” ujarnya.

Ditanya mengenai nama anak lelakinya itu, Amir berkata dia dan isteri sudah mempunyai beberapa pilihan nama.



Amir bagaimanapun masih belum memutuskan nama yang akan digunakan untuk bayi berkenaan.

"Nama dah ada... kami dah senaraikan beberapa nama tapi tunggu isteri dah sihat nanti kita bincang semula.

"Pilihan nama itu kami berdua yang beri, kalau dah capai kata sepakat nanti kami akan umumkan nama putera sulung kami ini,” katanya.



Amir berkahwin dengan Zarith pada 26 Disember tahun lalu selepas empat bulan mengikat tali pertunangan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 28-10-2021 09:03 AM
Nandung tp bodi lawa
Quote prince_marhaen 28-10-2021 09:15 AM
Walaupun whoareyusss, i tetap nak ucapkan, tahniah u'ols...semoga semuanya sihat-sihat, dan selamat berpantang...btw, nama baby letak biasa-biasa je tau u'ols, tak perlu pan-asian telenovela sangat okay.
Quote takayama 28-10-2021 09:17 AM
tahniah, xtaw pun dia dah kawen tup2 dah ada baby
Quote 3chanceno 28-10-2021 10:18 AM
Tahniah.....
Quote nakkomenjugak 28-10-2021 12:43 PM
Whoisyuhhhhhhh
Congrats btw
Quote Tokeybundle 28-10-2021 02:17 PM
Tahniah
Selamat berpantang
Quote imanjannah 28-10-2021 02:37 PM
alhamdulillah tahniah
Quote TeropongThaico 28-10-2021 04:36 PM
Alhamdulillah. Moga jd anak yg soleh.
Ngamdung tp body lawa. Mudah la nak dpt bentuk asal blk nnt.
Jeles mak nyahhh
Quote trexxxxxi 28-10-2021 06:06 PM
Ai nak whoayus gak tapi dah biaser nampak nama group ni di BodGos khuens

Tahniah dapat baby. Selamat berjaga malam

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.044645 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top