CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota Bomba Maut Ketika Selamatkan Mangsa Banjir

21-10-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2653| Komen: 37

Description: Seorang anggota bomba lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka, petang Rabu.
Seorang anggota bomba lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Melaka, petang Rabu.

Dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kubu itu sedang dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa banjir apabila dia tiba-tiba pengsan.


Foto: Utusan Malaysia

Utusan melaporkan bahawa anggota itu tersangkut dalam aliran deras air banjir, sebelum kira-kira lapan anggota bomba bersama 10 penduduk kampung lain menyelamatkannya.

Mangsa banjir tersebut juga berjaya diselamatkan.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka ketika dihubungi memberitahu, anggota tersebut dalam keadaan selamat, namun belum sedarkan diri. - CARI

Sumber: Utusan Malaysia


KEMAS KINI

Melaka – Anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini petang semalam disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, awal pagi tadi.

Allahyarham Mohd. Diya Che Jusoh, 46, yang merupakan Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.11 pagi tadi.

Berita dukacita itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Bakar Katain dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd. Diya Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada pukul 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga JBPM Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden tersebut,” katanya. CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote arasham 21-10-2021 08:04 AM
Dah meninggal pukul 3 pagi tadi.. sumber BH online
Quote imanjannah 21-10-2021 08:14 AM
salam takziah...
Quote naina 21-10-2021 08:17 AM
Takziah..musim tengkujuh dah start..takyahla main air luar.
Quote makneng 21-10-2021 08:18 AM
Innalillahiwainnailaihiraji'un.
Quote Mizlyn 21-10-2021 08:20 AM
Innalillah..salam takziah.. Semlm tgk video ..tp x faham.. Cuma nmpk derang jerit2 minta tolong..
Quote bakingsoda 21-10-2021 08:25 AM
innalillahi wainnailaihi raajiun, semoga ditempatkan dikalangan yg beriman~ meninggal nak selamatkan nyawa orang lain.
Quote Mini.Me 21-10-2021 08:38 AM
Allahu...malam tadi baca dia dah sedar...ingatkan terus ok...

Innalillahiwainnailaihirajiun...takziah tuk family
Quote babelina 21-10-2021 08:40 AM
Allah.. moga roh nya dicucuri rahmat.. amin yra... takziah utk family
Quote nora_balqis 21-10-2021 08:47 AM
takziah utk family arwah..tengok video smlm..kesian. meninggal sbb nak selamatkan org.moga mendapat balasan
Quote xtahumenahu 21-10-2021 08:53 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun..takziah buat keluarga arwah...moga ditempatkan dikalangan hambaNya yg soleh
Quote Cpkay 21-10-2021 09:01 AM

Innalillahiwainnailaihirajiun. dalam video tu mmg nampak air deras sangat.. takut tengok
Quote Minami2013 21-10-2021 09:06 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.. moga arwah ditempatkan dengan para solihin
Quote yururi 21-10-2021 09:09 AM
Allah kesiannya.. Innalillah. Semoga syahid tempatnya
Quote RedEshah 21-10-2021 09:13 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un~
Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh.
Quote Nenolen 21-10-2021 09:15 AM
Arwah kena heart attack ka...innalillah...
Quote RinIna 21-10-2021 10:04 AM
Mizlyn: Innalillah..salam takziah.. Semlm tgk video ..tp x faham.. Cuma nmpk derang jerit2 minta tolong..


Ada nampk video arwah dah terbaring dekat air yg deras tu tp mungkin bdan arwah dh diikat dgn tali arwah x dihanyutkan. Kawan dia nmpk terus pnggil penyelamat.
Quote RinIna 21-10-2021 10:05 AM
Innalillahiwainnailahirojiun... Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan berada di sisi Allah.. Aamiin
Quote prettyuglybabe 21-10-2021 10:08 AM
kasihannya.. takziah..
Quote mejaputih 21-10-2021 10:11 AM
adakah kena heart attack semasa sesi menyelamat? salam takziah... byk pahala cuba selamatkan org lain.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070786 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top