CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduh Isteri Curang, Suami Mati Ditikam Dengan Payung

21-10-2021 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1651| Komen: 15

Description: Seorang lelaki berusia 45 tahun mati dipercayai ditikam isterinya dengan menggunakan payung.
Seorang lelaki berusia 45 tahun mati dipercayai ditikam isterinya dengan menggunakan payung.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed berkata polis telah menemui payung yang digunakan untuk menikam mangsa.


Suspek dikatakan menikam mangsa di bahagian perut apabila mangsa cuba menyerang isterinya menggunakan gunting dalam kejadian di rumahnya di Kampung Laksamana di Batu Caves pada pukul 11.30 malam Selasa.


Gambar Hiasan

"Pergaduhan bermula apabila mangsa menuduh isterinya curang.

"Mangsa kemudian mengambil gunting dan cuba menyerang isterinya namun dia menggunakan besi pada payung untuk menikam mangsa," katanya pada Rabu.

Wanita berusia 26 tahun itu telah ditahan.

"Dia ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan. Kami juga merampas senjata yang digunakan untuk menikam mangsa." katanya.

ACP Zainal Mohamed meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superitendan I. Agilan di talian 03-61622222 atau 019-5230801. -CARI

Sumber: mStar/ The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 21-10-2021 08:12 AM
Apa pasal banyak kes sekarang suami tuduh isteri curang je
Quote spankee_fili 21-10-2021 08:18 AM
naina replied at 21-10-2021 08:12 AM
Apa pasal banyak kes sekarang suami tuduh isteri curang je


Kalau perasan kat malaysia ni memang bermusim kesnya
Kalau ragut, semedang kes ragut je macam jenayah lain takde
Satu kes rogol timbul, berderet2 cerita rogol sana sini macam berlumba
Sekarang ni trend curang kot
Dok pkp takleh ke mana, 24jam tengok muka laki bini maka menyampah dengan pasangan masing gamaknya

Kes ni, bini boleh terlepas ke atas alasan pertahankan diri?
Quote nononcrux 21-10-2021 08:31 AM
kuat tu tikaman payung.. bangsa apa ni
Quote edayildiz 21-10-2021 08:54 AM
mcm deejavu jah kat batu caves gak..i rasa yindia la kalau gaduh gini
Quote pejol 21-10-2021 11:26 AM
laki 45 bini 26...mesti ade plot twist nye ahhhh
Quote Artemesiaa 21-10-2021 11:31 AM
Makin ganas kes pembuhunan sekarang ni
Quote squeeze 21-10-2021 02:19 PM
fuh ganas betol bini nye, pakai payung pon boleh bunuh
Quote slyfynx 21-10-2021 02:28 PM
Format font forum ni still x boleh betulkan walaupun dah update.
Tiap kali ade ayat bermula P huruf besar je die tukar jadi emoji gelak tu.
Sakit pulak hati tgk

Jap, nk test ape yang jadi punca die jadi emoji

"erhatian"
erhatian:

BTW, untuk x OT, besi pada payung tu means hujung payung kat atas tu ke?
Quote albedah 21-10-2021 02:32 PM
Laki dia tua... Bini dia muda... Laki dia jelesss
Quote Decaffeinated 21-10-2021 02:46 PM
aku ada komen thread ni smlm

https://b.cari.com.my/forum.php? ... page=1#pid150018851

Quote orkidorkido 21-10-2021 07:31 PM
Solid payung dia, payung aku kena angin kipas pun tercabut satu satu
Quote stingercharm 21-10-2021 07:35 PM
edayildiz replied at 21-10-2021 08:54 AM
mcm deejavu jah kat batu caves gak..i rasa yindia la kalau gaduh gini

Melayu pakai C4.....biar takda bentuk rupa manusia  langsung leburnya...

Kheunz?

Melayu la katakheunz

Kahkahkahkahkahkah
Quote nakkomenjugak 24-10-2021 10:21 AM
Payung apa sheol pakai
Fuhhhh selalu dalam movie jahhh
Quote kucim 25-10-2021 11:20 PM
Elok la suami dah innalillah...isteri masuk ke lokap sebab nak pertahankan diri

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.302793 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top