CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Sukan Lihat artikel

Jangan guna pemain JDT wakili Harimau Malaya - TMJ

18-6-2015 11:46 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 13732| Komen: 0

Description: Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.

sumber foto : www.johorsoutherntigers.com.my


Semalam, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.


Menurut laporan Bernama, baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian berikutan ada pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk pada kejohanan bola sepak antarabangsa.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, semalam.  


sumber foto : www.johorsoutherntigers.com.my


Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan,  beraksi pada perlawanan menentang Palestin yang menyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.

Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Putera Nadher Amarhan yang mengalami kecederaan.

Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6, malam tadi.

Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 3 September dan Arab Saudi (8 September). - CARI Infornet


Sumber : BERNAMA


3

Bagus
10

Marah

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:19 PM GMT+8 , Processed in 0.205990 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top