CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kereta Terbakar: Vanidah Imran Selamat Namun Trauma

18-6-2015 11:38 AM| Diterbitkan: CMFreporter2| Dilihat: 12261| Komen: 43

Description: Pelakon Vanidah Imran dilaporkan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbakar berhampiran plaza tol Sungai Besi.
Oleh Adib Za

Pelakon Vanidah Imran dilaporkan mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandunya terbakar berhampiran plaza tol Sungai Besi.

Vanidah yang memandu sendiri kenderaannya hanya menyedari enjin keretanya berasap selepas diberitahu oleh pemandu lain.

Kereta jenis Mini Cooper itu kemudian terbakar hampir keseluruhannya, namun Vanidah dilaporkan selamat, tetapi masih dalam keadaan trauma.

(Sumber foto: Ondscene)


Menurut laporan Mstar online, Vanidah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjalani penggambaran drama di Serdang.

Suaminya yang dihubungi portal berkenaan berkata,

"Alhamdulillah isteri saya selamat biarpun dia sedikit trauma dengan kejadian itu. Syukur dia sempat keluar daripada kereta apabila bahagian enjin kereta berkenaan tiba-tiba terbakar.


"Vanidah hanya menyedari perkara itu selepas ada pemandu lain memberitahu enjin keretanya berasap sebelum dia berhenti di bahu jalan untuk menyelamatkan diri," katanya.

Pasangan suami isteri ini berterima kasih kepada pihak bomba dan Plus kerana kecekapan menangani insiden tersebut dan memastikan Vanidah selamat.

Kenderaan tersebut merupakan hadiah kemenangan pasangan tersebut sempena menjuarai pertandingan Sehati Berdansa pada tahun 2007. - CARI Infonet

10

Bagus
17

Marah
13

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (87 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 18-6-2015 02:34 AM
Kemalangan then terbakar kah...atau tgh syok2 drive terbakar..
Quote toxicated 18-6-2015 02:49 AM
Mini cooper ni menang berdansa kan ke mmg dh pakai ni.hrp semua ok.kete takpe dpt claim total lost..
Quote miabebe 18-6-2015 05:18 AM
Uiks wat hepen tu...
Quote Kak-Leen 18-6-2015 05:36 AM
CrowneGlory replied at 18-6-2015 02:34 AM
Kemalangan then terbakar kah...atau tgh syok2 drive terbakar..

Kemalangan dan terbakar CG..
Quote daiman 18-6-2015 06:40 AM
Selamat tak de pape.tapi mesti fobia kesudah
Quote watachiwa 18-6-2015 07:29 AM
Tuhan masih bagi peluang..Alhamdulillah
Quote reenz013 18-6-2015 07:37 AM
seb baik selamat
Quote shityfans 18-6-2015 07:43 AM
nasib baik  selamat....alhamdulillah
harap2 dia sorang laa, takde bawak anak2
Quote milot 18-6-2015 07:51 AM
Bca kat BN rmi komen psl kete MC nih.worlwide ad kes terbakar cenggini.faulty electrical @ engine component. Vanidah drive sgsporag blik dr lokasi shooting. Husband dia bgtau dia ok cuma trauma. Sekian repotan dr sya
Quote lavender_aqua 18-6-2015 07:51 AM
toxicated replied at 18-6-2015 02:49 AM
Mini cooper ni menang berdansa kan ke mmg dh pakai ni.hrp semua ok.kete takpe dpt claim total lost..
Kereta yang dipandu Vanidah Imran itu dimenangi ketika beliau dan suami menjuarai pertandingan Sehati Berdansa musim pertama yang disiarkan stesen Astro pada tahun 2007.
quoted from nara


ada gak baca komen kat fb semalam, mini cooper tu menang berdansa

Quote zulka 18-6-2015 08:21 AM
huhuhu..habis hadiah kemenangan...
Quote haryatie 18-6-2015 08:24 AM
Alhamdulillah..
yg penting diri sendiri selamat..
Quote DayangKirana 18-6-2015 08:29 AM
mujur sempat selamatkan diri..
Quote kurga 18-6-2015 09:07 AM
tadi baca ingat km370... rupanya km307... mcm trauma lak angka tu..kereta mewah pon lum tentu safety nyer... ker x servis langsung keta..
Quote irdina 18-6-2015 09:17 AM
alhamdulillah selamat...
Quote kecimpret 18-6-2015 09:20 AM
mana ada kemalangan..tetiba keta dia terbako..sib baik sempat benti
Quote itams 18-6-2015 09:28 AM
syukur vanidah selamat..
bahaya juga kereta terbakar gitu
Quote budak_gemuk91 18-6-2015 09:30 AM
alhamdulillah...Allah bg peluang bjumpa Ramadhan...
Quote sgbuloh 18-6-2015 09:31 AM
lepas terbakar terus jadi warna putih yer?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.222468 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top