CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Dollah Salleh Perlu Jawab - Tengku Abdullah

18-6-2015 12:20 PM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 4998| Komen: 0

Description: Tengku Abdullah juga berkata kekalahan itu juga menyebabkan laluan pasukan bola sepak negara untuk mara semakin sukar, meskipun secara realistiknya peluang itu masih ada.

sumber foto : http://mediaterjah.com/


Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh perlu memberi jawapan terhadap prestasi memalukan pasukan negara yang kecundang 6-0 kepada Palestin pada perlawanan kedua Kumpulan A, kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata selaku jurulatih, Dollah bertanggungjawab terhadap pemilihan pemain, yang berakhir dengan kekalahan yang tidak boleh diterima.

Tengku Abdullah menambah prestasi buruk skuad negara itu juga akan dibincangkan pada 'post mortem' dalam jawatankuasa yang akan diketuai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak Belia Negara, Datuk Mokhtar Ahmad.


Mengulas jika akan berlaku rombakan pada skuad Harimau Malaya, Tengku Abdullah berkata perkara itu terpulang kepada jawatankuasa teknikal selepas kaji selidik selesai.

Tengku Abdullah juga berkata kekalahan itu juga menyebabkan laluan pasukan bola sepak negara untuk mara semakin sukar, meskipun secara realistiknya peluang itu masih ada.

Baginda juga tidak menolak kemungkinan akan berundur dari menerajui FAM jika prestasi Harimau Malaya tidak dapat diperbaiki, memandangkan baginda menetapkan Malaysia layak beraksi ke Piala Asia 2019 sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) peribadinya.

Malaysia akan meneruskan kempen kelayakan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Sept ini.- CARI Infonet


Sumber : BERNAMA


  
8

Bagus
3

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 03:13 AM GMT+8 , Processed in 0.350077 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top