CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bermalam Di Penjara Sebab Tak Nak Tinggal Anak Di Hospital

15-10-2021 12:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1886| Komen: 13

Description: Seorang wanita dipenjara sehari gara-gara tidak mahu keluar dari hospital kerana ingin menemani anaknya yang menjalani pembedahan otak.
Seorang wanita dipenjara sehari gara-gara tidak mahu keluar dari hospital kerana ingin menemani anaknya yang menjalani pembedahan otak.

Lynn Savage, 70, didakwa menceroboh selepas dia enggan mematuhi waktu melawat yang ditetapkan Hospital UF Health North di Jacksonville.

Kredit foto: Jacksonville Sheriff's Office

“Saya tidak sanggup untuk meninggalkan anak saya yang lumpuh dan tidak tahu bercakap seorang diri selepas menjalani pembedahan otak.

“Doktor juga meminta bantuan saya untuk menenangkan anak ketika dia meronta selepas pembedahan,” katanya seperti dilaporkan New York Post.


Savage memberitahu, dia sudah berada di hospital sejak pukul 6 pagi sehingga waktu melawat tamat pukul 7 malam.


Kredit foto: NYP

Selepas waktu melawat berakhir, wanita itu diarahkan jururawat supaya pulang ke rumah, namun dia berkeras tidak mahu meninggalkan anaknya berseorangan.

Jururawat kemudian memanggil pengawal keselamatan dan cuba memujuk Savage keluar, namun tetap tidak berhasil.

Selepas beberapa jam, akhirnya pihak hospital menghubungi polis dan Savage dibawa keluar dari premis tersebut dengan tangan bergari.

Dia kemudiannya bermalam di dalam penjara selama sehari sebelum dibebaskan.


Kredit foto: NYP

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan, semuanya demi anak saya.

“Biarpun tangan saya bergari ketika keluar dari hospital, tiada apa yang perlu dimalukan,” ujarnya.

Sementara itu, pihak hospital memaklumkan waktu melawat perlu dipatuhi semua pengunjung memandangkan situasi Covid-19 ketika ini.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote keane.somewhere 15-10-2021 12:37 AM
Kasih ibu dibawa ke mati.

Kasih anak pd ibu belum tentu sampai ke hujung nyawa.
Quote Cik_jantung 15-10-2021 07:56 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:07 AM

..........
Quote KamikuP 15-10-2021 08:52 AM
Kerana kasihkan anak sanggup berkorban masuk jel.
Quote gujiwa 15-10-2021 09:14 AM
so dia masuk penjara tetap tak leh jaga anak dia kan.. hurmmmm

Quote Dorotheas 15-10-2021 11:08 AM
Teruk betul pihak hospital... Kalau nenek tu golongan kayangan, mesti siapkan bilik ..
Quote kaedahnya 15-10-2021 09:20 PM
kesiannya dia ????
Quote Supersirap 15-10-2021 10:28 PM
Kasih ibu, sanggup dipenjarakan, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote edayildiz 15-10-2021 10:35 PM
sho sad la..mana satu mak mana satu ank..tp kasih mak bawak ke syurga..i pun time demam denggi dulu my momma teman masa doc nk amik drh jer pun sbb i takut sikit..
Quote batmana 15-10-2021 11:47 PM
Psl kobid ..semua jadi cmni ..tkle salah kn spital juga ..kt sni ada yg masuk ICU..bini sndiri ,mak sndiri pn tkle lawat .
Quote faraway1 16-10-2021 03:46 AM
sebab covid rasanya jika tidak no hal
Quote fefeeling 16-10-2021 06:25 AM
Mana2 pun skang kobid so memang takleh duk dlm wad jaga pesakit.. semoga ahli keluarga kita semua dijauhkan dr ujian sebegini, mesti ralat gila takleh jaga pastu ujung2 inalillah
Quote imanjannah 16-10-2021 01:01 PM
sedih pulak baca.. huhu. ye.. arahan. musim covid ni mmg kena patuhi, walau apa jua keadaan..
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:20 PM
Demi anakkkk...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.457502 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top