CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Diperkosa, Dicekik, Mayat Dihumban Ke Dalam Timbunan Sampah

15-10-2021 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2507| Komen: 11

Description: Texas: Sungguh tragik, seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat bukan saja diperkosa, malah dicekik sampai mati sebelum mayatnya dihumban ke dalam timbunan sampah.
Texas: Sungguh tragik, seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat bukan saja diperkosa, malah dicekik sampai mati sebelum mayatnya dihumban ke dalam timbunan sampah.


Remaja itu, Rosa Isabel MC, 13, terbunuh di bandar Ciudad Juárez, selatan El Paso, Texas, bulan lalu.

Rosa dipercayai diperkosa dan dibunuh tiga rakannya sebelum mayatnya ditemukan dalam keadaan berbungkus dengan cadar serta plastik di sebuah lot kosong pada 30 September lalu.

Foto: The Sun

Punca kematian remaja itu akibat lemas, lapor sebuah agensi berita Mexico, Debate.

Susulan itu, tiga remaja bawah umur ditahan.

El Diario melaporkan tiga remaja itu mengakumembunuh, melakukan serangan seksual serta mencekik Rosa yang lebih dikenali dalam kalangan rakan sebagai Rosita.


Mereka dihadapkan di depan hakim Mariano Moctezuma Castillo, atas pertuduhan membunuh dan rogol, menurut Mahkamah Tinggi Chihuahua.

Mereka ditahan reman sehingga menunggu tarikh perbicaraan.

Dalam pada itu, kes itu membangkitkan kemarahan orang ramai yang menuntut keadilan buat Rosita.

Selepas mayatnya ditemui, keluarga dan rakan berkumpul di gereja Santa María de la Montaña untuk upacara pengebumiannya.

Jasadnya turut dibawa ke sekolahnya untuk penghormatan terakhir.

Pengarah sekolah, Antonio Coronel Sosa juga menasihati ibu bapa supaya sentiasa menjaga keselamatan anak mereka.

"Kepada ibu bapa, bantulah kami untuk menjaga anak-anak anda sebaik mungkin, ini perjuangan sukar dan tidak seimbang," katanya dalam portal The Sun. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saviour_09 15-10-2021 11:28 AM
ganas2 budak2 skrg
Quote cucutokwan89 15-10-2021 11:34 AM
Adakah yg ditahan tu sebaya dgn mangsa? Tragisnya
Quote seri_mawr 15-10-2021 11:37 AM
cantik mangsa.....
kejam betul kawan2 nya..
Quote RinIna 15-10-2021 12:01 PM
Kesian budak girl tu.. cantik plak tu.. kot ya pun suka perlu ke smpai nak bunuh.. bukan manusia dh ni,..
Quote buragazz 15-10-2021 12:20 PM
Ntah bukan ke kat sana ngeseks ni perkara biasa...
Quote manjalara_01 15-10-2021 01:39 PM
Edited by manjalara_01 at 15-10-2021 01:43 PM

Nak jaga mcm mana?? Yg merogol tu kawan umur sebaya..

Ade je kes mmg elok2 kwn dari kecik , zaman remaja couple lepas bile kena dump x bleh terima malu dgn kwn2 terus rancang & sembelih x gf kat rumah die..

Monster ade di mana2... Parents they all mmg kenal each other. Sbb kat England umur 17 tahun dihukum sbg minor je & x pernah ade rekod jenayah konon die budak lg & innocent. What 2 do?? Kalau kat US x mcm tu..
Quote Sheriyar 16-10-2021 05:45 PM
Thank you so much for such a well-written article. It’s full of insightful information. Your point of view is the best among many without fail.For certain, It is one of the best blogs in my opinion.
Mobile Tyres Fitted Reading
Quote Andrew333 16-10-2021 06:10 PM
I'm constantly searching on the internet for posts that will help me. Too much is clearly to learn about this. I believe you created good quality items in Functions also. Keep working, congrats! buy dab wax online
Quote edayildiz 16-10-2021 06:29 PM
kesiannn la arwah bdk lg..oh kt texas chicken sana so xterkejut pun
Quote Andrew333 16-10-2021 08:04 PM
One present why galore businesses opt for postcards is because they are overmuch cheaper to be prefab and this can forbear a lot of expenses on the lengthened run.  Bento lunch box
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:15 PM
Kesiannyaaaa
Brutal sungguh

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.058748 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top