CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Komen ‘Type C’, Restoran DarSA Fried Chicken Mohon Maaf

8-5-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4074| Komen: 6

Description: Tular sebelum ini di media sosial mengenai komen yang diberikan pengendali akaun rasmi restoran DarSa Fried Chicken (DFC) terhadap pelanggannya di Facebook.


Tular sebelum ini di media sosial mengenai komen yang diberikan pengendali akaun rasmi restoran DarSa Fried Chicken (DFC) terhadap pelanggannya di Facebook.

Difahamkan, pengendali akaun DFC itu menggunakan komen berbaur perkauman iaitu ‘Type C’ yang merujuk kepada bangsa Cina.

Seorang pengguna Facebook tampil menyatakan pendapatnya mengenai harga makanan yang dijual DFC agak mahal, malah lebih mahal daripada restoran makanan segera terkenal yang lain.


Pengendali akaun DFC kemudiannya membalas:

"Tuan tengok list harga ala carte semata mata atau keseluruhan? Kena tengok keseluruhan baru tahu mahal ke berpatatutan."

"Type C tengah cuba main bermacam sentimen buruk terhadap DarSA Fried Chicken. Kita jangan mudah terpedaya selagi tak datang cuba sendiri."

Komen tersebut kemudiannya menjadi tular dan ramai netizen menganggap pihak DFC sebagai tidak profesional dan mengeluarkan komen berbaur rasis.

Loading FB Post...

Susulan daripada kecaman yang diterima mereka, pihak restoran DFC tampil membuat kenyataan permohonan maaf secara rasmi.

SUMBER : Facebook/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 8-5-2024 12:46 AM
Kenapa nak buka lagi benang yang dah berjela2 orang komen. Ko memang gila glamer ha setan? Berforum malas buka thread ja tau.

Quote dua_chzy 8-5-2024 08:12 AM
Decaffeinated replied at 7-5-2024 04:46 PM
Kenapa nak buka lagi benang yang dah berjela2 orang komen. Ko memang gila glamer ha setan?  Ber ...


Jenis masa sekolah dulu, cikgu suruh buat A, dia pi buat Z. Tumpuan tadak, fokus lemah. So bukak la terer pasal topik sama berulang2 kan.
Quote laksmanabentan 8-5-2024 08:44 AM
tak paham aku.... nitizen tu komen biasa jer....
then da kenapa admin tu nak kait sana sini pulakkkk....
terpaling islamikkkk la tu ekkk....
Quote imransulaiman 8-5-2024 10:27 AM
Sedap ke? Siapa pernah makan...cer komen
Quote azurro 8-5-2024 05:37 PM
Ok lah type c, kan dah upgrade.
Kalau guna micro usb kang dah lapuk.
Ada yg komplen pulak..
Quote Carcosa 8-5-2024 11:17 PM
Apa bende punya la admin dia balas mcm tu.
Tak kena langsung. Netizen tu Melayu. Ckp psl harga mahal drpd KFC.
Then si bodoh tu ckp, Cina tgh main sentiment buruk utk company dia. Apa lancau? Org tu tgh ckp harga mahal. Ehhhh. Susahlaaaa kalau org bodoh disuruh jwb soalan. Racist nak mampos.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.125543 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top