CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun, Bayi Maut 'Ikut' Ibu Terjun Tingkat 19

14-10-2021 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2599| Komen: 19

Description: Seorang wanita di Rusia maut selepas nekad terjun dari tingkat 19 sebuah apartmen sambil memeluk dua anak kecilnya.
Seorang wanita di Rusia maut selepas nekad terjun dari tingkat 19 sebuah apartmen sambil memeluk dua anak kecilnya.

Lapor The Sun, Olga Zharkova, 34, mengambil keputusan drastik itu selepas mengalami masalah kemurungan setelah melahirkan bayi.


Kredit foto: The Sun

Mangsa terjun dari ketinggian 57 meter sambil mendukung anak tiga tahun dan bayi berusia sebulan.

Dilaporkan, kedua-dua anak kecil itu juga meninggal dunia di sisi ibunya.

Kejadian itu berlaku di sebuah apartmen di Moscow pada Isnin lalu.

Menurut pihak berkuasa, Zharkova yang merupakan isteri kepada seorang pegawai tentera membunuh diri secara tragis akibat menderita masalah tekanan pasca-trauma selepas bersalin.


Kredit foto: The Sun

“Kami turut menemukan sekeping nota ditulis mangsa yang menyatakan dia tidak mahu meninggalkan dua anaknya di dunia ini.

“Wanita itu juga pernah mengadu kepada kenalannya bahawa dia mengalami kemurungan selepas bersalin serta berasa sunyi dan letih,” jelas pihak berkuasa.

Jawatankuasa Pasukan Penyiasat Rusia sedang menyiasat kejadian tersebut. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 14-10-2021 10:59 PM
ingatkan acik oks tadi
anak dia pun dlm 2@3 tahun kan his age now
Quote Suchi 15-10-2021 08:56 AM
Hilang isteri dan anak2 serentak, arwah lawa orangnya.
Kesian dia, suami tahu ke tak dia kemurungan?
Quote KamikuP 15-10-2021 08:56 AM
Post partum depression jgn buat main2.. suami jgn tinggal isteri sorang2 takut benda x elok terjadi mcm ni lah cth
Quote noor2 15-10-2021 09:09 AM
Tingginya....
Quote mamajawie 15-10-2021 09:38 AM
mana gi suami dia?adoyai somi2 tolong la amik tau kesihatan bini lagi2 lpas bersalin
Quote spankee_fili 15-10-2021 10:09 AM
Laki dia pegawai tentera tu noks, kena kerja la mana boleh teman bini 24jam
Kat malaysia paternity leave 3 hari je
Bagus Malaysia ni family support kuat, ada mak adik beradik ipar duai jaga masa pantang
Sebab tu orang nak balik pantang kat kampung (kecuali iols sebab lebih bebas pantang sendiri )
Quote sue_liah 15-10-2021 10:15 AM
jaga 2 orang anak sorang2 famili member pun tak ada nak tolong

kesiannya...suami ni kdg2 tengok isteri dok rumah mcm senang je kan dia fikir kerja cari duit je

sokongan emosi pun tak ada




Quote fefeeling 15-10-2021 10:36 AM
Sebab tulah berpantang pas beranak tu penting.. nampak remeh and ketinggalan zaman, tapi tu antara cara terbaik buang segala angin dalam badan mak2 yach..
Quote Potpouri 15-10-2021 10:37 AM
Anak 3 taun dan sebulan dia jaga sorang2?

Mmg struggle lah..
Quote RinIna 15-10-2021 11:30 AM
Kesiannya... dahlah lawa.. muda lagi.. anak2 kecik tu.. sedihnya
Quote Babai 15-10-2021 12:32 PM
Ni bukan 'ikut' pun. Ini namanya 'dibawa'.
Quote Simunggu 15-10-2021 01:21 PM
adui kasian....
Quote belilies 15-10-2021 04:31 PM
Mana geng yang jagoh sembur wanita yg nak berpantang ada org jaga aritu, katanya jaguh pantang sendiri2 takda family tolong. Ko nak mati, mati sendirilah. Ada yg jenis memerlukan takut jadi cam kes ni. Tak semua org lucky to be able to go through postpartum by themselves. Ingat boleh dibawa main ke…
Quote Nurul8001 15-10-2021 09:44 PM
Nasib baik saya duduk Malaysia. Ada mak sendiri dan mak mertua yg willing nak jaga masa pantang. Suami cuti 7 hari je, lepas bersalin anak no 2. Lepas tu kena balik kem pakej ada operasi.
Quote cmf_iddine 15-10-2021 10:13 PM
Alhamdullilah..6 kali beranak mmg betul betul releks..2 bulan tak buat apa kerja hanya jaga baby dan menyusukan baby..hal rumahtangga dan urus anak yg berderet dari 2 org sampai beranak ke 6 semua bibik dan suami uruskan..adakala mak dtg bantu..post partum depression jgn buat main..mak mak sekrg tolonglah ikut pantang betul..pakai pilis, param, mkn jamu, berbengkung, urut dan sebgnya..jgn sesetengah org rempit naik basikal, naik motor apa hallll...
Quote fortiori13 15-10-2021 11:26 PM
Alahai kesian.....
Quote batmana 15-10-2021 11:41 PM
Tu sebab somi klu mampu..kawinla 2,3 ke 4..nnti madu leh jaga madu lain..klu keje pegawai tinggi tentera..lagilah loaded gaji ..
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:22 PM
Kesiannya... Tolonglah tengok2 kan minik tu yachhh abe2 sekalian
Quote Supersirap 20-10-2021 11:40 PM
Masalah tekanan perasaan jika tidak diubati kelak akan memburukkan lagi keadaan

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.173030 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top