CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kaji Semula Syarat Permohonan Subsidi Yuran Taska

14-10-2021 11:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 945| Komen: 1

Description: Kerajaan disaran mengkaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak memandangkan syarat utama permohonan iaitu pendapatan per kapita isi rumah tidak lagi setara dengan kadar gaji m ...
Kerajaan disaran mengkaji semula syarat permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak memandangkan syarat utama permohonan iaitu pendapatan per kapita isi rumah tidak lagi setara dengan kadar gaji minimum.


Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, pendapatan per kapita isi rumah yang ditetapkan bagi permohonan subsidi itu adalah RM800 untuk kawasan bandar manakala RM500 bagi kawasan luar bandar.

"Kerajaan perlu mengkaji semula syarat kelayakan penerimaan subsidi ini kerana jarang kita dengar di bandar besar terutamanya Lembah Klang, gaji per kapita RM800 sebulan sedangkan kadar gaji minimum pun melebihi nilai tersebut," katanya ketika sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Negara hari ini.


Gambar hiasan/Harian Metro


Kerajaan menetapkan subsidi yuran pengasuhan RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak hadir ke Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga yang layak.

Dalam pada itu, Nuridah turut membangkitkan mengenai isu geran penubuhan TASKA di tempat kerja yang diperkenalkan sejak 2019 dengan mempersoalkan mengenai jumlah majikan yang telah memanfaat geran itu bagi mewujudkan taska di tempat kerja untuk kemudahan kakitangan mereka.

Geran penubuhan TASKA di tempat kerja adalah peruntukan untuk penubuhan dan penyelenggaraan TASKA di bangunan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Nuridah juga mencadangkan supaya geran itu diperluaskan kepada sektor swasta bagi mengurangkan kos bebanan kewangan yuran TASKA yang tinggi sehingga ada mencecah RM500 sebulan.

"Hal ini amat membebankan golongan wanita bekerja lebih-lebih lagi pendapatan diterima adalah kecil pada masa sama perlu belanjakan sebahagian untuk yuran asuhan anak-anak," katanya.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 15-10-2021 09:01 AM
gaji RM800 sapa je yang layak mohon
luar bandar mungkin ada lagi, yang gaji harian

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.223658 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top