CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota APM Sesak Nafas Dipatuk Ketika Tangkap Ular

14-10-2021 11:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2753| Komen: 34

Description: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Tampin selepas dipatuk ular semasa menjalankan tugas di Jalan A’famosa, Alor Gajah dekat sini semalam.
Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke Hospital Tampin selepas dipatuk ular semasa menjalankan tugas di Jalan A’famosa, Alor Gajah dekat sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, mangsa, Muhammad Alif Haiqal Mohd Azabi, 21, bergegas ke lokasi kejadian bersama rakan setugas bagi menangkap reptilia berbahaya itu.



Menurut Jurucakap APM Tampin, sebaik dipatuk ular dipercayai ular tedung hitam, mangsa dikejarkan ke Hospital Tampin dan dirawat di Zon Merah.

“Setelah menerima rawatan, anggota berkenaan telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah oleh pihak hospital untuk pemantauan rapi.


“Susulan kejadian berkaan, anggota tersebut mengalami sedikit sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venomie1 15-10-2021 07:37 AM
Semoga cepat sembuh. Kena patuk ular memang moment yang sangat mengerikan
Quote najib888 15-10-2021 08:46 AM
venomie1 replied at 15-10-2021 07:37 AM
Semoga cepat sembuh. Kena patuk ular memang moment yang sangat mengerikan

Pernah ada pengalaman dipatuk ular ke? kalau ada, mind to share?
Quote Buritan 15-10-2021 08:49 AM
venomie1 replied at 15-10-2021 07:37 AM
Semoga cepat sembuh. Kena patuk ular memang moment yang sangat mengerikan

Depa alat tak brp lengkap kot... hari tuu tengok lps tedung selar beso gabokkk pun mcm lps anak kucing je.. aku yg jerit sampai nak tercabut biji
..
Quote KamikuP 15-10-2021 08:50 AM
Moga cpt sembuh. Selain biawak meolls sgt fobia ngan ulau
Quote LostStar 15-10-2021 09:22 AM
mog acepat sembuh...terik2 gini ulaq slalu carik tempat sejuk.. hati2 la semua ya...
Quote mel18 15-10-2021 09:58 AM
ape pasal face cari froum ni dah lain eh..bod2 mcm kecantikan tu dah takde ke..
amyway...semoga cepat sembuh... takutt nyaa..ular tedung tu..
Quote cmf_premierleag 15-10-2021 10:01 AM
semoga lekas sembuh dan dieprmudahkan semua urusan
akak mmg ada soft spot pd sapa2 yg eksiden ms on duty.sbb diorg tgh gigih cari rezeki
bukan sbb suka2 cari penyakit
Quote Nnasda53 15-10-2021 10:17 AM
Seriau dengar ular tedung patuk..ngilu2 tulang jadinya.
Semoga cepat sembuh dan urusan di permudahkan oleh Allah swt.
Quote RinIna 15-10-2021 11:22 AM
Semoga cepat sembuh.. ngeri lar kalau bab ular2 ni. uisshh meremang
Quote TOPwind 15-10-2021 12:13 PM
Edited by TOPwind at 15-10-2021 12:15 PM
Buritan replied at 15-10-2021 08:49 AM
Depa alat tak brp lengkap kot... hari tuu tengok lps tedung selar beso gabokkk pun mcm lps anak ku ...

APM ni bila tangkap ular banyak nak menunjuk berbidio lagi-
gunalah jaring tangkap ikan - terus masukan kepala ular tu.

ini tak bermain2 lagi dgn ular,




tangkap guna yg mcm ni kan senang

Quote Babai 15-10-2021 12:19 PM
najib888 replied at 15-10-2021 08:46 AM
Pernah ada pengalaman dipatuk ular ke? kalau ada, mind to share?

Pengalaman kena patuk dalam mimpi pun kira jugak
Quote stania83 15-10-2021 12:55 PM
mulia keja tangkap ular niiitak payah pergi syria angkat senjata
Quote kelapaparut 15-10-2021 01:17 PM
venomie1 replied at 15-10-2021 07:37 AM
Semoga cepat sembuh. Kena patuk ular memang moment yang sangat mengerikan

name u pun venomie ade kaitan venom2 ni, prnh kne patuk jugak ke
Quote Adrif 15-10-2021 02:32 PM
ngeri betul

dah la minggu lepas kecoh kawasan taman kitorang ni,
budak2 nampak ular tedung melintas jalan, terus masuk pagar rumah orang.
sebelum dia masuk tu, sempat dia panggung kepala tengah jalan, macam bagi warning kat budak2 tu

besoknya, gotong-royong bersihkan kawasan taman
tapi tu la. sampai sekarang tak jumpa si panjang tu.
sampai la ni kami semua dok takut-takut. nak bukak tingkap pun takut weyyy
Quote Supersirap 15-10-2021 02:47 PM
Semoga kita semua dilindungi daripada dipatuk ataupun digigit oleh haiwan-haiwan berbisa
Quote dudaberhias 15-10-2021 02:53 PM
Semoga abam APM segera sembuh dan di permudahkan urusan2 dia.

Kesan patuk ni kan, hospital boleh bagi penawar, tapi isi2 daging dekat tempat kesan patuk tu kadang2 boleh mati dan jadi hitam, tu yang takut kalau berlaku. Harap2 takde pape lah. Jangan main2 dengan ular dikk.. kalau iols takdenya tangkap2, pap je terusss dan bakar satu rumah tu pindah tempat lain. Janji ada insurans agittew. Lepastu berambus sambil buat2 macam tak pernah duduk di tempat itu.
Quote venomie1 15-10-2021 03:08 PM
najib888 replied at 15-10-2021 08:46 AM
Pernah ada pengalaman dipatuk ular ke? kalau ada, mind to share?

tak ada bro...tapi boleh bayangkan kalau saat tu berlaku
Quote venomie1 15-10-2021 03:10 PM
kelapaparut replied at 15-10-2021 01:17 PM
name u pun venomie ade kaitan venom2 ni, prnh kne patuk jugak ke

kebetulan hehehe..sebab kawan-kawan yg bagi gelaran venomie tu dulu2 hehe
Quote venomie1 15-10-2021 03:11 PM
Buritan replied at 15-10-2021 08:49 AM
Depa alat tak brp lengkap kot... hari tuu tengok lps tedung selar beso gabokkk pun mcm lps anak ku ...

kalau tengok kat Discovery Channel tu lagi selamba diaorang tangkap ular..ada ilmu agaknya

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.065301 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top