CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pekerja Seks Bekerja Dari Rumah Mengamuk Jiran Buat Aduan Terlalu Bising

14-10-2021 10:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4667| Komen: 34

Description: Seorang pembantu rumah didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan penyakit intai kerana merakam seorang lelaki lanjut usia mandi di bilik air.
Seorang pekerja seks yang terpaksa ‘bekerja dari rumah’ semasa perintah berkurung ekoran pandemik Covid-19 di Britain dihalau dari sebuah kawasan perumahan awam susulan terdapat banyak aduan daripada jiran sekeliling yang mendakwa mendengar ‘bunyi bising’ dari kediamannya, lapor New York Post..


Nicola Parry, 29, dilaporkan menerima sehingga 10 pelanggan dalam satu-satu masa di rumahnya di bandar Wythenshawe, Manchester.

Berdasarkan hujah yang dikemukakan di mahkamah majistret tempatan, pelanggan Parry kerap beratur menggunakan kereta di sepanjang blok kawasan kediaman tersebut bermula waktu pagi untuk menunggu giliran.


Kredit foto: Daily Mail/The Sun


Operasi bekerja dari rumah itu telah menyebabkan gangguan bunyi bising kepada penduduk setempat pada setiap masa.

Menurut pendakwa raya Robin Lynch, ibu kepada seorang anak berusia enam tahun itu turut meminta jiran untuk menjaga anaknya ketika dia bekerja.

Polis terpaksa campur tangan apabila seorang jiran Parry yang banyak menghabiskan masa di kawasan taman rumahnya mendedahkan tentang sebuah buku yang memaparkan senarai janji temu wanita itu.

Susulan aduan terhadap Parry daripada persatuan penduduk kejiranannya, wanita itu mengamuk dan meminta jiran-jirannya mengaku siapa yang bertanggungjawab membuat aduan tersebut.

Dalam satu kejadian lain, Parry dilaporkan berlari di tepi jalan dalam keadaan berbogel selepas dipukul seorang pelanggannya. Insiden itu membuatkan wanita tersebut akhirnya diberkas polis.

Dalam pembelaannya, Parry memberitahu mahkamah bahawa dia lebih memilih untuk bekerja di lokasi rumah pelacuran, namun sekatan Covid-19 memaksanya untuk menjalankan ‘perniagaannya’ di rumah.


Kredit foto: Daily Mail/The Sun

“Disebabkan Covid-19, Parry tidak dapat bekerja, jadi dia membuat keputusan untuk bekerja dari rumah,” kata peguam belanya,  John Mitchell.

Parry diarahkan untuk melengkapkan program pemulihan dadah selama enam bulan dan melakukan khidmat komuniti selama 12 bulan selain perlu membayar sejumlah denda dan kerosakan.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 14-10-2021 10:49 PM
Kesan dadah..nampak tua rupe dia dari umo
Quote sharlenetexas 14-10-2021 10:54 PM
Suara ko berapa desibel dik oi?
Quote miznora 15-10-2021 07:20 AM
Ingatkan gambo lelaki tadi. Heran jugak
Quote venomie1 15-10-2021 07:24 AM
kuat jugak suaranya sampai jiran boleh dengar padahal rumah sebijik-sebijik...kalau kat sini rumah sebelah menyebelah agaknya sampai rumah tok imam boleh dengar
Quote SedihPedih 15-10-2021 07:47 AM
dasatnya yg sangap2 tu beratur tunggu giliran.... betul2 tak takut penyakit
Quote Cik_jantung 15-10-2021 08:00 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 11:07 AM

..........
Quote TabletSusu 15-10-2021 08:57 AM
sharlenetexas: Suara ko berapa desibel dik oi?

tersembur air nescafe aku bc soalan ko ni
Quote BicaraHatiku 15-10-2021 09:03 AM
Kalau kat Msia...lepas pukul 12AM call 999 baru polis datang direct.
Quote FOTHER-MUCKER 15-10-2021 09:19 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-10-2021 05:42 PM

Jadi pekerja sek pun boleh dapat COUNCIL HOUSE?
Quote mawarkhayalan99 15-10-2021 09:46 AM
ingatkan jantan rupa mcm jantan sekali tino
Quote KamikuP 15-10-2021 10:01 AM
10 org sehari mesti pompuan ni ada stok iodin berbotol botol
Quote airmineral 15-10-2021 10:06 AM
seriau pula mmg byk mcmtu pelanggan nya?
loyaaaa
Quote Firenzza 15-10-2021 10:46 AM
SedihPedih replied at 15-10-2021 07:47 AM
dasatnya yg sangap2 tu beratur tunggu giliran.... betul2 tak takut penyakit

Tu la pasal, bkn contact rapat lagi...tp melekat. Dpt pakej covid + penyakit kelamin terus
Quote Suchi 15-10-2021 11:01 AM
Hurm sian ngan anak dia laa, dahla sampai 10 org pelanggan.
Berapa bayarannya tu? Dik ko kena pemes nnt boleh buat duit tau.
Zaman la ni influencer lebih pemes drpd artis. Sampai artis tanpa segan silu nk miming ko punya dialog.
Nampak tak?
Tp tulaa ko pun mendadih plak so mesti terdesak cari duit cara gini pun sbb dadih kan.
Quote tipah89 15-10-2021 11:12 AM
ingat level rumah pprt kt melesia ni yg jiran nak mengadu ni rumah sebijik kot mgg bukan kaleng2 bising dia..
Quote squeeze 15-10-2021 12:16 PM
hahaha...kerja dari rumah dia lain mcm betol
Quote gideoncross 15-10-2021 01:27 PM
sharlenetexas replied at 14-10-2021 10:54 PM
Suara ko berapa desibel dik oi?

Mlm tdi iol trgelak baca komen uol ni tpi xdpt blas pkai hp sbb user interface dh lain hahahaha.
Quote gideoncross 15-10-2021 01:30 PM
BicaraHatiku replied at 15-10-2021 09:03 AM
Kalau kat Msia...lepas pukul 12AM call 999 baru polis datang direct.

Dgn pihak jbtn ugama jugak hahahaha.
Quote gideoncross 15-10-2021 01:31 PM
SedihPedih replied at 15-10-2021 07:47 AM
dasatnya yg sangap2 tu beratur tunggu giliran.... betul2 tak takut penyakit

Klau kpala kat bwah tu dh naik power, sgala2 boleh trlupa aslkn dpt satisfaction yg hnya skjp je.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.176499 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top