CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amah Didakwa Rakam Lelaki Lanjut Usia Mandi

14-10-2021 10:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2445| Komen: 14

Description: Seorang pembantu rumah didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan penyakit intai kerana merakam seorang lelaki lanjut usia mandi di bilik air.
Seorang pembantu rumah didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan penyakit intai kerana merakam seorang lelaki lanjut usia mandi di bilik air.

Berita Mediacorp melaporkan, Nurhalisah iaitu warga Indonesia dikenakan lebih 10 dakwaan penyakit intai melibatkan mangsa lemah dan sengaja menyebarkan sebuah rakaman intim.

Nurhalisah dituduh mengambil beberapa video ketika sedang memandikan mangsa antara Disember 2020 dengan Januari 2021.


Gambar hiasan

Menurut kertas pertuduhan, dia berkongsi rakaman-rakaman tersebut dengan orang lain melalui WhatsApp beberapa kali pada Februari 2020 dan sekali pada Mac 2020.


Pada 1 Jan 2021, Nurhalisah didakwa memuat naik rakaman intim melibatkan mangsa ke TikTok.

Nurhalisah memberitahu mahkamah dia tidak ingat tarikh mengedarkan rakaman tersebut dan mendakwa hanya melakukannya sekali.

“Saya ingin dapatkan bantuan guaman,” katanya.

Nurhalisah menambah, dia kini tinggal di agensi pembantu rumahnya dan perlu meminta izin agensi itu jika dia boleh diikat jamin.

Dia ditawarkan ikat jamin S$15,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 27 Oktober.

Perintah mahkamah dikeluarkan untuk melindungi identiti mangsa. Ia dilanjutkan kepada tempat jenayah itu didakwa dilakukan.



Dalam satu kenyataan awal, polis menyatakan ia menerima satu aduan pada 3 Januari lalu tentang seorang wanita yang merakamkan dirinya sedang memandikan majikannya yang lanjut usia.

Bagi setiap tuduhan penyakit intai terhadap mangsa lemah, Nurhalisah boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda.

Jika didapati bersalah mengedarkan rakaman intim melibatkan mangsa lemah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. Pesalah wanita, bagaimanapun tidak boleh dikenakan hukuman rotan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 14-10-2021 10:36 PM
euwww selalu dgr yg buat kerja gini lelaki..i percaya perempuan malaysia  tak kira bangsa xsampai lg tahap gini
Quote dani-rox 14-10-2021 10:54 PM
Eeeewww... what the fark is wrong witchuuu??!


Quote sukacactus 14-10-2021 11:12 PM
Apekeheinya menda camtu pun nak record & share?
Quote gideoncross 14-10-2021 11:27 PM
Fetish kot kat org tua, hadoiiii.
Quote Nadiabella 15-10-2021 07:48 AM
Semua buat benda2 gini untuk content dan "likes". Terutama pembantu2 rumah. Sesuka hati post benda2 camni. Ingat takde undang2 ke.
Quote stingerkotex 15-10-2021 08:00 AM
edayildiz replied at 14-10-2021 10:36 PM
euwww selalu dgr yg buat kerja gini lelaki..i percaya perempuan malaysia  tak kira bangsa xsampai lg ...

Kau dah check dak sarah itewww?

Kahkahkahkahkahkah
Quote stingerkotex 15-10-2021 08:08 AM
sukacactus replied at 14-10-2021 11:12 PM
Apekeheinya menda camtu pun nak record & share?

Utk kongsi bersama sama rakan rakan lain yg sedang dlm kegersangan...setelah sekian lama mencari rezeki diperantauan...tak dapat bersama suami back home...semoga tak lupa akan rupa batang salai...

Kheunz?

Kahkahkahkahkah
Quote Babai 15-10-2021 08:36 AM
gideoncross replied at 14-10-2021 11:27 PM
Fetish kot kat org tua, hadoiiii.

Hahahahaha ye kot.
Quote KamikuP 15-10-2021 10:03 AM
Euwww ko dah knp bibik?
Quote Suchi 15-10-2021 11:06 AM
Teringin nak tengok orang tua tu tp kalau dah sampai org mandikan tu takkan laa masih segak lagi perkasa ye dak.
Aneh2 la ko nih, terdesak sgt nk buat content tiktok ke?
Quote gideoncross 15-10-2021 01:23 PM

Klau yg d rekod tu sodap mcm yg ada2 kat Tumblr tu iol prcya lh jugak, ni yg dh tua hadoiiii, so dh tntu ada fetish smpai sharing2 kat org lain. Gila2.
Quote Supersirap 15-10-2021 11:01 PM
Kenapa lah suka sangat buat benda yang merepek ni? Kan sudah ditangkap...
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:25 PM
Yiiiihhhhhh Ewwwwwww WTF.
Quote fefeeling 17-10-2021 03:28 PM
Takde penyakit cari penyakit btol la lu bibik

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.058779 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top