CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Minta Maaf Anggota ‘Smackdown’ Pelajar Sertai Demonstrasi Sampai Pengsan

14-10-2021 10:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1430| Komen: 4

Description: Polis Banten memohon maaf secara terbuka kepada keluarga pelajar universiti yang dipukul anggota polis ketika menyertai demonstrasi di Tangerang kelmarin.
Polis Banten memohon maaf secara terbuka kepada keluarga pelajar universiti yang dipukul anggota polis ketika menyertai demonstrasi di Tangerang kelmarin.

Kejadian itu sempat dirakam dan tular dalam media sosial di negara itu.

Dalam video berkenaan, pelajar terbabit dikenali sebagai Fariz ‘dihumban’ seorang anggota menyebabkan dia terbaring dan pengsan.


Anggota polis yang didakwa memukul Fariz memeluk pelajar itu ketika memohon maaf atas perbuatannya di Tangerang, Indonesia. - AGENSI

Insiden itu juga disaksikan beberapa anggota polis lain yang segera membantu pelajar tersebut menyedarkan diri.

Ketua Polis Banten, Rudy Heriyanto berkata, beliau mewakili semua polis di daerah itu memohon maaf atas insiden berkenaan.

“Kami akui tindakan itu tidak profesional dan sehubungan itu, kami memohon maaf kepada keluarga Fariz.

“Anggota polis yang terlibat akan menerima hukuman atas perbuatannya,” katanya.

Sementara itu, keadaan fariz kini dilaporkan semakin pulih selepas dikejarkan ke hospital susulan insiden tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-10-2021 10:09 AM
Satu hari brp citer Indon ditepek kat sini utk capai KPI  bonus 4 bulan?
Quote Supersirap 15-10-2021 11:02 PM
Selalu sangat tengok smackdown ni x pun raw
Quote Artemesiaa 16-10-2021 12:12 PM
Bila terlalu ikutkan perasaan hilang semua professionalnya
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 03:24 PM
Mendapat lerrr
Ko pikir ni WWE?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.096819 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top