CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mesti Baca! Apa Itu Kecenderungan Seksual Pedofilia?

7-5-2015 09:53 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 26457| Komen: 24

Description: Kes melibatkan jenayah pedofilia sememangnya layak menjadi tajuk utama akhbar. “Seorang ahli komuniti yang dihormati telah ditahan hari ini selepas didapati bersalah memiliki ratusan gambar pornograf ...
Pornografi Kanak-Kanak: Industri Bernilai 3 Bilion Dollar Setahun!               




Kes melibatkan jenayah pedofilia sememangnya layak menjadi tajuk utama akhbar.

“Seorang ahli komuniti yang dihormati telah ditahan hari ini selepas didapati bersalah memiliki ratusan gambar pornografi kanak-kanak di dalam komputernya,” lapor perenggan pertamanya.

Berita itu menggemparkan masyarakat dan identiti individu terbabit akan disiarkan, sebelum dia seterusnya digantung kerja sementara menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa keatasnya.

Lazimnya, berita terkini mengenai kes tersebut akan menyusul dan ‘diputarkan’ berulang-ulang oleh media sehinggalah ia tenggelam sendiri bersama cerita-cerita picisan yang menjadi santapan kita sehari-harian.

Sudah tentu lensa difokuskan pada pelaku jenayah tersebut.

Namun, bagaimana pula dengan nasib kanak-kanak yang menjadi objek pemuas nafsu di dalam koleksi gambar dan video jijik penjenayah itu?

Dalam keadaan bagaimanakan kanak-kanak ini didedahkan sehingga mereka digunakan untuk bahan pornografi?

Siapa yang tergamak memperlakukan mereka sebegini?

Bagaimana gambar-gambar itu diedarkan? Siapa yang sanggup tampil untuk membela nasib mereka? Demikian merupakan beberapa soalan yang bermain di fikiran kita, dan segalanya bakal terjawab di dalam perenggan seterusnya.

Definisi ‘Pornografi Kanak-Kanak’
Menurut laporan daripada pusat penyelidikan Crime Against Children, pornografi kanak-kanak boleh didefinisikan sebagai visual berunsur perlakuan seksual seperti hubungan seks, beastiality (seks dengan haiwan) dan masturbasi, selain daripada pendedahan bahagian sulit bagi tujuan merangsang nafsu seks.

Memiliki pornografi kanak-kanak merupakan satu jenayah di bawah undang-undang persekutuan dan negeri di Amerika Syarikat. Undang-undang persekutuan memaktubkan jenayah pemilikan pornografi kanak-kanak merujuk kepada bahan lucah yang melibatkan ‘kanak-kanak berusia 17 tahun ke bawah’.

Siapa yang mengedarkan imej-imej lucah ini?
Laporan ini turut menunjukkan statistik yang mengejutkan, di mana pengguna peer to peer (antara rakan sebaya) atau P2P lebih cenderung untuk memiliki koleksi imej lucah kanak-kanak kecil dan berunsur ganas. Dalam kalangan pengguna P2P yang ditahan pada tahun 2009, 33 peratus daripada mereka memiliki gambar-gambar lucah kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah dan 42 peratus menyimpan imej-imej yang memaparkan keganasan seksual.

Pornografi kanak-kanak merupakan salah satu industri yang paling cepat berkembang di alam maya, dengan pendapatan mencecah  USD3 billion setahun!
Menurut laporan Association of Sites Advocating Child Protection, bahan lucah kanak-kanak biasanya diedarkan bagi mengaut keuntungan. Namun, ada juga yang menawarkan bahan-bahan pornografi ini sama ada secara percuma atau pertukaran sesama penyalahlaku dalam jaringan P2P tersebut.

Rata-rata daripada gambar-gambar lucah ini membabitkan kanak-kanak kecil yang didedahkan dengan keganasan seksual dan fizikal.

Fakta-fakta yang anda perlu tahu mengenai pornografi kanak-kanak:

  • Semua bentuk kesalahan pornografi kanak-kanak termasuk memiliki bahan-bahan lucah tersebut merupakan suatu yang harus dipandang serius kerana mereka didedahkan dengan bahaya secara berterusan, di samping menjadikan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak sesuatu yang normal dan sah.

  • Mangsa pornografi kanak-kanak didedahkan dengan bahaya semasa proses penghasilan bahan lucah itu dan sifat pengedaran di Internet yang berterusan juga mendatangkan kemudaratan tambahan yang susah semestinya meninggalkan kesan signifikan kepada mangsa.

  • Kesalahan pornografi kanak-kanak merupakan jenayah antarabangsa. Bahan-bahan lucah ini diedarkan berulang-ulang kali kepada pesalahlaku di seluruh pelosok dunia. Sebaik sahaja bahan lucah tersebut diedarkan di Internet, ianya mustahil untuk dipadamkan secara total.

  • Permintaan tinggi terhadap bahan-bahan lucah terkini oleh ‘komuniti’ pencandu pornografi kanak-kanak ini merangsang produksi material baru, seterusnya menjadikan penderaan seksual kanak-kanak berterusan.

  • Bagi sesetengah pesalahlaku, pornografi kanak-kanak menjadikan mereka cenderung untuk melakukan jenayah seksual lain terhadap golongan bawah umur.

  • Dalam purata 1 daripada 3 penjenayah pernah melakukan satu atau lebih jenis jenayah seksual sebelum ditahan oleh pihak berkuasa bagi kesalahan yang tidak melibatkan produksi material lucah kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu diberikan perlindungan yang sewajarnya daripada dieksploitasi golongan yang bernafsu jelik ini. Walaupun pedofilia merupakan satu kes yang terpencil di Malaysia, namun langkah-langkah pencegahan perlu diwujudkan agar keselamatan anak-anak kita sentiasa terjamin, di samping melahirkan generasi yang sejahtera akal dan fizikalnya.

Artikel ini telah diolah dan dialih bahasa daripada The Huffington Post.

Sumber

24

Bagus
24

Marah
35

Terkejut
21

Sedih
23

Lawak
30

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 7-5-2015 09:02 AM
UMPAMA telur di hujung tanduk – itulah kiasan yang sesuai menggambarkan masa depan pemuda Malaysia yang juga penuntut Kolej Imperial London, Nur Fitri Azmeer Nordin, 23, setelah dia dijatuhi hukuman penjara di London.

Seantero masyarakat Malaysia digemparkan dengan laporan bahawa pemuda yang berasal dari Malim Nawar, Perak itu ditangkap pihak berkuasa di sana setelah dia didapati memiliki anggaran 30,000 keping foto dan 1,156 rakaman video pornografi kanak-kanak.

Dia kemudiannya mengaku bersalah atas 17 pertuduhan termasuk memiliki, membuat dan mengedar gambar lucah kanak-kanak pada November lalu.
Menurut sumber dari Pegawai Polis Metropolitan, sebahagian imej yang disimpan Nur Fitri merupakan yang paling keji pernah dilihat!
[TERDAHULU: Pelajar M’sia Dipenjara Di London Kes Gambar Porno Kanak-Kanak]Di ruang-ruang media Malaysia mahupun luar negara, rata-rata meletakkan terma Pedofilia bagi menggambarkan perilaku cela Nur Fitri.
Namun, pastinya ada antara kita yang asing dengan terma-terma saintifik, lantas tertanya-tanya apa itu Pedofilia?

Perkataan yang berasal dari bahasa Greek itu memberi spesifikasi kepada individu yang memiliki kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak terutamanya dalam lingkungan belasan tahun ke bawah.

Secara umum, terma tersebut sering digunakan bagi merujuk kepada individu dewasa yang tertarik terhadap golongan kecil mahupun tindakan yang bersabit dengan tarikan seksual terhadap kanak-kanak.

Jangan keliru, terma pedofilia hanya merujuk kepada tarikan seksual terhadap golongan kanak-kanak dan tidak merangkumi aktiviti penderaan terhadap golongan tersebut.

Dalam dunia gelap Pedofilia, antara kes terburuk pernah direkodkan adalah melibatkan individu bernama Earl Brian Bradley, 61.

Dia yang bertugas sebagai ahli pediatrik, ataupun dalam erti kata lain, bekerja dalam bidang rawatan untuk kanak-kanak, telah melakukan jenayah terhadap golongan tersebut sehingga menyebabkannya terpaksa meringkuk dalam penjara selama 165 tahun!

Ini kerana, Bradley didapati bersalah terhadap 471 tuduhan mencabul, rogol dan mengeksploitasi 103 pesakit kanak-kanak yang terdiri daripada 102 kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Lagi bertambah keji, dia tegar melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap bayi berusia seawal tiga bulan.

Oleh kerana perbuatan luar tabii tersebut, dia mendapat gelaran ‘pedofil paling keji di Amerika’.

Selain itu, dalam satu lagi kes pedofilia, seorang individu bernama James Alfred Cooper mendapat gelaran ‘pedofil paling keji di Kanada’ setelah melakukan perbuatan terkutuk dengan merogol dan mendera enam kanak-kanak.

Walaupun dia kini telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 21 tahun, namun pihak berkuasa masih was-was akan tindak tanduknya dan risau andai tragedi sama berulang.

Cooper didapati bersalah pada tahun 1993 atas lima pertuduhan dan dihukum penjara 30 tahun. Walau bagaimanapun ia dikurangkan sembilan tahun.

Dalam kalangan selebriti Hollywood, bintang pop terkemuka, mendiang Micheal Jackson pernah dituduh melakukan perbuatan tersebut terhadap seorang kanak-kanak lelaki bawah umur.

Pada tahun 2013, Wade Robson yang berusia 30 tahun, menuduh Micheal Jackson mencabulnya ketika dia berusia 7 sehingga 14 tahun.

Di Malaysia pula, kes-kes sebegini jarang diklasifikasikan sebagai Pedofilia dan sering disebut sebagai mencabul kehormatan ataupun rogol.

Namun antara yang menarik perhatian adalah kes seorang warga emas yang dijatuhi hukuman penjara enam bulan setelah bersalah mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

Salah seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge pula disabitkan kesalahan merogol anak tirinya pada 2012.

Dia terpaksa menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun dan 10 sebatan setelah melakukan tindakan keji tersebut terhadap individu berusia 14 tahun di kediaman mereka di Gombak, Selangor.

Secara ringkasnya, kanak-kanak bukanlah objek mahupun boneka seks individu dewasa.

Sedarlah, mereka masih kontang pemikiran dan tidak mengerti isu-isu sulit seperti ini, lantas seharusnya individu dewasa tidak mengeksploitasi kenaifan mereka untuk kepentingan nafsu sendiri.
– MYNEWSHUB.CC
Quote sgbuloh 7-5-2015 09:06 AM
kita patut berbangga, nama orang malaysia mencanak di persada pedofilia.

tajaan mara lagi tu. mara nak bagi '2nd chance' lagi.
Quote tightcherry 7-5-2015 09:14 AM
Si nur fitri ni Ada koleksi 30000 child porn.. Bygkan 30 000 kanak2 berbeza jd mangsa pedofilia.. Kesian tau
Quote Esmiria 7-5-2015 09:23 AM
Budak ....ayoo..apa yg sedap sgf menjimak budak ni.
Quote BelitaBela 7-5-2015 09:27 AM
Sakit mental
Quote koko2 7-5-2015 09:37 AM
menggigil badan aku tgk tajuk...bila baca terus mata terasa panas....
terasa2 ngilunya badan aku memikirkan baby dan toodler yg menjadi objek seks...


Gila babi lahanat punya manusia...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Quote alieyrina 7-5-2015 10:19 AM
Aku terus sakit kepala tgk tred ni..berat rasa otak nak hadam ...siyes matter...
Quote GhostWalking 7-5-2015 10:30 AM



Throwback kes-kes terdahulu :



Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nyaris menjadi mangsa rogol selepas diculik lebih satu jam oleh seorang lelaki dari kawasan sekolahnya berhampiran Jalan Semarak, Kuala Lumpur.


Sumber polis memberitahu, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar dari kelasnya untuk ke tandas sebelum disapa suspek yang berada di luar pagar sekolah berkenaan. Apabila mangsa menghampiri suspek, lelaki dipercayai berusia 30-an itu segera memegang tangan mangsa dengan kuat. Dia melilit badan mangsa menggunakan kain pelekat sebelum mengangkat mangsa keluar melepasi pagar sekolah.


Ketika itu, mangsa menjerit ketakutan, namun tidak didengari sesiapa. Suspek kemudian meletakkan mangsa di atas motosikalnya dan membawa kanak-kanak itu ke satu kawasan semak di Jalan Semarak, kira-kira dua kilometer dari sekolah.


Dalam kejadian jam 9 pagi itu, suspek dipercayai gila seks menculik mangsa dengan tujuan merogolnya, namun mangsa terselamat apabila penjenayah terbabit melarikan diri selepas menyedari beberapa orang awam melalui kawasan semak tempat dia melarikan kanak-kanak berkenaan.

Sumber: Metro



Quote GhostWalking 7-5-2015 10:32 AM
throwback
1,424 kes rogol bawah 16 tahun dilapor tahun lepas
Riduan Masmud, bapa empat anak, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan kerana kesalahan merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan, yang kemudian dikahwininya semasa kes sedang berjalan.



[size=100%]KUALA LUMPUR, 18 Mac
Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kes rogol membabitkan mangsa berusia bawah 16 tahun mencatatkan penurunan daripada 1,550 kes pada 2012 kepada 1,424 pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata mangsa berusia 13 hingga 16 tahun meliputi hampir 90 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan.

Kaum Melayu pula mencatatkan majoriti kes, sebanyak 1,147, Cina (62), India (32) dan lain-lain kaum (183), katanya menjawab soalan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu).

Bagi 2012 pula, 1,243 kes membabitkan kaum Melayu, 73 kaum Cina, diikuti India (45) dan lain-lain kaum (189).

Katanya kerajaan memandang serius kes rogol terutamanya membabitkan mangsa bawah umur dan polis mengambil pelbagai langkah termasuk menubuhkan Bahagian D11 dalam Jabatan Siasatan Jenayah bagi mengendalikan kes seksual, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga.

Kerajaan katanya turut menubuhkan perkhidmatan One Stop Crisis Centre (OSCC) di hospital bagi menangani kes rogol secara lebih profesional selain menyediakan khidmat kaunseling dan ‘Child Interview Centre’.

Terbaru seorang lelaki berusia 28 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 13 tahun.

Perbuatan Mohd Hazri Abdul Ghafor, seorang penganggur, juga menyebabkan gadis itu mengandung dan anaknya kini berusia 3 tahun.

Sebelum ini Malaysia juga dikejutkan dengan berita seorang gadis berusia 12 tahun enam bulan di Sabah yang didakwa dirogol seorang pengurus sebuah restoran berusia 40 tahun.

Riduan Masmud, bapa empat anak, didakwa merogol mangsa dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Februari lalu, bagaimanapun, dia kemudian mengahwini gadis itu ketika kes sedang berjalan.

Namun Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap Riduan kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/03/18/1424-kes-rogol-bawah-16-tahun-dilapor-tahun-lepas/#ixzz3ZPrQxVUy

Quote GhostWalking 7-5-2015 10:34 AM

Quote GhostWalking 7-5-2015 10:38 AM
jadi patutkan kita anggap pedo kesalahan kali pertama sebagai umpama budak yang ponteng sekolah (play truant) dan patut di beri peluang kedua seperti kata pegawai Mara itu?
Quote mattzzx 7-5-2015 10:46 AM
apa lah nikmatnya dengan budak kecik???
Quote snipersnake 7-5-2015 10:51 AM
orang mcm nih patut ditembak je.
Quote ad_hoc79 7-5-2015 11:27 AM
memula ikut kes fitri aq xtaw makna pedofilia nih. google baru aq taw maknanye
Quote shernazz 7-5-2015 11:32 AM
kenapa la pedo ni..
sian kanak kanak tau
depa mudah dipujuk..mudah diperdaya
huwaaaa
sedey..kanak kanak dibuat sebegitu rupa
Quote JohnDeSouza 7-5-2015 11:52 AM
kus nurin ari tu maybe keja pedopil gak kot
Quote pia250110 7-5-2015 12:02 PM
ade tuh bangge cerita main nge budak 10thn n bule ckp berapa dalam boleh sampai.... erkkk boleh plak geram dengan anak sedare umur 10 thn..omg2
Quote ice_sky92 7-5-2015 12:06 PM
Pedo is seriously sick

Selayaknyalah ditembak.
Quote GhostWalking 7-5-2015 12:12 PM
pia250110 replied at 7-5-2015 04:02 AM
ade tuh bangge cerita main nge budak 10thn n bule ckp berapa dalam boleh sampai.... erkkk boleh plak ...

gila sick weh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.365504 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top