CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Maut Terjatuh Ke Dalam Syaf Lif

23-4-2015 09:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7849| Komen: 41

Description: Mangsa, Xie Fong Ditemui Mati Terbaring Di Bahagian Bawah Syaf Ketika Selepas Dia Cuba Untuk Mencari Kuncinya.
Wanita Maut Terjatuh Ke Dalam Syaf Lif



SEORANG wanita maut selepas terjatuh ke dalam syaf lif dipercayai ditolak oleh anaknya sendiri, lapor polis.

Mangsa, Xie Fong ditemui mati terbaring di bahagian bawah syaf ketika selepas dia cuba untuk mencari kuncinya.

Wanita berusia 45 tahun itu difahamkan telah terjatuh ke dalam lif di bandar Ningbo, timur China.



"Feng membawa beberapa plastik sampah untuk dibuang namun semasa perjalanan, kuncinya terjatuh ke bawah dan meminta pertolongan saya untuk mendapatkan kunci tersebut.

"Saya memberitahunya bahawa akan menaikkan lif satu tingkat secara manual sambil menjaga pintu lif daripada tertutup supaya dia dapat mencapai kuncinya yang terjatuh ke dalam ruang sempit antara lif dan tingkat lima," kata pengurus bangunan, Yang Shao, 52.

Menurut Shao, dia kemudiannya pergi untuk melihat sama ada Fong telah menjumpai kunci tetapi malangnya hanya kelihatan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun berdiri di depannya.

"Kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa dia telah menolak ibunya semasa saya bertanyakan di mana wanita itu.

"Saya melihat di tepi dan mendapati wanita tersebut terbaring di bahagian bawah syaf lif," katanya.

Shao kemudiannya segera menelefon pihak polis.

Menurut jurucakap polis, tiada sebarang rakaman video pengawasan di kawasan lif tersebut dan menyukarkan pihaknya untuk mengetahui kejadian sebenar.

"Sekiranya kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa dia menolak ibunya, kita akan menerima alasan itu namun tidak boleh membuat sebarang dakwaan kerana kes ini akan dianggap sebagai kemalangan," katanya.

13

Bagus
14

Marah
12

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ellejo 22-4-2015 12:01 PM
kenapa ko tolak mak ko dikkk
Quote chinta89 22-4-2015 12:02 PM
aku cuba imagine.. tp x tahu mcmne nk gambarkan keadaan tu.
Quote fifie_olin 22-4-2015 12:12 PM
xkan bdk bsr tu kuat nk tolak maknya..
tp bdk tu ngaku sendrik...bdk2 mn pndi menipu
x tercapai akal aku la haiii
Quote Esmiria 22-4-2015 12:25 PM
Makhluk halus kot rasuk
Quote lavamorningstar 22-4-2015 12:28 PM
mungkin sebab budak cina ni tak suka mak dia..sebab mak dia cina.

Quote addicted 22-4-2015 12:53 PM
lavamorningstar replied at 22-4-2015 12:28 PM
mungkin sebab budak cina ni tak suka mak dia..sebab mak dia cina.

hahahaha
Quote MissMamamia75 22-4-2015 12:54 PM
tiba2 terbayang citer hantu korea/jepun..hantu dlm lift...huhu..
Quote Artemesiaa 22-4-2015 01:36 PM
Ngerinya ngapa kou tolak mak kau dik, nak gurau pun tunggu le balik rumah
Quote dinamokiev 22-4-2015 01:42 PM
Artemesiaa replied at 22-4-2015 01:36 PM
Ngerinya ngapa kou tolak mak kau dik, nak gurau pun tunggu le balik rumah

mungkin sebab ada suara halus yang menyuruh budak ni tolak mak die kot,
Quote mattzzx 22-4-2015 01:53 PM
Menyesal seumur hidup dia nanti.....
Quote uori 22-4-2015 02:21 PM
lavamorningstar replied at 22-4-2015 12:28 PM
mungkin sebab budak cina ni tak suka mak dia..sebab mak dia cina.

ko nih..



Quote zulka 22-4-2015 02:21 PM
camner bleh ada ruang sebesar tu...pelik betulla...
Quote makciktijah 22-4-2015 02:27 PM
dia main2 kot. mesti kat umah selalu gurau2 memanja main tolak2 dgn mak. so bila mak dia in the same position kat celah tu dia pun hape lagi, tolak laa.

sian adik tu.
Quote namuwoob 22-4-2015 02:40 PM
dik, kau tak syg mak kau ke smpai tolak2 mcm tu?
Quote nordayu 22-4-2015 04:10 PM
klu sengaja..xbau syurga la ko bdk
Quote kejoraria 22-4-2015 04:13 PM
budak tu mungkin niat nk main2 kot....gurau senda mak ngan anak....tp dia tak tau gurau senda dia tu membawa maut pada mak dia....sian tul la kes mcm ni
Quote aTiKah_aYuNi 22-4-2015 04:21 PM
nape tolak mak dek???????????
Quote hanamunir 22-4-2015 05:20 PM
adik tu tak tu apa2..
Quote Mary_jane 22-4-2015 07:58 PM
Dia ingat kalau tolak tak jatuh kot. Kesian jadi anak yatim kau dik.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.206670 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top