CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mahasiswa 'Ikat Perut' Kerana Gst?

7-4-2015 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17408| Komen: 188

Description: Menurut Seorang Pelajar Yang Kini Menuntut Di Sebuah Universiti Di Selangor, Mohd Fahmi Bin Ahmad, 24, Berkata, Dia Terpaksa Ikat Perut Kerana Harga Makanan Di Kafe Tempat Penginapannya Naik Mendadak.
Mahasiswa 'Ikat Perut' Kerana Gst?


SHAH ALAM - “Kami terpaksa ikat perut,” itu antara luahan mahasiswa universiti selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai satu April lalu.

Menurut seorang pelajar yang kini menuntut di sebuah universiti di Selangor, Mohd Fahmi bin Ahmad, 24, berkata, dia terpaksa ikat perut kerana harga makanan di kafe tempat penginapannya naik mendadak.

“Baru-baru ini saya makan malam di kafe, apa yang mengejutkan saya harga sepinggan nasi lauk seketul ayam, telur dan air limau ais berharga RM8.50.

“Harga itu saya rasa sangat melampau, sepatutnya harga makanan di kafe tidak perlulah setinggi itu, kami hanya pelajar, yang hanya mengharapkan bantuan PTPTN dan ibu bapa,” katanya kepada Sinar Online.

Dek kerana itu, katanya dia terpaksa berjimat kerana beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang.

“Dulu boleh makan tiga kali sehari, tetapi memandangkan harga makanan sudah mahal saya makan sekali atau dua kali sehari.

“Kadang-kadang saya ‘terpaksa’ berpuasa kerana duit yang ada  perlu digunakan untuk membeli barang keperluan lain seperti buku, alat tulis dan kelengkapan diri yang lain,” katanya.

Sementara menurut Latiff Karim, 21, yang juga menuntut di universiti yang sama berkata, dia juga ‘mengalami nasib yang sama’ seperti rakannya itu.

“Saya juga terpaksa ‘ikat perut’, kerana tidak mahu menyusahkan keluarga untuk meminta wang lebih, mereka juga susah.

"Saya juga 'kurang makan'... selalu berpuasa sekarang... dan kalau hendak makan saya memilih menu ‘nasi bujang’ (nasi putih, telur dan sup kosong), sebab itu sahaja hidangan yang saya rasakan murah.

“Tinjauan saya juga mendapati harga kedai makanan ‘mamak’ yang ada di sekitar kawasan saya juga naik harga, dulu dalam RM7 saya boleh dapat tiga menu tetapi sekarang berkurang menjadi dua menu,” katanya.

Oleh itu jelasnya, dia akan membeli mi segera dan biskut bagi memastikan dia tidak kelaparan.

“Simpanan mi segera dan biskut sentiasa saya sediakan, nilai duit sekarang bukanlah besar,” katanya.

Sementara itu menurut pelajar swasta di Negeri Sembilan, Mohd Zulhelmi Zainal Abidin,24, dia juga sentiasa ‘beringat’ tentang GST.

“Walaupun harga makanan di tempat saya masih sama, tetapi saya perlu sentiasa beringat.

“Memang harga sama, tetapi peniaga makanan kurangkan dari segi kuantiti…kadang-kadang perlu juga ikat perut, sebab nak beli buku dan sebagainya,” katanya.

Manakala menurut  seorang lagi mahasiswa swasta di sekitar Selangor, Zainal Abidin Hanafi, 24, berkata, dia terpaksa bekerja bagi menampung perbelanjaannya di universiti.

“Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST.

“Saya tidaklah sampai ‘ikat perut’ sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5,” katanya.

15

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
13

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (60 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sunshine81 6-4-2015 05:37 PM
kesian... try to find some side income. cari kerja part time ka.. belajar sambil2 dpt pengalaman bekerja.
Quote white_musk 6-4-2015 05:37 PM
ikat perut sbb nak beli hp paling canggih kan
Quote dino 6-4-2015 05:37 PM
nak ckp skit... aku dulu2 time mkn luar.... time tghari minum air kosong je....
baguslah klau duit ptptn wat beli buku.... jgn berangan blanja awek sudah
Quote abdulariff 6-4-2015 05:40 PM
Ikat perut sebab beli hp, belanja awek, beli rokok dan lain2 yang seangkatan. Kalau harga makanan kat kafe naik mendadak p la report kat universiti dan kpdnkk. Mostly kafe dalam universiti harga dikawal oleh pihak universiti. Rasanya ni saja burukkan nama kafe universiti sebenarnya pergi makan kat restoran mahal2 bila duit ptptn, akhir bulan dah habis duit komplen harga naik mendadak padahal naik 6% (kalau ada gst) bukan 50%.
Quote dinamokiev 6-4-2015 05:42 PM
Sudah lah... Dah beli laptop baru untuk gaming, handphone baru, bawak awek pergi makan gempak2, salahkan GST. Puih!
Quote cepheid 6-4-2015 05:42 PM
baru tadi aku makan kat kafe universiti. sama je harga.  kat mana yang naik?
Quote MelahJanda 6-4-2015 05:43 PM
Elok je bebudak ni setiap hari lunchtime mkn di restoran mewah? Dlm shopping mall
Quote cepheid 6-4-2015 05:44 PM
Ambil ayam dua ketul ke sampai RM8? Aku selalu ambil nasi lauk ayam seketul, sayur dan minuman tin around RM6.50.
Quote famri7 6-4-2015 05:44 PM
abdulariff replied at 6-4-2015 09:40 AM
Ikat perut sebab beli hp, belanja awek, beli rokok dan lain2 yang seangkatan. Kalau harga makanan ka ...

Itulah sis..dpt jah duit ptptn trus pergi lowyat tukar smartphone..modified kreta/moto pelbagai..memang drpd dulu kot ummah uni makan meggi nasi budget jah kerna duit bnyk kearah melaram dan enjoy awek...tiba2  tatkala muncul gst gigeh pulak pergi mkn dkt kafe mahal nk propa drama queen segala.

Cash lah.
Quote abdulariff 6-4-2015 05:45 PM
MelahJanda replied at 6-4-2015 05:43 PM
Elok je bebudak ni setiap hari lunchtime mkn di restoran mewah? Dlm shopping mall

Mana main makan kat shopping mall. Tak macho la. Pergi makan kat victoria station ke baru ada kelas
Quote batmana 6-4-2015 05:45 PM
zmn studi, aku bwa air botol aja..

dh terbiasa minum air jarang msa mkn nasi.
Quote dewi 6-4-2015 05:45 PM
actually mmg ptptn tu tak cukup pun before gst, lepas gst lagi la tak cukup

akak sendiri tgk bajet anak 2 yg kat Uni 2 org tu ,  mmg lepas tolak yuran cukup2 untuk makan jer bajet makan sehari rm10 .  so pikir sendiri la sekarang leh makan byk mana dgn rm 10 tu

kalau tak supplement untuk  buku, toiletries , macam2 yuran aktiviti , stationary, top up hand phone  dsbg , semua tu mmg anak2 akan tak cukup duit nak makan .  

memula dulu mmg tak cayer ingat anak2 boros, bila anak2 list down bajet , akak realised how much anak2 mmg selagi boleh tak nak susahkan mama diorang. tak akan minta kalau tak betul2 perlu .
Quote pp_gurl 6-4-2015 05:45 PM
dulu tak de gst pun dh ikat perut..harga mknan tahun 1999 kat selatan tanahair tu mcm harga makanan tahun 2013 kat kl ni...
Quote CrowneGlory 6-4-2015 05:45 PM
Cer mintak kat aunty semah..kot2 dia boleh bantu..after all ni idea canggih laki dia
Quote abdulariff 6-4-2015 05:49 PM
“Belajar di bandar ini perlukan perbelanjaan besar, lagi-lagi selepas GST.

“Saya tidaklah sampai ‘ikat perut’ sebab saya bekerja, tetapi memang harga makanan naik selepas GST, dulu saya boleh dapatkan mee lauk ayam dalam harga RM3.50 namun selepas GST harga naik menjadi RM5,” katanya


Bandar mana yang masih ada mee lauk ayam harga RM3.50? Rasanya sebelum ada gst lagi harga memang RM5.00
Quote babydoll 6-4-2015 05:50 PM
kesian adik2 kene ikat perut..bertabah la dik..
Quote dino 6-4-2015 05:50 PM
dewi replied at 6-4-2015 05:45 PM
actually mmg ptptn tu tak cukup pun before gst, lepas gst lagi la tak cukup

akak sendiri tgk baj ...

masa bljr dulu... kitorg bebudak ni tempah makanan utk tghari malam....ala2 mangkuk tingkat tu..... time tu 10 sorang minimum 8 org.... sehari.... so sbln dlm 3 ratus.... so jimat la skit dr makan kedai skrg ni mesti ade tu tp rate tak sama la.... tu tahun 98 punya....
Quote DTECCONAN 6-4-2015 05:53 PM
diaorg ni sembang mcm org lain tak pernah belajar
org dulu makan maggie pun cukup, x ada pula nak salahkan GST
x ada pula masuk berita sampai tak makan langsung
perkakas apa sangat ko nak beli? sekarang ni siap ada baucer buku
buku pun entah2 copy ja kat kedai
Quote dewi 6-4-2015 06:01 PM
dino replied at 6-4-2015 05:50 PM
masa bljr dulu... kitorg bebudak ni tempah makanan utk tghari malam....ala2 mangkuk tingkat tu.... ...

tak de la pulak kot IPTA kan .. rasanya tapi anak2 ada cerita ramai gak yg beli nasi lauk kuah asing
makan separuh tgh hari ,then simpan balik , malam makan lagi balance yg separuh tu  .

itu pun ada gak dgr student yg kirim duit kat parents , esp time yg banjir kat pantai timur tu .  macam ne la diorang survive

ada juga student yg mewah , ni yg jenis tak bergantung dgn ptptn sgt , sebab mak pak mampu nak supplement kan expenses
Syukur la akak ni still leh tampung expenses anak2 , ( bersyarat juga tu ,  bukan tak cukup jer mintak and terus leh kasi , mesti ada bukti, untuk apa
aktiviti apa, ada resit nya , baru leh claim for top up expenses, mesti bentangkan belanjawan bulanan , belanjawan 1 sem )

tapi majoriti , esp student yg dr luar bandar mmg bergantung penuh dgn ptptn, cukup ker tak cukup, kena la cukupkan juga


Lihat semua komen(188)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.107653 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top