CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing 'Terkurung' Lima Tahun

6-4-2015 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9541| Komen: 38

Description: Kucing Yang Diberi Nama Biso Itu Dilaporkan Terperangkap Selepas Memasuki Lubang Kecil Di Sebuah Stesen Kereta Api Yang Dijaga Mohamed Naguib, Lima Tahun Lalu.
Kucing 'Terkurung' Lima Tahun


Abdo (kanan) sedang memberi makan kepada Biso yang terperangkap sejak lima tahun lalu.

KAHERAH: Seekor kucing akhirnya diselamatkan selepas ‘terkurung’ bertahun-tahun di sebalik dinding.

Kucing yang diberi nama Biso itu dilaporkan terperangkap selepas memasuki lubang kecil di sebuah stesen kereta api yang dijaga Mohamed Naguib, lima tahun lalu.

Selepas terperangkap pada 2010, Bisco bernasib baik kerana seorang lelaki warga emas bernama Abdo memberikan makanan dan minuman kepadanya setiap hari.

Kata Abdo, Biso memasuki lubang itu untuk bersembunyi daripada kucing lain kerana ketika itu masih kecil.

“Lama-kelamaan ia semakin besar dan tidak muat untuk badannya keluar melalui lubang berkenaan,” katanya.

Beberapa percubaan pernah dibuat untuk mengeluarkan Biso sebelum ini namun kucing berkenaan tidak memberi kerjasama.

Kata Abdo, Biso biasanya berlari lebih jauh ke dalam apabila cuba diselamatkan.




Nasib Biso bertukar apabila sekumpulan wanita menggerakkan kempen melalui media sosial pada 12 Mac lalu.

Melalui Facebook, mereka menyiarkan gambar Biso mengintai dari lubang dinding stesen kereta api berkenaan dan merayu usaha menyelamat dibuat.

Pada masa sama, orang ramai berdepan dilema untuk menyelamatkan Biso kerana sebarang cubaan menjejaskan struktur dinding itu boleh dianggap merosakkan harta awam.

Akhirnya aktivis haiwan, Dina Zulfikar, Marwa Elgebaly dan Rania el-Kordy membuat laporan polis sebelum mereka mendapat arahan mahkamah beberapa hari kemudian untuk menyelamatkan Biso.

Akhirnya pada 13 Mac lalu kucing itu diselamatkan.

1

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 4-4-2015 05:34 PM
lepas diselamatkan, tolong la bela kucing tu

jangan bagi berkeliaran kat luar

dia tak biasa dengan dunia luar

nanti kena gilis Lrt
Quote MissNigga 4-4-2015 05:43 PM
mana gambo biso ... tjk arrrr
Quote Aya_Osman 4-4-2015 05:52 PM
panjang umur kucen neh...5 tahun dok dlm dinding tuh...mesti dah tua..
Quote Decaffeinated 4-4-2015 06:06 PM
dalam lubang tu mesti penuh taik kucing....

Quote CrowneGlory 4-4-2015 06:07 PM
Edited by CrowneGlory at 4-4-2015 06:08 PM

Biso benarrr ... Sedap plak nama berbisa gituh

hopefully adala gmbr si biso nih.. Mesti dia kenal ankel abdo je..sbb ankel je yg bg makan... Sib baik ankel abdo terus hidup x jadi mcm citer hachiko...mesti biso sedih sebalik dinding
Quote dani-rox 4-4-2015 06:11 PM




dinding dah dibuka tp kucen tuh dah lari entah ke mana... takut kot.

http://www.elitereaders.com/cat-trapped-in-subway-wall-five-years-freed/
Quote AbukRokok 4-4-2015 07:38 PM
dani-rox replied at 4-4-2015 06:11 PM
dinding dah dibuka tp kucen tuh dah lari entah ke mana... takut kot.

http://www.eliteread ...

seriusly terkurung 5 tahun
5 tahun xberlari...lepas je terus pecut?

Quote dani-rox 4-4-2015 07:54 PM
AbukRokok replied at 4-4-2015 07:38 PM
seriusly terkurung 5 tahun
5 tahun xberlari...lepas je terus pecut?





tapi ai rasa kucen tu boleh bergerak di sebalik dinding cuma dia takbleh keluar jah.
spt Batman dlm The Dark Knight Rises
Quote cmf_premierleag 4-4-2015 07:57 PM
Mesti kucing tu x pernah lagi rasa nikmat mengawan
Quote kimsa-ra 4-4-2015 08:37 PM
tahniah
Quote mawar_pink 4-4-2015 08:56 PM
Kesiannye...5thn terkurung sekor2 dia..
Quote sabbath_shalom 4-4-2015 09:26 PM
Macam anak kucing aku lari dalam lubang lantai kalau jumpa kucing jahat....
Quote mbhcsf 4-4-2015 10:12 PM
owhhh...so sweeet....hmm.....
Quote cicicumel 4-4-2015 10:17 PM
msti kucing ni kuar jadi psiko atau serial killer n rapist sbb x pernah bersosial dgn kucing lain...
Quote melinda_kerr 4-4-2015 10:22 PM
Alhamdulillah. Pjgnya umur kucing tu.
Quote Aneem 4-4-2015 10:24 PM
Tak terbayang le terkurung 5 thn gtu..
Quote ninja boy 4-4-2015 10:26 PM
kucing jinak dengan manusia takpe, jangan jadi kucing liar dengan manusia pun takut, mmg x dapat le makan sedap2 wiskis ikan ayam tidur atas sofa empuk ada kipas ekon dimandikan bersih tiada kutu kurap, so kucing nak hidup senang sila berkawan dgn manusia
Quote bellaa 4-4-2015 10:39 PM
Tucin tucin meow meow
Quote atekome 4-4-2015 11:33 PM
Aku tk ske kucen tp tk pnh la pulak myeksa kucen..kalo jmpe kucen se boleh2 aku nk elak sbb tk ske bulu kucen..pe lg ble gesel2 kak kaki..serammm..

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.067916 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top