CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Selamatkan Nyawa Tuan!

11-2-2015 10:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7402| Komen: 22

Description: “Saya Terus Pergi Ke Rumah Jiran Dan Meminta Mereka Menghubungi Bomba Atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (Jpam) Kuala Kangsar,” Katanya Ketika Dihubungi Sinar Harian, Semalam.
Kucing Selamatkan Nyawa Tuan!

Gambar hiasan


KUALA KANGSAR - Seorang lelaki terselamat daripada bahaya kehadiran seekor ular tedung selar di kawasan rumahnya di Kampung Bendang Kering, di sini disedari tujuh kucing peliharaannya, petang kelmarin.

Azman Zaidin, 57, berkata, ular yang panjang 3.6 meter itu dijumpai di bawah kerusi buruk yang diletakkan di halaman rumah.

Menurutnya, kira-kira jam 5 petang itu, dia keluar dari rumah dan melihat tujuh kucingnya berkumpul di satu tempat seperti sedang memerhatikan sesuatu.

“Saya pergi ke situ dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar sedang berehat di bawah kerusi buruk berkenaan.

“Saya terus pergi ke rumah jiran dan meminta mereka menghubungi bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Azman berkata, jika bukan kerana kucingnya, mungkin nyawanya boleh terancam kerana tidak menyedari kehadiran ular tersebut.

Jelasnya, lokasi ular berkenaan melingkar ada laluannya untuk ke tempat menyimpan alatan kebun.

“Kalau kucing-kucing saya tidak sedar kehadiran ular tedung tersebut, mungkin saya menjadi mangsa patukan reptilia berkenaan kerana saya kerap menggunakan laluan itu,” katanya.

Sementara itu, anggota JPAM, Rahimi Yang Rasidi mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk menangkap ularang tedung berkenaan.

Menurutnya, ular itu bersikap agresif dan JPAM terpaksa menggunakan beberapa orang untuk menundukkan reptilia berbiasa tersebut.

“Setelah berusaha beberapa minit, ular itu semakin lemah dan kita berjaya menangkapnya. Saiz ular itu yang agak besar juga menyukarkan kami menangkapnya kerana ia akan lebih agresif dan berbahaya.

“Ular tedung ini merupakan antara ular terbesar yang saya pernah tangkap,” katanya.

10

Bagus
11

Marah
17

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (63 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 10-2-2015 08:42 PM
Quote babydoll 10-2-2015 08:48 PM

abam tuntung..gambar penyelamat 7 sekucen ade x..?

mekasih abam..
Quote lasagnaklcc 10-2-2015 08:52 PM
Debab2 plak org JPAM

Btw jgn ckp ular, kucing rumah saya ni segala binatang pon depa kerumun. Siap selalu hadiahkan cicak.
Quote spiderman80 10-2-2015 08:53 PM
babydoll replied at 10-2-2015 08:48 PM
abam tuntung..gambar penyelamat 7 sekucen ade x..?

mekasih abam..

Kan 7 ekor kucing penyelamat ada dalam gambar tersebut? Mereka siap mendukung ular tu lagi.
Quote Madel 10-2-2015 08:57 PM
Semacam jadi kewajipan pula..usai menangkap ular pasti abam2 bomba , jpam ini akan memotret dgn hasil tangkapan
Quote babydoll 10-2-2015 09:02 PM
spiderman80 replied at 10-2-2015 08:53 PM
Kan 7 ekor kucing penyelamat ada dalam gambar tersebut? Mereka siap mendukung ular tu lagi.

oops!! maapkan saye.saye tak nampak.trimas sbb bagitau.sungguh comel kucen2 tersebut.


Quote makneng 10-2-2015 09:13 PM
Good job meow!!!
Quote tungkai 10-2-2015 09:31 PM
“Saya pergi ke situ dan terkejut apabila melihat seekor ular tedung selar sedang berehat di bawah kerusi buruk berkenaan.


Ular sedang berehat...??? Ada hidangan teh tak?
Quote kentel 10-2-2015 09:37 PM
lasagnaklcc replied at 10-2-2015 08:52 PM
Debab2 plak org JPAM

Btw jgn ckp ular, kucing rumah saya ni segala binatang pon depa kerumun.  ...

kucing ada habit bagi binatang buruan dkt tuan, sebab dia assume tuan dia hopeless - fakta
Quote matahari7001 10-2-2015 09:57 PM
berjase kucing2 die...
Quote setokinpurple 11-2-2015 12:58 PM
7 kucing mana?
Dlm gambar 7 jpam
Quote Knowlee 11-2-2015 01:10 PM
lasagnaklcc replied at 10-2-2015 08:52 PM
Debab2 plak org JPAM

Btw jgn ckp ular, kucing rumah saya ni segala binatang pon depa kerumun.  ...

Kucing kasi hadiah cicak tu sbb tanda dia sayangkan tuan dia.
Quote Knowlee 11-2-2015 01:12 PM
Abg ipar ai pun pernah lalui situasi sama. Sekor kucing dia dok perhati je bwh washing machine. Abg ipar ai pelik, sekali tgk, ular tedung rupanya. Terus abg ipar ai pukul ular tu sampai mati.
Quote imthegirl 11-2-2015 01:12 PM

motip sangat tangkap gambo ramai ramai berbaris cam gini
Quote imthegirl 11-2-2015 01:14 PM
BTW kucin i pernah tangkap ular masa dia dalam pantang
sian dia siap kena gigit kat muka lagi masa dia bertarung dengan ular tu
Quote juita 11-2-2015 01:32 PM
PIL me pun.....FIL bunuh ular dok menyusur tepi umah,MIL kate mmg ular tedung kaler kekuningan...pastu tah nape plak MIL me mulut dia bercakap "kalu bunuh yg ni nanti mesti kapel dia cari nanti".....selang 3 hari ader kucin belaan MIL dok lalu lalang pastu pandang blakang pintu..mmg ada ular tedung melengkar...FIL pun katok bagi mampuih....
Quote sekel 11-2-2015 01:43 PM
sy pernah katok anak ular sawa sampai mati
Quote mizlily 12-2-2015 11:53 AM
kes sy pula..
burung yg g tau ade ular tedung kt tepi laman rumah..
burung wt bising2 kt laman..
bile g tgk dari pintu...terkejut de ular hitam... yang burung duk bising2 depan ular tu...
Quote kejoraria 12-2-2015 12:08 PM
7 kekucing dan 7 bebomba

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064770 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top